Apakah Shahidan akan mencadangkan dalam Kabinet penubuhan RCI untuk menyiasat kenyataan-kenyataan perkauman dan menghasut oleh Utusan Malaysia?

Karut-marut tentang pendanaan ��Tentera Kacang Merah�� yang dianggotai sebanyak 3,000 cybertrooper oleh DAP, dengan dana antara RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu, dengan tujuan memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin kerajaan, semakin menggila dengan menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional menyebut-nyebut pembohongan itu di dalam dan luar Parlimen seolah-olah ia satu perkara yang benar.

Kelmarin, sekurang-kurangnya dua ahli parlimen Barisan Nasional telah bercakap tentang ��Tentera Kacang Merah�� di Parlimen, tetapi kredibiliti mereka tidak lebih baik daripada Ahli Parlimen Gerakan untuk Simpang Renggam, Liang Teck Meng, yang telah mencipta sejarah dengan mengaibkan dirinya sendiri di Parlimen kelmarin.

Teck Meng mendakwa beliau telah mengutip maklumat daripada Wikileaks yang menyebut Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim ��memiliki 30 akaun bank asing�� yang bernilai RM332 juta di empat buah negara, termasuk Israel, sedangkan maklumat sebegitu tidak terdapat dalam WikiLeaks dan telah direka-reka oleh cybertrooper UMNO untuk dimuatkan dalam blog mereka.

Seperti juga helah ��Tentera Kacang Merah��, cerita tentang Anwar itu adalah satu lagi contoh bagaimana para cybertrooper UMNO/BN menipu para pemimpin mereka sendiri!

Adakah Teck Meng bersedia untuk mengaku bahawa beliau telah menuturkan pembohongan di Parlimen kelmarin dan menyerah diri kepada Jawatankuasa Hak Kebebasan dan Keistimewaan Parlimen untuk menerima hukuman yang sewajarnya?

Lebih mengejutkan apabila ada menteri yang sanggup mempercayai pembohongan sedemikian sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim terdorong untuk menyiapkan kertas bagi dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat nanti sebagai respons terhadap memorandum daripada 130 NGO Melayu-Muslim yang menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat cybertrooper ��Tentera Kacang Merah��.

Apakah Shahidan akan turut mencadangkan dalam Kabinet penubuhan RCI untuk menyiasat kenyataan-kenyataan perkauman dan menghasut oleh Utusan Malaysia sejak empat tahun lalu jika 1,000 atau 2,000 orang rakyat Malaysia menandatangani memorandum menuntut perkara ini?

Saya sanggup jamin bahawa memorandum menuntut penubuhan RCI ke atas Utusan Malaysia akan didukung oleh fakta-fakta dan bukannya pembohongan seperti memorandum ��Tentera Kacang Merah��.

Jika Shahidan boleh memberi kepastian bahawa memorandum berfakta yang ditandatangani oleh ribuan atau puluhan ribu rakyat Malaysia yang menuntut penubuhan RCI untuk menyiasat Utusan Malaysia akan dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, saya bersedia untuk menyiapkan memorandum berkenaan.

Kalangan yang mahukan RM350 juta untuk membiayai cybertrooper UMNO/BN untuk tempoh lima tahun mendatang perlu berani tampil di muka umum untuk menjelaskan mengapa mereka memerlukan jumlah sebesar itu dan bukannya bergantung pada pembohongan tentang ��Tentera Kacang Merah�� khayalan bagi menguatkan tuntutan mereka.

Pihak yang mereka-reka dongeng ��Tentera Kacang Merah�� bahkan sanggup mendakwa bahawa tentera tersebut mempunyai beberapa pusat operasi di seluruh negara dan mereka menyebut dua tempat �C di Komtar, Pulau Pinang, dan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Ahli-ahli Parlimen DAP akan melawat Hotel Concorde malam ini untuk mengetahui di manakah ��pusat kawalan�� bagi ��Tentera Kacang Merah�� yang mistikal itu.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah