Buat pertama kali sejak dua bulan lalu, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan beliau adalah TPM untuk semua rakyat Malaysia �C tetapi berapa lamakah beliau akan bertahan?

Buat pertama kali sejak Piihan Raya Umum ke-13 dua bulan lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, tetapi berapa lamakah beliau akan bertahan sebelum kembali bersikap seolah-olah beliau menjadi TPM hanya untuk 47% pengundi yang telah mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu?

Pada malam Sabtu yang lalu, Muhyiddin menggesa Barisan Nasional untuk menanggapi keperluan para pengundi bandar dan generasi muda kerana mereka telah menyampaikan ��mesej mereka�� menerusi PRU13 dan kini terserah kepada BN untuk memenangi kembali kepercayaan mereka sebelum pilihan raya umum berikutnya.

Beliau bertanya: ��Kita perlu mencari punca mengapa para pengundi bandar tidak mengundi kita. Adakah kerana kita gagal memenuhi keperluan mereka?��

Dalam majlis menyampaikan ucapan terimakasih dan penghargaan BN Wilayah Persekutuan itu, Muhyiddin menyebut bahawa berdasarkan maklum balas, isu-isu di kawasan bandar telah menjejaskan pelbagai kaum dan memerlukan tindakan segera.

��Mereka menyampaikan mesej mereka menerusi undi mereka. Kita perlu memberi perhatian untuk menyelesaikan perkara-perkara berkenaan.��

Menurut Muhyiddin lagi, ��mesej�� yang sama telah disampaikan oleh para pengundi muda yang mahukan perubahan dalam BN.

��Kita tidak pernah terfikir tentang perkara ini.

��Mereka bercakap tentang struktur dan dasar-dasar BN, dan mereka prihatin tentang dasar yang inklusif.

��Kita juga perlu turut prihatin kerana mereka bercakap tentang keadilan sosial dan sebagainya.

��Ini adalah isu-isu yang perlu kita tangani.

��Apa yang lebih penting ialah respons kita untuk mengembalikan kepercayaan mereka.�� (New Sunday Times June 30, 2013)

Kelmarin, sewaktu pelancaran rumah terbuka Kaamatan 2013 di bangunan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah, Kota Kinabalu, Muhyiddin terus menyentuh tema Malaysia yang inklusif dan menegaskan bahawa negara dan rakyat akan terus mencapai kemakmuran jika kerjasama di kalangan masyarakat pelbagai kaum diteruskan.

Menurut beliau, sikap tolak ansur dan hormat-menghormati adalah penting untuk memastikan pembangunan negara berada di landasan yang betul, kerana hanya menerusi semangat perpaduan sedemikian Malaysia dapat bergerak maju dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Kenyataan terbaru Muhyiddin ini seperti tiupan bayu segar setelah dua bulan isu perkauman dimainkan dan kaum Cina diserang berikutan keputusan PRU13 yang kononnya adalah ��Tsunami Cina�� sedangkan ia adalah tsunami Malaysia, atau lebih tepat lagi tsunami generasi muda Malaysia pelbagai kaum dan agama dan dari pelbagai daerah yang mahu meninggalkan politik perkauman yang telah diamalkan sejak 56 tahun yang lalu, selain sebagai pernyataan tegas bahawa mereka menolak korupsi, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan.

Saya mengalu-alukan kenyataan Muhyiddin tersebut, namun begitu saya tertanya-tanya berapa lamakah beliau akan terus komited terhadap peranannya sebagai TPM untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk 47% pengundi yang mengundi BN dan kemudian kembali kepada kenyataan yang beliau buat pada Mac 2010, iaitu beliau adalah ��Malay first, Malaysian second��.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah