Pengiraan Detik 95 Hari ke PRU13 - Sekiranya Deepak membuat cuma 10% dakwaan terhadap pemimpin DAP/PR sepertimana yang dia lakukan terhadap Najib dan pemimpin UMNO/BN, dia mungkin kini sedang muncul dalam semua media perdana BN
Sepanjang tiga hari lalu merupakan hari-hari yang sukar buat pemimpin, ahli dan penyokong DAP di dalam 47 tahun sejarah parti, kerana DAP telah memenuhi muka depan media perdana Barisan Nasional sejak dua hari lalu dan memenuhi semua siaran yang dikawal Barisan Nasional.
Berikut adalah tajuk berita muka depan yang lantang di dalam media perdana BN sejak dua hari lalu:
DAP silap kira undi? – Pengarah pilihan raya parti itu letak jawatan (Utusan Malaysia 5.1.13)
Drama DAP – Lagi persoal isu silap kira undi (Mingguan Malaysia 5.1.13)
DAP election FIASCO – Error raises doubts about party’s ability to rule country (New Straits Times 5.1.13)
‘Embarrassing glitch’ – (New Sunday Times 6.1.13)
Sandiwara DAP pujuk Melayu – Ambil masa tiga minggua akui kesilapan pemilihan CEC (Berita Harian 5.1.13)
Tindakan DAP ‘luar biasa’ – Pinda keputusan pemilihan janggal, timbul banyak persoalan: Muhyiddin (Berita Harian t6.1.13)
It doesn’t add up (Star 5.1.13)
Apabila DAP muncul di dalam media perdana BN, terutamanya muka depan, pasti bukan berita baik. Malah, biasanya berkenaan pembohongan – sepertimana kes yang terkenal pada 7 Mei , 2011 ketika Utusan Malaysia memaparkan tajuk berita muka depan “Kristian agama rasmi?”, mendakwa DAP berkonspirasi dengan pemimpin Kristian untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama persekutuan dan bukan lagi Islam serta satu lagi kes terkenal yang lain adalah pada 9 Julai, 2012 di muka depan Utusan Malaysia adalah tentang pembohongan bahawa DAP akan bertanding 90 kerusi daripada 222 kerusi parlimen untuk menguasai Pakatan Rakyat lalu melantik Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke-13.
Tidak diragukan lagi sekiranya pengedar permaidani, Deepak Jaikishan telah membuat hanya 10% dakwaan pemimpin DAP/PR sepertimana yang dia lakukan terhadap Najib dan pemimpin UMNO/BN, dia mungkin kini sedang muncul dalam semua media perdana BN sejak enam minggu lalu dan bukannya digelapkan terus seperti mana yang berlaku sekarang.
Mengapa politik dan kewartawanan Malaysia telah jatuh ke tahap sedemikian selepas 55 tahun Merdeka pada 1957?
Walaupun sepanjang tiga hari lalu merupakan hari yang paling sukar buat DAP di dalam sejarah parti, tiada seorang pun Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti (CEC) menyesal melakukan apa yang betul – untuk merendah diri dan menegakkan kejujuran serta ketelusan dengan mengakui secara terbuka kesilapan di dalam keputusan pemilihan CEC DAP, kejujuran sekalipun sukar dan menyakitkan untuk seketika namun akan berjaya untuk jangka masa panjang.
Pemimpin, ahli dan penyokong DAP tidak perlu rasa malu, bukannya seperti mereka yang berterusan bergelumang dengan pembohongan dan penipuan serta mengelak untuk berlaku jujur, bertanggungjawab dan telus.
Terdapat kebenaran pada pemerhatian penganalisa politik berpengalaman yang disampaikan oleh penasihat seumur hidup DAP Dr Chen Man Hin bahawa “kritikan keras daripada Barisan adalah tindak balas terdesak oleh musuh yang sedang menghitung hari. Mereka telah tewas dalam perlawanan politik, dan kini cuba menggapai apa sahaja untuk terus hidup.”