Pengiraan Detik 44 Hari ke PRU13 – Sekiranya Suharto atau Marcos telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sewaktu di puncak kuasa, apakah akan memperhebat atau mencemar ikrar itu?
Saya tidak terkejut bahawa tiada sebarang jawapan atau apa-apa saja daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Kabinet atau UMNO/Barisan Nasional terhadap cadangan saya di Kuching semalam supaya dilampirkan 10 Poin Tambahan kepada Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi memastikan penandatangan menurunkan tandatangan ke atas dokumen yang bermakna supaya membawa era baru integrity dan tadbir urus baik dan bukan sekadar aksi publisiti yang tidak memberikan apa-apa kesan terhadap kualiti integriti dan tadbir urus baik kerajaan akan datang.
Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI sebelum Najib menurunkan tandatangan dengan heboh Rabu lalu.
Disebabkan Najib telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI yang maka timbul keraguan tentang tujuan dan makna menandatangi ikrar sedemikian, memandangkan sepanjang empat tahun sebagai Perdana Menteri, Najib tidak pernah menunjukkan sebarang iltizam atau keseriusan untuk memerangi rasuah dan salahguna kuasa.
Ini sebabnya mengapa Malaysia telah menjunam ke kedudukan terburuk dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) TI sepanjang empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri dari 2009 ke 2012 berbanding 18 tahun lalu.
Bagaimana Najib dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau kini telah “bertukar haluan” memerangi rasuah dan salahguna kuasa apabila Malaysia sepanjang empat tahun lalu paling korup dalam tempoh 56 tahun jika dibandingkan dengan lima Perdana Menteri sebelumnya, baik Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir atau Tun Abdullah?
Bolehkah dengan menurunkan tandatangan pada Ikrar Integriti Pilihan Raya TI Najib menyucikan dirinya daripada semua kegagalan untuk memeriksa rasuah dan salahguna kuasa sepanjang empat tahun lalu atau penglibatannya sendiri dalam urusan rasuah dan salahguna kuasa?
Sebelum saya hadir ke ceramah, saya telah mencari di internet siapakah pemimpin paling korup di dunia.
Untuk rantau ASEAN, dua nama yang menonjol adalah Suharto dan Marcos, yang seiring dengan “pemimpin paling korup di dunia” seperti Mobutu Sese Seko dari Zaire, yang mengumpulkan kekayaan melebihi US$5 bilion sementara negaranya semakin dihimpit kemiskinan dan Sani Abacha dari Nigeria yang keluarnya dianggap sebagai organisasi jenayah mengumpul kekayaan dianggarkan dari US$3 bilion hingga US$4 bilion.
Siapa yang boleh lupakan Marcos atau isterinya, Imelda yang mempunyai 2,500 pasang kasut? Dilaporkan bahawa ketika Marcos meninggalkan Filipina, agen Kastam Amerika Syarikat menjumpai 24 beg bimbit berisi jongkong emas dan berlian tersembunyi di dalam beg tangan serta sijil emas bernilai berbilion dolar.
Marcos mencuri US$5 bilion hingga US$10 bilion daripada tabung awam dan membawanya ke Amerika Syarikat, Switzerland dan negara lain apabila dia lari meninggalkan Filipina selepas rakyat Filipina bangkit menentang autoritatian, korupsi, tekanan politik dan pelanggaran hak asasi manusia.
Suharto mempunyai penghormatan buruk sebagai jaguh kumpulan rasuah sepanjang zaman, kerana Transparency International telah menggambarkannya sebagai pemimpin No.1 paling korup di dunia dengan dakwaan mengumpul US$15 bilion hingga US$35 bilion sepanjang 31 tahun menjadi Presiden Indonesia.
Sekiranya Suharto atau Marcos telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sewaktu di puncak kuasa, apakah akan memperhebat atau mencemar ikrar itu?
Apa yang menimbulkan keraguan tentang Ikrar Integriti Pilihan Raya TI selepas Najib menandatanganinya adalah kehadiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang telah meletakkan Malaysia di bawah perhatian kempen anti-rasuah antarabangsa selepas dakwaan menggemparkan oleh sebuah NGO berpengkalan di Swiss Bruno Manser Fund (BMF) September lalu yang menjangkakan asset keluarga Taib Mahmud berjumlah US$21 bilion (RM64 billion), dengan kekayaan Taib saja berjumlah US$15 bilion (RM46 bilion) selepas 30 tahun memegang jawatan.
Adakah Najib telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap dakwaan kekayaan berbilion dolar Taib Mahmud selepas 30 tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak?
Saya mahu menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI tetapi saya mahu ia menjadi tindakan yang bermakna dan bukannya sia-sia.
Ini sebabnya mengapa saya mencadangkan penambahan 10 poin kepada Ikrar Integriti Pilihan Raya TI untuk menjadikannya dokumen bermakna, dan saya telah cadangkan lima daripada poin yang sepatutnya meliputi hal berikut:
Pengisytiharan Umum Aset oleh semua Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar.
Berikrar “Tidak untuk politik wang” dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Setiap ringgit perbelanjaan untuk PRU13, baik oleh calon mahupun parti politik berkenaan, mesti diakaunkan dan diaudit.
Penandatangan berikrar tidak akan membangkitkan momokan 13 Mei atau menggunakan politik ketakutan, ugutan atau kebencian atau menakut-nakutkan pengundi.
Iltizam penandatangan untuk pilihan raya bebas, adil dan bersih yang akan dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Bersih dan Adil juga pemerhati dalam dan luar negara.
Penandatangan berikrar untuk menerima keputusan pengundi di dalam PRU13 dengan meminta mereka komited terhadap peralihan kuasa di Putrajaya sekiranya itu kehendak pengundi.
Rakyat Malaysia tidak mahu Kebangkitan Arab yang melibatkan pertumpahan darah dan revolusi.
Apa yang rakyat Malaysia mahukan adalah Kebangkitan Korea, seperti mana Korea Selatan 15 tahun mendahului Malaysia dengan peralihan kuasa secara aman apabila calon Oposisi Kim Dae-jung dipilih dan mengangkat sumpah sebagai Presiden.
Sekali lagi pada 2007, South Korea melalui peralihan kuasa dengan aman kali kedua dalam pilihan raya Presiden Korea Selatan.
Apakah Najib bersedia untuk melaksanakan iltizam dan keseriusannya dengan menjadikan “Ikrar Integriti Pilihan Raya” bermakna dengan menyetujui cadangan Tambahan 10 Poin untuk memastikan kita memasukio era baru integriti dan tadbir urus yang baik, tidak kira siapa pun yang memenangi PRU13?