Pengiraan Detik 46 Hari ke PRU13 - Seruan kepada Pakatan Rakyat supaya tidak lalai dengan rasa puas hati

Saya menyeru pemimpin, ahli dan penyokong DAP dan Pakatan Rakyat tidak lalai dengan rasa puas hati mempercayai bahawa pilihan raya umum ke-13 telah ditundakan ke April, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh membubarkan Parlimen sepanjang 12 hari sebelum ulangtahun kelima pada "tsunami politik" 8 Mac pada 2008.

Pada 9 Januar, saya diberitahu satu "sumber yang dipercayai" bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 22 Febuari, tarikh pencalonan dan pembuangan undi pula ditetapkan pada 16 Mac dan 30 Mac, selepas mesyuarat peringkat tertinggi strategis politik Najib di Putrajaya pada hari itu.

22 Febuari telah berlalu pergi tanpa sebarang pembubaran, dan walaupun tarikh lain bulan Febuari juga telah dispekulasikan sebagai tarikh berkemungkinan untuk pembubaran Parlimen, secara umumnya kini dipercayai bahawa terdapat penundaan lagi bagi PRU13 yang mana pembubaran pada pertengahan Mac dan tarikh pembuangan undi pada minggu kedua April.

Walaupun rancangan asal strategis politik Najib untuk pembubaran ialah pada 22 Febuari dan minggu terakhir Febuari telah hancur, disebabkan satu demi satu kesilapan politik daripada Perdana Menteri ketika Tahun Baru Cina - yang paling terkenal ialah pelbagai bencana politik dan perhubungan awam di dalam jemputan berjuta-juta ringgit bintang K-Pop Korea Psy dan Gangnam Style ke Pulau Pinang pada hari kedua Tahun Baru Cina - Najib msih boleh membubarkan Parlimen 12 hari lagi sebelum ulangtahun kelima tsunami politik 308 pada pilihan Raya umum 2008.

Najib juga telah mencatat dua rekod buruk sebagai Perdana Menteri, iaitu:

  • Perdana Menteri paling lama tanpa mandat pilihan raya beliau sendiri;

  • Penggal paling panjang Parlimen di bawah pemerintahan beliau hampir berkahir.

Adakah Najib begitu terdesak sehingga beliau benar-benar mahu mencipta rekod ketiga pada 8 Mac dengan menjadi Perdana Menteri yang tidak dipilih dengan Parlimen yang pertama kali dalam sejarah Malaysia melepasi penggal lima tahun, mengambil kesempatan terhadap Perlembagaan yang memperuntukkan penggal lima tahun mula dikira dari tarikh mesyuarat pertama Parlimen yang baru bukannya daripada tarikh pilihan raya umum sebelumnya?

Muslihat Perlembagaan ini membolehkan Najib mendapat 50 hari lagi untuk digunakan bagi menyelamatkan jawatannya.

Sekiranya empat tahun sebagai Perdana Menteri keenam tidak dapat memyelamatkan Najib dalam PRU13, cukupkah 50 hari lagi untuk beliau gunakan menyelamatkan diri beliau - lalu menjadi sejarah sebagai Perdana Menteri yang takut untuk kehilangan jawatan sehinga beliau terpaksa melanggar kebiasaan politik dan melangkaui lima tahun hayat biasa sesebuah penggal Parlimen?

Saya tidak rasa berbaloi untuk memdapatkan kelebihan beberapa minggu atau bulan untuk me,bubarkan Parlimen hanya untuk dikenang sebagai Perdana Menteri yang tidak berani mendapatkan mandat rakyat sepajang tempoh li,a tahun penggal parlimen - melainkan Najib benar-benar yakin bahawa beliau bakal mencipt rekod keempat sebagai Perdana Menteri UMNO/BN terakhir memenuhi ramalan RAHMAN!

Atas sebab itu, saya rasa pembubaran Parlimen ke-12 sebelum 8 Mac bulan depan masih berkemungkinan terjadi.

Sudah tentu Najib tidak berfikir dua kali lagi tentang pembubaran Parlimen sekarang atau beberapa hari terakhir Febuari sekiranya rancangan asalnya tidak menjadi kucar-kacir.

Apa yang sepatutnya menjadi "senjata rahsia" untuk memenangi pengundi Cina - persembahan Gangnam Style dan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang - terbukti benar-benar bencana yang mewujudkan kesan seluruh negara.

Bukan sahaja satu bencana tetapi banyak bencana - "3 Ya untuk Psy, 3 Tidak untuk Najib" yang bergema seluruh negara, kemelut 5 minit "menggaul yee sang", ketidaksudian Psy menari Gangnam 1Malaysia Style dengan Najib, Rosmah dan Ng Yen Yen serta dakwaan tidak masuk akal tentang ancaman bunuh terhadap Psy dan Najib.

Najib telah menjadi begitu terdesak sehingga beliau melakukan perkara yang beliau akan lakukan sebaliknya, walaupun tiada jaminan bahawa beliau tidak akan menarik balik atau memungkiri komitmen - seperti apa yang Mahathir telah lakukan selepas Pilihan Raya Umum 1999 apabila beliau memungkiri sokongan "secara prinsipnya" Barisan Nasional kepada 83 Tuntutan Suqiu, lalu menuduh siapa yang menyokong Suqiu sama seperti "komunis" dan "pengganas Al-Maunah".

Contohnya:

  • lawatannya ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong, julung-julung kali buat seorang Perdana Menteri – mewujudkan kekecewaan bahawa beliau akan mengumumkan pengiktirafan menyeluruh kerajaan terhadap UEC dan juga kebenaran menubuhkan Sekolah Menhengah Cina Persendirian di Petaling Jaya, Puchong, Johor Bahru dan Segamat; dan

  • menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) walaupun Malaysia di bawah pemerintahan beliau paling korup dibandingkan dengan lima Perdana Menteri sebelum ini.

Najib perlu tahu bahawa tiada jaminan bahawa sebarang tangguhan dalam mengadakan PRU13 akan menjadi kelebihan buatnya, terutamanya dengan semakin banyak pendedahan skandal di bawah pemerintahan beliau termasuklah pendedahan oleh penyiasat persendirian P.Balasubramaniam dan pengedar permaidani Deepak Jaikishan.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur