Pengiraan Detik 50 Hari ke PRU13 – Cabaran untuk Najib menunjukkan bukti sejarah khayalan yang menghasut dan mengapi-apikan dalam filem 13 Mei Tanda Putera
Saya mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan bukti sejarah khayalan yang menghasut dan mengapi-apikan dalam filem 13 Mei Tanda Putera berkenaan sekumpulan belia Cina kencing pada tiang benda yang mengibarkan bendera Selangor di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu sehingga mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969.
Perdana Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penghinaan yang amat bersifat perkauman dan tidak mengikut sejarah di dalam filem 13 Mei kerana menurut Timbalan Menyeri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan, Najib yang mengarahkan filem itu ditayangkan secara eksklusif kepada 3,000 peneroka Felda yang bertemu di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Isnin lalu.
Hanya peneroka Felda yang dibenarkan menonton filem itu, yang ditayangkan selepas wartawan yang hadir diminta meninggalkan dewan.
Jurucakap filem berkenaan mendakwa filem itu dibuat berdasarkan banyak kajian, seperti mengkaji bahan-bahan yang didokumenkan dan gambar-gambar, bagi memastikan adegan-adegannya disokong oleh fakta sejarah.
Di manakah bahan dokumen dan gambar kepada insiden kencing pada tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor di luar rumah Menteri Besar Selangor ketika itu yang mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969?
Saya pada awalnya difitnah apabila pihak publisiti filem dan cybertrooper UMNO sebagai orang yang kencing pada tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor di luar rumah MB Selangor, yang merupakan penipuan sangat hina dan pengecut kerana tiada orang yang waras, rasional dan bertanggungjawab akan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu. Sebenarnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur dari 11 hingga 13 Mei, 1969, kerana pada awal pagi 13 Mei, 1969, saya telah menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu untuk membantu kempen pilihan raya calon bebas di Sabah ketika itu.
Selepas pilihan raya umum 10 Mei, 1969 saya hanya kembali ke Kuala Lumpur pada 18 Mei, 1969 sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas saya ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
Malaysiakini melaporkan bahawa filem 13 Mei yang ditayangkan secara eksklusif kepada peneroka Felda pada hari Isnin mempunyai adegan kontroversi kencing pada tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor di luar rumah MB Selangor ketika itu, tetapi hanya dilakukan oleh sekumpulan belia Cina.
Di manakah bukti sejarah kepada adegan itu atau ia semata-mata khayalan pembuat filem tersebut?
Sejak diposkan entri berkenaan skandal kencing itu di Facebook rasmi Tanda Putera, saya telah bertanya ramai orang sama ada mana-mana orang pernah mendengar tentang insiden kencing pada tiang bendera di rumah MB Selangor sehingga tercetusnya rusuhan 13 Mei, 1969, tetapi tiada siapa pernah mendengar tentangnya sebelum ini.
Tidak ada di dalam Kertas Putih yang dikeluarkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 9 Oktober 1969 bertajuk “Tragedi 13 Mei” atau di dalam buku Tunku Abdul Rahman " 13 Mei - Sebelum dan Selepas” merujuk kepada sebarang insiden kencing pada tiang bendera di rumah MB Selangor.
Adalah adil rakyat Malaysia memberikan Perdana Menteri 48 jam untuk menunjukkan bukti sejarah insiden itu sepertimana yang dipaparkan filem 13 Mei sebelum membuat sebarang kesimpulan.