Pengiraan Detik 54 Hari ke PRU13 – Najib perlu mengumumkan tiga angpau di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengumumkan tiga angpau di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong esok, iaitu:
Pengiktirafan penuh Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai salah satu kelayakan akademik untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam, perkhidmatan awam dan akademi pendidikan;
Kelulusan kerajaan bagi empat buah sekolah menengah persendirian Cina di Petaling Jaya, Puchong, Segamat dan Johor Bahru;
Mengkaji semula kajian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara untuk memberikan pengiktirafan penuh kepada pendidikan bahasa ibunda di dalam arus perdana sistem pendidikan negara, termasuklah:
Menambah bilangan sekolah rendah Cina dan Tamil bergantung kepada keperluan ibubapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah rendah Cina dan Tamil bagi memastikan hak pelajar untuk mendapat pendidikan bahasa ibunda; dan
Peruntukan yang adil dan saksama untuk perbelanjaan pembangunan sekolah rendah Cina dan Tamil serta membekalkan guru terlatih yang mencukupi; dan
Membantu sekolah menengah Cina persendirian dalam soal kewangan, guru terlatih, rekabentuk kurikulum, kemudahan dan lain-lain serta membenarkan mereka untuk berpindah, menubuhkan cawangan dan mendirikan premis baru.
DAP dan Pakatan Rakyat komited dengan pengiktirafan penuh UEC dan sekiranya Najib gagal membuatkan pengumuman itu esok, maka ia akan menjadi salah satu pengumuman dasar utama kerajaan baru Pakatan Rakyat di Putrajaya selepas PRU13.
Amat mengecewajab dan tidak cukup bagus sekiranya Perdana Menteri hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong dengan janji pengiktirafan atau persetujuan pada prinsipnya untuk mengiktiraf UEC, apabila UEC diiktiraf di seluruh dunia sebagai tahap akedemik tinggi untuk semua tujuan pendidikan dan pekerjaan.
Rakyat Malaysia akan menjadi sangat berhati-hati dengan pengumuman sedemikian selepas kemelut Su Qiu yang terkenal tiga pilihan raya umum lalu, yang mana Kabinet bersetuju “secara prinsipnya” skepada 83 perkara di dalam tuntutan Su Qiu sebelum pilihan raya umum 1999, kemudiannya diingkari Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Mahathir Mohamad selepas pilihan raya umum dengan menuduh penyokong Su Qiu mahu mencetuskan perpecahan kaum dan “tidak ada beza dengan komunis atau al-Maunah”.
Satu konfrontasi direka selepas Pilihan Raya Umum 1999 ketika Mahathir mendakwa bahawa Kabinet dipaksa menerima “secara prinsipnya” Su Qiu dan UMNO/BN “diugut ketika itu memandangkan pilihan raya sudah hampir”.
Mahathir berkata: “Itulah sebabnya mereka tampil dengan memorandum itu, sebagai ugutan kepada Barisan Nasional, dan sekiranya kita tidak melayan permintaan mereka, mereka akan memberitahu orang Cina supaya tidak menyokong kita. Ini adalah disengajakan dan masanya telah dirancang. Apa yang kita boleh buat ketika itu?”
Di dalam konfrontasi itu, Su Qiu atau Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-persatuan Cina Malaysia ditekan untuk menarik balik tujuh Tuntutan Su Qiu.
Sebenarnya, dalam kemunculannya di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong esok,Najib sepatutnya meminta maaf terhadap sifat hipokrit dan tidak ikhlas persetujuan “secraa prinsipnya” Kabinet Barisan Nasional terhadap 83 perkara Tuntutan Su Qiu pada 22 September 1999 yang dimungkiri oleh semua parti komponen Barisan Nasional, termasuklah MCA, Gerakan, dan SUPP selepas pilihan raya umum 1999.
Jaminan apa yang boleh Najib beri bahawa tidak akan berulang kemelut Su Qiu di masa hadapan?