Pengiraan Detik 60 Hari ke PRU13 – Bilakah Najib akan membuat kenyataan sama ada Malaysia mampu mengejar Korea Selatan atau sekurang-kurangnya mula merapatkan jurang yang semakin besar antara dua negara?
Pada majlis perembahan Gangnam Style bintang pop Korea Psy di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri di Pulau Pinang esok, adakah Datuk Seri Najib Razak akan membuat kenyataan sama ada Malaysia mampu mengejar Korea Selatan atau sekurang-kurangnya mula merapatkan jurang yang semakin besar antara dua negara?
Seorang Menteri Kabinet berkata kemunculan Psy akan menjadikan Pulau Pinang terkenal di serata dunia dan yang lebih penting daripada itu adalah Pulau Pinang dan Malaysia menjadi terkenal di serata dunia kerana pencapaiannya sendiri dalam semua bidang usaha.
Enam belas tahun lalu, ketika kita mengisytiharkan Koridor Raya Multimedia sebagai “hadiah buat dunia”, Malaysia dan Korea Selatan pernah pada tahap yang sama memulakan perjalanan dalam dunia IT.
Hari ini, MSC dan Malaysia semakin hilang dari peghetahuan dunia sebagai tempat penting IT antarabangsa, sementara Korea Selatan telah jauh menjadi negara pertama di dunia menjadi masyarakat jalur lebar juga negara yang yang mempunyai internet terpantas di dunia – dengan purata kelajuan internet pada 2012 14.7 Mbps, 650% lebih tinggi daripada purata 2.2 Mbps di Malaysia.
Di dalam tadbir urus yang baik, Malaysia tertinggal di belakang Korea Selatan terutamanya dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sejak lima tahun lalu, yang mana Malaysia dilihat lebih korup, antara No. 47 hingga 60 dalam kedudukan dunia berbeza dengan Korea Selatan yang berada di kedudukan 39 hingga 45.
Dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang disusun oleh Reporters Sans Frontieres (Reporters Without Borders), Malaysia berada pada kedudukan paling rendah dalam sejarah pada No. 145 sedangkan Korea Selatan berada pada kedudukan No. 50.
Terkini, Trends in Mathematics and Science Survey (TIMSS) 2011 menonjolkan Malaysia sebagai negara yang mengalami kejatuhan terbesar markahnya untuk matematik dan sains di kalangan negara yang menyertainya, sambil mengesahkan corak berterusan penguasaan sekumpulan sistem pendidikan Asia – Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong – dalam dua subjek penting ini.
Malaysia dengan sedih tertinggal di belakang Korea Selatan di dalam kecemerlangan pendidikan. Di dalam Times Higher Education World University Rankings 2012-2013, empat universiti Korea Selatan termasuk dalam senarai antara 200 Universiti Terbaik sementara enam di dalam 400 Universiti Terbaik Dunia – akan tetapi tiada satu pun dari Malaysia.
Apakah Najib mempunyai jawapan kepada soalan mengapa Malaysia ketinggalan begitu jauh di belakang Korea Selatan di dalam semua bidang usaha, sedangkan 56 tahun lalu ketika Malaysia Merdeka, Korea Selatan lebih miskin dan mundur tetapi kini dua tiga kali ganda lebih kaya daripada Malaysia?