Bilakah Malaysia akan ditampilkan di muka depan majalah dalam dan luar negara sebagai 'negara bertuah' dan 'rendah kadar jenayah'?
Laporan muka depan dua majalah antarabangsa bulan lalu seharusnya membuatkan rakyat Malaysia merenung perkembangan di Malaysia setelah selepas 100 hari pilihanraya umum yang baru berlalu dan ketika kita sedang bersiap untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-56 sebelas hari lagi.
Majalah The Economist edisi 20 Julai 2013 menerusi rencana berjudul "The Curious Case of the Fall ini Crime" melaporkan bahawa "kadar jenayah di negara kaya semakin turun walaupun berdepan dengan masalah kadar pengangguran yang tinggi dan kelembapan ekonomi."
Rencana "ringkasan berita" The Economist itu menyebut:
Di seluruh dunia maju, gelombang jenayah yang bermula pada tahun 1950an kini sedang surut.
Rekod polis (yang meremehkan beberapa jenis jenayah) dan tinjauan di kalangan mangsa (yang tidak selalunya tersedia sebagai sumber data) menunjukkan bahawa kadar jenayah terhadap orang perseorangan dan hartabenda semakin berkurangan sepanjang sepuluh tahun lalu di kebanyakan negara kaya. Di Amerika, penurunan kadar jenayah bermula sekitar tahun 1991; di Britain, ia bermula sekitar tahun 1995, walaupun kadar jenayah pembunuhan hanya mula berkurangan pada pertengahan tahun 2000an. Di Perancis, jenayah melibatkan hartabenda meningkat sehingga tahun 2001�Ctetapi ia telah berkurangan sebanyak satu pertiga sejak itu. Beberapa jenis jenayah tidak lagi berlaku. Pada tahun 1997, sekitar 400,000 buah kereta telah dilaporkan dicuri di England dan Wales: pada tahun 2012, angkanya hanya 86,000.
Kadar pengurangan jenayah paling ketara di kota-kota utama. Kdaar jenayah ganas telah turun sebanyak 32% sejak tahun 1990 di seluruh Amerika; kota-kota besar mencatatkan kadar penurunan sebanyak 64%. Di New York, di kawasan sekitar Times Square on 42nd Street, tempat yang dulunya dipenuhi pengedar filem lucah dan penyangak, kini menjadi tempat tumpuan pelancongan berkeluarga. Di kawasan-kawasan perumahan di London, kanak-kanak bermain di kaki lima konkrit yang dulunya menjadi medan penagih dadah. Di Tallinn, anda boleh berjalan kaki pulang ke rumah selepas menonton teater tanpa dicabul, tidak kira pada jam selewat mana pun anda pulang.
Sememangnya orang masih berbahas tentang sebab sebenar yang membawa kepada penurunan ketara kadar jenayah di negara-negara maju, tetapi di Malaysia, 100 hari selepas Pilihanraya Umum ke-13 dan 11 hari sebelum perayaan Hari Kemerdekaan ke-56, rakyatnya masih berdepan dengan ketakutan dan kebimbangan, apatahlagi senjata api kini mudah diperolehi dan kadar jenayah melibatkan senjata api kerap terjadi.
Apa yang tidak kena dengan Malaysia sehingga negara ini seolah-olah dikuasai hukum rimba?
Kulit depan majalah Time minggu lalu pula menampilkan laporan berjudul "WE ARE AUSTRALIA: THE TRUE FACE OF THE LUCKY COUNTRY".
Bolehkah kita membayangkan Malaysia ditampilkan pada muka depan majalah dalam dan luar negeri dalam tempoh tiga bulan dan lalu sebagai "Wajah Sejati Sebuah Negara Bertuah"?
Perkara itu tidak dapat kita bayangkan di tengah marak bahasa dan politik kebencian yang berputar sekitar isu kaum dan agama yang seolah-olah cuba menafikan bahawa kepelbagaian kaum, bahasa, budaya, dan agama di Malaysia adalah aset negara ini yang terbaik, bukannya punca kelemahannya yang terbesar.
Setelah lebih seratus hari pilihanraya umum ke-13 dan sebelas hari menjelang perayaan Hari Kemerdekaan ke-56, rakyat Malaysia perlu bertanya bilakah dan apakah yang perlu kita lakukan agar Malaysia dapat ditampilkan di muka depan majalah dalam dan luar negara sebagai "negara bertuah" dan "rendah kadar jenayah"?