Bolehkah SPRM pulih daripada kegagalan dahsyat menjadi salah satu agensi anti-rasuah paling tidak cekap di dunia?

Masih berterusan persoalan demi persoalan dan rasa tidak percaya berkenaan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada pertuduhan rasuah melibatkan rampasan wang S$16 juta (RM40 juta) dan penangkapan seorang ahli perniagaan Sabah Michael Chia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 kerana penyeludupan wang dan penggubahan wang haram sebelum menaiki penerbangan menuju Kuala Lumpur.

Sebelum ini Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) telah melaporkan bahawa mereka mendapati wang itu adalah untuk Musa dan sebagai daripada dana lebih besar yang telah didepositkan ke dalam akaun bank Swiss mengandungi US$30 juta dikatakan dipegang seorang peguam untuk Ketua Menteri Sabah.

Jika apa yang dikatakan di dalam jawapan parlimen oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz adalah benar. Bahawa kertas siasatan yang diserahkan kepada Peguam Negara oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan RM40 juta yang ditemui bersama ahli perniagaan Sabah ketika diberkas, sewaktu cuba menyeludup masuk wang itu ke Malaysia dari Hong Kong adalah sumbangan politik kepada UMNO Sabah dan bukan untuk Ketua Menteri Musa Aman serta "elemen rasuah tidak dapat dibuktikan", timbul dua persoalan:

  1. Mengapa SPRM menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan apabila "elemen rasuah tidak dapat dibuktikan"; dan

  2. Mengapa SPRM mengambil masa lebih daripada empat tahun untuk menemui bahawa tiada kes rasuah terhadap Musa Aman?

    Kedua-dua soalan ini membawa kepada soalan ketiga:

  3. Bolehkan SPRM pulih daripada kegagalan dahsyat apabila didedahkan sebagai salah satu agensi anti-rasuah paling tidak cekap di dunia kerana mengambil masa lebih dari empat tahun untuk mendapati RM40 juta yang digubah di Hong Kong dan diseludup bukan untuk Musa tetapi UMNO Sabah?

Adalah menyedihkan apabila SPRM yang baru sahaja menjadi tuan rumah Persidangan ke-6 dan mesyuarat agung Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa telah membiarkan dirinya diperbodoh di peringkat antarabangsa dan sekiranya di negara lain, ketua agensi anti-rasuah mereka akan meletakkan jawatan sebagai protes kerana dihina dan dimalukan sedemikian rupa.

Tetapi bukan ini sahaja persoalan-persoalan yang berlegar di kalangan rakyat Malaysia sepanjang tiga hari lepas berkenaan kisah pelik penggubahan wang haram dalam matawang Singapura berjumlah RM40 juta yang perlu diseludup keluar dari Hong Kong ke Malaysia dan kemudiannya dikatakan milik UMNO Sabah bagi membebaskan Musa Aman, lebih-lebih lagi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu mendedahkan identiti penderma RM40 juta dana hasil penggubahan wang haram yang diseludup!

Apa yang tidak perlu ditanya adalah hakikat bahawa korban kepada dana hasil penggubahan wang haram sebanyak RM40 juta yang cuba diseludup di Lapangan Terbang Hong Kong empat tahun lalu tidak lain adalah Program Transformasi Kerajaan Najib untuk membanteras rasuah dan dengannya adalah, SPRM.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur