Hanya yang bodoh, penipu atau pun kedua-duanya sahaja akan percaya pembohongan tentang cubaan DAP untuk mendirikan Negara Kristian di Malaysia
Keterdesakan itu tidak mengenal batas. Itulah yang digambarkan sepenuhnya oleh penjahat-penjahat tersedak politik UMNO/BN, sama ada secara berdepan atau bermain dengan propaganda secara tersembunyi yang menghasilkan teori konspirasi pelik-pelik dan tidak masuk akal di media perdana atau sosial. Semua itu bertujuan menimbulkan ketakutan, menanam kebencian dan konflik untuk memastikan kelangsungan kuasa Perdana Menteri keenam dan gabungan pemerintah dalam pilihan raya umum ke-13.
Isu Negara Kristian Malaysia dan tuduhan bahawa DAP mahu memansuhkan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam sebagai agama Persekutuan bagi mendirikan Negara Kristian adalah salah satu pembohongan dan penipuan yang paling tidak bertanggungjawab dan semberono daripada penjahat-pejahat politik UMNO/BN.
Malahan, mereka yang menyebarkan pembohongan dan penipuan sedemikian benar-benar tidak kisah terhadap kerosakannya terhadap pembinaan bangsa dalam Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini layak digelar sebagai pengkhianat terhadap visi untuk sebuah Malaysia yang harmoni dan bersatu!
Hanya yang bodoh, penipu, atau kedua-duanya sahaja akan percaya pembohongan tentang DAP cuba untuk mendirikan Negara Kristian.
Mulai sekarang, biarlah rakyat Malaysia menjalankan ujian "bodoh atau penipu" kepada penjahat-penjahat politik yang tidak bertanggungjawab dan semberono menyebarkan pembohongan dan penipuan sedemikian - sama ada mereka bodoh, penipu atau kedua-danya sekali!
Setahu saya (dan saya bersedia untuk disangkal), tidak pernah ada sebarang seruan mendirikan Negara Kristian di dalam negara ini sepanjang 55 tahun kemerdekaan sejak1957 atau sepanjang 49 tahun pembentukan Malaysia sejak 1963.
Adakah berkemungkinan 5 dekad selepas kemerdekaan pada 1957 dan pembentukan Malaysia barulah sekarang terdapat seruan untuk mendirikan Negara Kristian di Malaysia?
Sebab pertama mengapa hanya orang bodoh, penipu atau kedua-duanya sahaja yang akan percaya.
Sepanjang 46 tahun sejarah DAP, pendirian DAP sentiasa tetap dan konsisten iaitu Malaysia adalah sebuah negara demokratik, berbilang bangsa, sekular dan berbilang agama dengan Islam sebagai agama rasmi dan Malaysia bukanlah Negara Islam, sepertimana pendirian tiga Perdana Menteri awal iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein.
"Sekular" yang dimaksudkan bukanlah anti-agama, anti-Tuhan, anti-Islam, anti-Kristian, anti-Buddhisme, anti-Hinduisme atau anti-Sikhisme tetapi sebuah bentuk negara yang berdasarkan moraliti dan pro-Islam, pro-Kristian, pro-Buddhisme, pro-Hinduisme dan pro-Sikhisme dalam mempertahan dan memperkukuh karakter berbilang agama dan kepelbagaian bangsa Malaysia.
Adakah berkemungkinan selepas 46 tahun, DAP kini mahu mendirikan Negara Kristian ketika tiada pemimpin DAP atau mana-mana dokumen dasar DAP menyatakan berkenaan perkara itu?
Sebab kedua mengapa hanya orang bodoh, penipu atau kedua-duanya sahaja yang akan percaya.
Penganut Kristian hanyalah kumpulan agama ketiga terbesar di Malaysia iaitu 60.4% Muslim, 19.2% penganut ajaran Buddha, 9.1% Kristian dan 6.3% Hindu sementara Konfusianisme, Taoisme dan lain-lain agama tradisi kaum Cina adalah 2.6%.
Sebab ketiga mengapa hanya orang bodoh, penipu atau kedua-duanya sahaja yang akan percaya.
Terdapat paling banyak 35 orang Ahli Parlimen Kristian di Parlimen atau lebih kurang satu per enam daripada keseluruhan Parlimen - jauh daripada bilangan 148 daripada 222 Ahli Parlimen yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan bagi mendirikan Negara Kristian.
Sebab keempat mengapa hanya orang bodoh, penipu atau kedua-duanya sahaja yang akan percaya penipuan tentang usaha mendirikan Negara Kristian Malaysia dan DAP terlibat dengannya.
Dengan alasan yang sama, media perdana dan sosial yang mencipta dan menyebarkan pembohongan dan penipuan itu sama ada bodoh, penipu atau kedua-duanya.
Pengundi Malaysia perlu menunjukkan yang mereka tidak mudah untuk termakan pembohongan dan penipuan sedemikian pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan lebih berani serta berpandangan jauh untuk mewujudkan perubahan pada lanskap politik negara supaya pembinaan bangsa berada pada jalan yang betul selepas lima dekad korupsi, penjarahan ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan politik yang memecahbelahkan kaum dan agama.