Adakah Najib akan menunjukkan kebenciannya terhadap rasuah dengan muncul di Parlimen untuk melaporkan tentang 'ujian trio'?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada Akademi Anti Rasuah Antarabangsa di Vienna tetapi itu semua tidak dapat menyelamatkannya atau menutup betapa kurang wibawanya ucapan beliau untuk membanteras rasuah sewaktu perasmian Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat Kuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) Keenam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Pastinya perasmian persidangan anti-rasuah antarabangsa semalam merupakan majlis yang paling tidak selesa buat Najib semenjak menjadi Perdana Menteri 42 bulan lalu. Beliau terpaksa menyampaikan ucapan berkenaan topik yang beliau sendiri tidak yakini dan mengetahui ia akan disambut dengan cebikan dan ejekan, sudah tentu secara sopan dan oleh delegasi Persidangan IAACA tetapi dipersendakan di luar dewan Persidangan IAACA di KLCC.

Sudah tentulah Najib tidak begitu na?f untuk menyedari apabila beliau menyeru untuk melihat gambaran menyeluruh rasuah dan menyatakan usaha membanteras rasuah mestilah melangkaui batas politik dan penjawat awam semata., ia akan dilihat sebagai alas an untuk menjustifikasikan kegagalan pentadbirannya, Program Transformasi Kerajaan dan NKRA dalam membanteras rasuah, yang terserlah pada kedudukan buruk Malaysia di tempat ke-60 dan skor terendah 4.3 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011.

Tambahan lagi, apabila Najib mengatakan negara perlu menanamkan kebencian terhadap rasuah kepada masyarakat, beliau hanya mengundang soalan sama ada beliau dapat menunjukkan satu anggota kabinetnya yang dikenali rakyat Malaysia terkenal membenci rasuah?

Jika beliau tidak dapat menamakan satu pun anggota cabinet, bagaimana dengan diri beliau? Adakah beliau mempunyai kualiti seorang pemimpin yang benci rasuah?

Sekiranya Najib benar-benar bencikan rasuah, beliau tidak akan memusnahkan kewibawaan, integriti, profesionalisme dan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu apabila cuba menggugurkan dakwaan yang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengumpul kekayaan berbilion dengan membuat satu respon umum: "Terdapat bermacam-macam dakwaan, jangan kita layan".

Seorang Perdana Menteri yang benci terhadap rasuah tidak akan mengungkapkan "Jangan kita layan" tetapi akan menuntut dan memastikan badan pencegahan rasuah melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan-dakwaan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF) yang menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion) lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.

Malah, Perdana Menteri yang membenci rasuah akan mempertimbangkan dengan serius penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membersihkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini kerana laporan BMF telah memberikan kesan lebih besar di peringkat antarabangsa berbading di Malaysia - dengan keluarnya laporan tersebut di Brussels serentak lawatan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok ke Suruhanjaya Eropah bulan lepas.

Laporan BMF itu merupakan laporan yang pertama menggambarkan dengan terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

BMF menganggarkan nilai bersih harta 20 ahli keluarga Taib yang digabungkan hampir US$21 bilion, terbahagi kepada 400 syarikat seluruh dunia - semuanya dibina melalui kawalan hampir menyeluruh politik dan ekonomi Sarawak.Dan telah menjadikan Sarawak daripada negeri terkaya Malaysia kepada negeri termiskin dalam tempoh tiga dekad.

Seperti yang telah saya sebutkan di dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2013 semalam, ketiga-tiga VVIP yang terdiri daripada Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail - yang mana dakwaan-dakwaan serius rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka telah didedahkan kepada umum - adalah "ujian trio" sama ada terdapatnya kehendak politik sebenar untuk membanteras "rasuah besar" oleh para VVIP.

Semalam, saya telah meminta Perdana Menteri mengemaskini untuk Parlimen dan negara tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan-laporan polis yang dibuat ke atas "trio" tersebut berkaitan rasuah - terutamanya berhubung buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad, "Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah (Fraud, Liar, Criminal)?"

Adakah Najib akan menunjukkan kebencian beliau terhadap rasuah dengan muncul sendiri di Parlimen untuk melaporkan berkenaan "ujian trio" dalam membanteras Rasuah Besar - Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patail - dan menghantar kemaskini tentang siasatan ke atas tuduhan-tuduhan rasuah dan penyalahgunaan terhadap trio itu?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur