Ugutan yang tidak bertanggungjawab bahawa akan berulang 13 Mei dan kekacauan adalah bukti kuat kegagalan dan kepura-puraan dasar 1Malaysia Najib
Ugutan tidak bertanggungjawab oleh para pemimpin UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tentang “13 Mei” dan berlakunya kekacauan sekiranya UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13, dakwaan bohong bahawa Melayu akan hilang kuasa politik dan menjadi “pengemis di tanah air sendiri”, bukti kuat kegagalan dan kepura-puraan dasar 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sekiranya Dasar 1Malaysia yang disebutkan Najib sejurus selepas menjadi Perdana Menteri pada April 2009 adalah bukan sekadar gimik bagi meraih undi pada PRU13, falsafahnya untuk “menjadikan Malaysia… sebuah negara yang diharapkan agar setiap warga Malaysia melihat dirinya terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia, dan kemudiannya barulah melihat dirinya berdasarkan bangsa, agama, kawasan geografi dan latar belakang sosial” sepatutnya menjadi semangat di dalam ucapan-ucapan pemimpin UMNO/BN dan persidangan parti mereka.
Tetapi jelas ini tidak terjadi meskipun telah masuk bulan ke-43 Najib menjadi Perdana Menteri, sepertimana yang digambarkan Perhimpunan Agung UMNO ke-66.
Pertama-tamanya, Para pemimpin UMNO/BN yang didorong semangat “terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia, dan kemudiannya barulah melihat dirinya berdasarkan bangsa, agama, kawasan geografi dan latar belakang sosial” 1Malaysia tidak akan melayan apa-apa keinginan apatah lagi menyatakan ugutan tentang 13 Mei atau kekacauan tidak kiralah apa jua keputusan pilihan raya umum ke-13 akan datang, sesiapa sahaja yang bermain dengan ugutan 13 Mei dan amaran kekacauan kerana pilihan demokratik yang bebas pada pilihan raya umum ke-13 bukan sahaja telah gagal menerapkan semangat 1Malaysia, tetapi merupakan tindakan yang paling tidak setia dan tidak patriotik kerana mengabaikan kepentingan lebih tinggi dan masa depan yang lebih baik untuk negara.
Tanggapan yang tidak setia dan patriotik menjadi lebih keji lagi apabila ia berlandaskan pembohongan dan penipuan, bahawa kekalahan UMNI pada PRU 13 akan mengakibatkan kehilangan kuasa politik Melayu menyebabkan orang Melayu, seperti yang disebut dalam sebuah ucapan: “...jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri.”
Keadaan itu mungkin akan menimpa para pemimpin UMNO - itu sekiranya UMNO tidak mampu untuk mereformasikan dirinya selepas dikeluarkan dari Putrajaya – tetapi pasti nasib sedemikian tidak akan menimpa orang Melayu.
Ini kerana yang akan menggantikan UMNO/BN di Putrajaya adalah perikatan yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – yang dikalangannya adalah rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, agama dan kawan mewakili kepentingan semua orang.
Adakah MCA dan parti-parti komponen lain bersetuju sekiranya UMNO/BN tewas pada PRU13, orang Melayu akan kehilangan kuasa politik?
Pemimpin MCA berkata sebaliknya – mereka memberitahu orang Cina bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menewaskan UMNO/BN pada pilihan raya umum akan datang, orang Cina akan kehilangan hak politik, ekonomi, pendidikan, sosio-ekonomi dan kewarganegaraan!
Pemimpin UMNO dan MCA perlu mencari kesepakatan– adakah Melayu atau Cina yang akan kehilangan kuasa politik sekiranya UMNO/BN digantikan oleh Pakatan Rakyat pada PRU13.
Jawapan sebenar adalah bukan orang Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban yang akan kehilangan kuasa politik tetapi UMNO-putra dan semua konco-konco mereka di dalam parti komponen BN – manakala rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama atau kawasan memperoleh hak yang sepatutnya dalam proses membuat keputusan di dalam Malaysia yang lebih demokratik.
Sudah tiba masanya pemimpin UMNO dan MCA menghentukan dengan politik “pecah dan perintah” mereka yang tidak bertanggungjawab dan bersaing dengan gagasan Pakatan Rakyat untuk “bersatu dan perintah” untuk Malaysia yang lebih demokratik, adik, makmur dan berdaya saing.