Adakah Najib akan melakukan perkara yang sama seperti Hu Jintao dan memberi keutamaan tentang masalah rasuah yang meruncing di Malaysia?

Presiden China dan Setiausaha Parti Komunis China (CCP) Hu Jintao sewaktu Kongres ke-18 CCP hujung minggu lalu memberi amaran bahawa rasuah mampu menjadi pencetus kepada kemusnahan Parti dan negara.

Adakah Najib akan melakukan perkara yang sama seperti Hu Jintao dan memberi keutamaan tentang masalah rasuah yang meruncing di Malaysia dalam Amanat Presiden Umno sewaktu Perhimpunan Agung Umno?

Hakikatnya terdapat lebih banyak untuk Najib berbanding Hu Jintao untuk memberi keutamaan kepada masalah serius rasuah memandangkan dalam dua dekad ini, perang ke atas rasuah di China telah menampakkan perkembangan baik akan tetapi sebaliknya berlaku di Malaysia.

Tahun pertama Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) pada 1995, China berada pada kedudukan serendah tempat ke-40 daripada 43 buah negara dengan mata CPI 2.16.

Sebaliknya, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 dengan mata CPI 5.28 - keenam di kalangan negara-negara Asia Pasifik selepas New Zealand (No. 1 - mata CPI 9.5), ), Singapura (No. 3 - 9.2), Australia (No. 7 - 8.8), Hong Kong (No. 17- 7.12) dan Jepun (No. 20 - 6.72).

Tujuh belas tahun kemudian, dalam CPI TI 2011, China berada pada kedudukan ke-75 daripada 183 buah negara dengan mata CPI 3.6 - satu kemajuan 1.44 mata dalam tempoh 17 tahun - manakala Malaysia menderita dengan keaiban berganda kedudukan terburuk tempat ke-60 dengan mata tercorot 4.3.

Sejak 17 tahun lalu, mata CPI Malaysia jatuh lebih daripada satu mata berbanding mata CPI terbaik Malaysia pada tahun 1996 iaitu 5.32.

Sekiranya kemajuan dalam CPI TI China dan penurunan CPI TI Malaysia akan berterusan, China akan berada pada kedudukan lebih baik dalam CPI TI kurang daripada lima tahun.

Semenjak 17 tahun lalu, Malaysia telah pun hilang kedudukan tempat keenamnya di kalangan Asia Pasifik kepada negara seperti Taiwan, Bhutan, Korea Selatan, Brunei dan Macao dalam CPI TI 1995 sementara negara lain seperti Thailand, Indonesia dan juga Filipina semakin hampir melepasi Malaysia.

Untuk menggambarkan betapa masalah rasuah di Malaysia bertambah buruk, kedudukan Malaysia juga telah dipotong oleh enam negara-negara umat Islam sedangkan pada 1997, Malaysia berdiri sama tinggi dengan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dari segi ketelusan dan akauntabel.

Umno dan Barisan Nasional telah menjadi begitu sinonim dengan rasuah di Malaysia dan 43 bulan sebagai Perdana Menteri menunjukkan Najib hanya pandai melaungkan slogan anti-rasuah tetapi tidak mempunyai kesungguhan dan komitmen politik untuk membasmi rasuah, terutamanya rasuah besar melibatkan pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan.

Hanya pertukaran kerajaan, daripada BN kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya, dapat mencipta keadaan yang serius memerangi rasuah untuk memperkenalkan budaya politik baru yang tidak toleran terhadap rasuah.

Ini akan menjadi salah satu keutamaan kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya, bermula dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap rasuah termasuklah siasatan penuh ke atas skandal penyeludupan dan penggubahan matawang berjumlah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah Michael Chia.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur