Biar Deepevali 2012 membawa satu festival cahaya mengatasi kegelapan dan kejayaan buat kebenaran, kebebasan dan keadilan mengatasi semua bentuk korupsi, diskriminasi dan eksploitasi
Biar Deepevali 2012 membawa satu festival cahaya mengatasi kegelapan dan kejayaan buat kebenaran, kebebasan dan keadilan mengatasi semua bentuk korupsi, diskriminasi dan eksploitasi terutamanya yang akan melanda pilihan raya umum ke-13.
Lima puluh lima tahun selepas kita Merdeka pada 1957, ramai rakyat Malaysia telah ketinggalan daripada pembangunan arus perdana dengan hasil pertumbuhan dirampas oleh sekumpulan kecil manusia yang mempunyai kelebihan dan kroni-kroni mereka, sementara majoriti rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama dan kawasan telah dipinggirkan dan didiskriminasi.
Deepavali 2012 akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia menggerakkan perkembangan-perkembangan yang kemuncaknya adalah pada PRU13 yang mana semua ketidakadilan dan ketidaksetaraan baik politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan agama diperbetulkan.