AES adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan GTP Najib dan NKRA “membanteras rasuah”

Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) “Membanteras Rasuah” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah diisytiharkan sebagai “satu fokus utama GTP” memandangkan “rasuah mampu menjadi penghalang cita-cita negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi” kerana:

  • “Rasuah menghakis kerpercayaan orang ramai terhadap kemampuan Kerajaan dan institusi-institusi utama yang lain dalam mengekalkan padang yang sama rata untuk semua perserta dan mampu menjauhkan pelaburan asing.”

  • “Rasuah tidak menggalakkan penyertaan yang lebih besar dalam ekonomi nasional dan dengan itu mempunyai kesan buruk terhadap sumur sumber manusia. Terdapat juga kebimbangan yang rasuah akan mengalirkan keluar sumber-sumber dari ekonomi, dengan laporan-laporan terdapat syarikat-syarikat membayar di antara 8% dan 9% keuntungan mereka untuk membayar rasuah bagi lesen dan permit.”

  • Dengan anggaran kerajaan sendiri pada Januari 2010, rasuah akan menelan sebanyak RM10 bilion setahun atau 1-2% GDP.

Tetapi apa yang telah Najib tunjukkan dalam NKRA “Membanteras Rasuah” selepas lebih daripada tiga tahun menjadi Perdana Menteri?

Najib telah mensasarkan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan di antara 30 ke 35 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI), akan tetapi yang terjadi adalah kejatuhan pada kedudukan dan mata Malaysia dalam CPI TI untuk 2010 dan 2011, bukannya peningkatan.

Malaysia berada pada kedudukan ke-23 dengan mata 5.28 pada 1995 CPI TI. Sewaktu Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003, CPI TI Malaysia untuk 2003 telah menjunam ke tempat ke-37 dengan mata sebanyak 5.2.

Di bawah Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah, satu pelan lima tahun Pelan Integriti Nasional (2004-2008) telah dilancarkan agar Malaysia memperbaiki kedudukan CPI TI sekurang-kurangnya pada kedudukan ke-30 pada 2008, dan mata untuk Malaysia sebanyak 5.2 pada 2003 mencapai sekurang-kurangnya 6.5 pada 2008. (10 adalah terbaik dan 1.0 adalah terburuk.

Malaysia gagal untuk mencapai sasaran Pelan Integriti Nasional untuk mencapai sekurang-kurangnya kedudukan ke-30 dan mata sebanyak 6.5 pada 2008 dan kedua-kedua kriteria menjadi bertambah buruk dengan Malaysia berada pada kedudukan ke-47 dengan mata sebanyak 5.1.

Pada 2009, Malaysia terekod sebagai negara dengan kejatuhan kedudukan dan mata terburuk, menjunam ke kedudukan ke-56 dengan mata sebanyak 4.5.

Walaupun GTP dan “Membanteras Rasuah NKRA Najib mensasarkan Malaysia akan mencapai peningkatan mata daripada 4.5 kepada 4.9 pada 2010, mata tersebut semakin jatuh ke 4.4 dengan kedudukan kekal pada nombor ke-56.

Penurunan ini berterusan pada CPI TI 2011 dengan Malaysia jatuh ke kedudukan paling teruk iaitu kedudukan ke-60 dan mata paling rendah sebanyak 4.3.

Keputusan CPI TI 2012 dijangkakan akan keluar dalam tempoh sebulan lagi, dan daripada semua petunjuk, Malaysia kemungkinan besar akan melihat penurunan dalam kedudukan dan mata CPI TI sekiranya pelbagai skandal tahun-tahun yang sudah diambil kira – termasuklah skandal “kondo lembu” melibatkan RM250 juta, “sumbangan buat UMNO Sabah” berjumlah RM40 juta daripada Michael Chia, pendedahan Bruno Manser Fund (BMF) terhadap kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dengan jumlah kekayaan Taib sendiri sebanyak US$15 bilion dan lain-lain.

Daripada sejarah CPI TI, Malaysia di bawah Najib bukan sahaja lebih korup jika dibandingan dengan Perdana Menteri sebelumnya, baik Tun Mahathir atau Tun Abdullah, Malaysia juga tertinggal jauh daripada negara-negara sama ada ASEAN, Asia-Pasifik malah di kalangan negara-negara OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) dalam memerangi rasuah.

Satu dekad yang lalu, pemimpin-pemimpin Malaysia berbangga kerana memimpin sebuah negara dengan teknologi paling maju dan negara paling berkembang industrinya berbanding negara-negara OIC lain. Berdiri lebih tinggi daripada negara-negara OIC dalam hal kedaulatan hukum, akauntabiliti, ketelusan dan intergriti.

Pada 1996, Malaysia pernah berada pada kedudukan No. 26 daripada 54 negara dengan mata sebanyak 5.32 – mengatasi Jordan (No. 30 – mata 4.89), Turki (No. 33 – 3.54) dan Mesir (No. 41 – 2.84).

Enam belas tahun kemudian, di dalam CPI TI 2011, Malaysia menjunam ke kekedukan ke-60 dengan mata terendah sebanyak 4.3 – tewas dengan negara-negara OIC dan hanya satu langkah di hadapan Turki seperti yang dipaparkan di bawah:

Qatar – No. 22 (kedudukan) 7.2 (mata)
UAE – 28 (6.8)
Bahrain- 46 (5.1)
Oman – 50 (4.8)
Kuwait – 54 (4.6)
Jordan – 56 (4.5)
Arab Saudi – 57 (4.4)
Malaysia – 60 (4.3)
Turki – 61 (4.2)

AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) untuk menjadikan kekayaan luar biasa secara automatiknya kesalahan rasuah dilihat sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan GTP dan NKRA “Membanteras Rasuah” Najib dan menahan kedudukan dan mata Malaysia daripada terus jatuh dalam CPI TI.

Akan tetapi adakah Najib dan Kabinetnya mempunyai kesungguhan politik dan komitmen untuk benar-benar memerangi rasuah dengan memperkenal dan melaksanakan AES bagi memastikan kekayaan luar biasa satu kesalahan rasuah prima facie melainkan pertuduhan itu dapat dipatahkan di muka pengadilan?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur