Kenyataan media oleh Lim Kit Siang in Kuala Lumpur pada hari Isnin, 28hb Mei 2012: Yang luar biasa – Hanif berkeras untuk terus mempengerusikan “panel penyiasatan bebas” terhadap keganasan Bersih 3.0 Sememangnya luar biasa – apabila bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkeras untuk mempengerusikan “panel penyiasatan bebas” terhadap keganasan Bersih 3.0 padahal beliau dan ahli-ahli panel yang lain patut mengundur diri. Apa yang Kabinet patut lakukan adalah supaya panel ini dibatalkan dan sokongan penuh diberi kepada penyiasatan awam Suhakam terhadap apa-apa pencabulan hak asasi manusia dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April. Sesi sidang media yang telah dirancang lebih awal oleh Hanif dan panelnya telah dibatalkan hari ini dan sebagai ganti hanya kenyataan media yang telah diedarkan. Ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa Hanif dan panel bebas ini sedar yang orang awam tidak yakin panel ini boleh bertindak secara bebas, adil dan saksama terhadap keganasan Bersih 3.0 tanpa mengira jika mangsa-mengsa itu adalah kakitangan polis, wakil media dan perserta perhimpunan aman itu. Dalam tempoh bulan yang lalu, kerajaan telah melancarkan satu kempen fitnah untuk mencerca Bersih 3.0 dan pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai ‘watak utama’ dalam kempen fitnah ini. Hanif sendiri memegang ‘watak utama’ dalam kempen fitnah ini dari awal lagi apabila memberi sokongan membuta tuli terhadap dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan. Apa yang lebih menghinakan adalah apabila Hanif berkata yang beliau dapat mengenalpasti individu-individu pro-komunis di Bersih 3.0 berdasarkan demonstrasi-demonstrasi 1970an dan memberitahu media yang ajen-ajen provokasi dan kanak-kanak digunakan dalam Perhimpunan Bersih 3.0 sebagai “taktik komunis”. Bagaimana Hanif akan menukar prasangka buruk mengenai Bersih 3.0 melainkan beliau menarik balik prasangka ini? Dalam beliau mempertahankan integriti beliau dan perlantikan sebagai pengerusi panel penyiasatan itu, Hanif masih tidak sedar akan situasi sebenarnya. Jika Hanif masih tidak mahu menarik balik kenyataan prasangka mengenai Bersih 3.0, beliau haruslah mengambil tempat sebagai “saksi utama” dihadapan mana-mana penyiasatan Bersih untuk memberi justifikasi pendirian beliau dan bukan mempengerusikan panel tersebut untuk menyiasat apa yang benar-benar telah berlaku di Bersih 3.0. Jika tiada bukti yang didapati selepas penyiastan dijalankan, adakah Hanif bersedia untuk mengumumkan secara terbuka yang kedua-kedua Perdana Menteri dan diri beliau mengaku salah dalam dakwaan yang perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan? Berbanding dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kini yang mengambil alih kempen fitnah ini dengan tuduhan melulu bahawa perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah “persediaan” oleh Pakatan Rakyat dengan mencetuskan kekecohan dan keganasan untuk menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13, nampaknya rakyat lebih membenci dan menolak panel Hanif. Dalam tiga tahun yang lepas, selepas menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering menyebut “era kerajaan serba tahu sudah berakhir” (“the era the government knows best is over”). Ini merupakan satu ujian samada beliau akan benar-benar mengotakan yang disebut itu dan menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia menolah panel Hanif itu. Najib mesti bertindak dengan lebih tegas untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau dan kerajaan beliau serius dan ikhlas dalam menuntut penyiasatan yang credible, saksama dan komprehensif dalam keganasan Bersih 3.0 dimana tidak ada apa-apa yang akan disembunyikan atau ditutup atau kempen fitnah dalam bentuk penyiasatan, dengan membatalkan terus panel Hanif dan kerajaan haruslah memberi sokongan padu terhadap penyiasatan Suhakam dalam Bersih 3.0. *Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
|