Kenyataan media oleh Lim Kit Siang in Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 26hb Mei 2012: Daripada naik berang dengan kenyataan Mahathir yang berbisa, tidak masuk akal dan dahsyat dalam tulisan blognya, rakyat Malaysia haruslah bersimpati dengannya Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, dalam tulisan blognya bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu bentuk “penyediaan” oleh Pakatan Rakyat yang akan mencetuskan kekecohan dan rusuhan untuk menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 sekiranya pihak pembangkang kalah. Katanya: “Kekalahan mereka akan diikuti dengan rusuhan dan kekecohan yang akan berkanjutan sehinggalah keputusan pilihanraya ditolak dan kerajaan baru mengambil alih, yang diluluskan oleh pihak pembangkang”. “Selepas itu, mereka akan cuba untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi supaya ianya boleh dimanipulasi”. Sudah pasti Mahathir adalah pemegang juara didalam rekod Malaysia kerana telah mengeluarkan kenyataan yang berbisa, tidak masuk akal dan dahsyat dalam perjalan kehidupan politiknya, sebelum, semasa dan selepas 22 tahun memegang jawatan Perdana Menteri (1981-2003) tetapi apa yang ditulis dalam blognya semalam semestilah berada di tangga teratas diantara komen-komennya yang berbisa, tidak masuk akal dan dahsyat. Pastinya idea tersebut secubit dari imaginasinya kerana tiada sekelumit pun kebenaran dalam kenyataan tersebut – seperti juga dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan (barangkali satu idea yang telah berputik dari bekas Ketua Polis Negera Tan Sri Rahim Noor) apabila peserta-peserta hanya “bersenjatakan” garam dan air berbotol untuk melindungi diri mereka terhadap apa-apa tembakan gas pemedih mata dan air semburan yang bercampur bahan kimia. Selain daripada penyokong setia Mahathir yang akan menerima dan menyokong apa-apa kenyataan yang berbisa, tidak masuk akal dan dahsyat yang telah dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu, dua reaksi yang serta-merta yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang berfikiran secara matang dan rasional adalah samada untuk mengecam dan mengutuk kenyataan jijik itu atau untuk menggugurkan idea itu kerana ianya isyarat beliau sudah nyanyuk. Mahathir bukanlah sudah nyanyuk kerana penulisan dalam blognya semalam, mempamerkan suatu corak yang merbahaya yang tidak syak lagi dakwaannya setakat ini sebagai satu kenyataan yang melulu dan tidak bertanggungjawab semenjak berundur diri sebagai Perdana Menteri sejak 9 tahun yang lepas. Daripada naik berang dengan tulisan blog Mahathir, mungkin rakyat Malaysia patut bersimpati dengannya. Bukan seperti Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, Mahathir telah sedar segala implikasi perhimpunan Bersih 3.0 yang dihadiri 200,000 sehingga 300,000 rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina atau umur yang telah turun padang untuk satu satu keperluan kedaulatan negara untuk proses pilihanraya Malaysia disamping semua kempen fitnah yang telah dilancarkan untuk memburuk-burukkan Bersih 3.0 dan Pakatan Rakyat. Selepas Bersih 3.0, nampaknya semua tanda-tanda semakin jelas – UMNO dan Barisan Nasional boleh ditumpaskan kuasa di Putrajaya oleh pengundi Malaysia dalam Pilihanraya Umum Ke-13. Kesedaran ini telah mewujudkan satu desakan dalam minda Mahathir yang bukan sahaja dicerminkan dalam tulisan blognya semalam tetapi dalam dalam taktik kotornya di Kedah minggu lepas bahawa juka UMNO ditumpaskan dalam pilihanraya umum yang akan datang, Melayu akan terus hilang kuasa politiknya di negara mereka sendiri. Mahathir harus sedar yang Melayu tidak akan hilang kuasa sekiranya UMNO ditumpaskan, kerana penggantian UMNO dan Barisan Nasional di Putrajaya adalah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP; dan Perdana Menteri baru Malaysia adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Najib. Apa yang jelas adalah Mahathir nyata mempunyai kepentingan peribadi dalam keputusan pilihanraya umum yang akan datang yang telah menyebabkan beliau membuat kenyataan yang tidak masuk akal bahawa Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu “penyediaan” untuk mencetuskan rusuhan dan kekecohan oleh Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan pilihanraya umum yang akan datang ini sekiranya pihak pembangkang kalah atau jika Melayu akan hilang kuasa politik dalam negara mereka sekiranya UMNO ditumpaskan. Apakah kepentingan peribadi Mahathir dalam pilihanraya yang akan datang? Mungkinkah beliau telah menerima hakikat selepas perhimpunan Bersih 3.0 bahawa UMNO dan Barisan Nasional mungkin boleh hilang kuasa di Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang, dan ini bererti senarai panjang pelbagai skandal-skandal kewangan dan penyalahgunaan kuasa dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri boleh dilindungi lagi dan tertakluk kepada penyiasatan penuh dan kini beliau sedang melakukan yang “terbaik” untuk menghalang kisah sebenar peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri daripada didedahkan? *Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
|