red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang in Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 25hb Mei 2012: 

Najib dan Hishamuddin mesti mengecam sekeras-kerasnya kelakuan samseng dan serangan yang ditujukan dalam majlis-majlis PR

Persoalan yang ditanya-tanya oleh rakyat Malaysia adalah jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyokong dan menggalakkan budaya politik yang berasaskan kelakuan samseng dan keganasan yang dapat disaksikan dalam majlis-majlis Pakatan Rakyat semenjak ini!

Adakah ini merupakan liku jalan yang terpaksa diambil oleh negara Malaysia untuk menjadi sebuah negara dengan “system demokrasi yang terbaik di dunia” yang telah diheboh-hebohkan oleh Najib selepas Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas?

Adakah ini kelakuan Najib yang patut diteladani oleh warga dunia diatas maksud beliau untuk menyisihkan golongan ekstremis dan memberi kepentingan kepada “Global Movement of Moderates”?

Malam semalam, ceramah Pakatan Rakyat di Lembah Pantai telah dilontar dan ‘disirami’ oleh batu dan telur dan telah menyebabkan beberapa orang awam tercedera.

Awal minggu ini, ceramah PR yang lain yang berlangsung di Pekan Bangi, Selangor telah diganggu oleh sebuah kumpulan yang membaling batu.

Pada Sabtu yang lepas, majlis minum petang di Merlimau yang akan dihadiri pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah dihalang oleh sekumpulan pembantah dan dua orang ADUN Melaka, Khoo Poay Ting (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) telah dilontarkan telur dan batu dan beberapa daripada kenderaan disitu telah mengalami kerosakan.

Pagi tadi sahaja, pejabat Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah di Pantai Dalam telah dilontarkan dengan telur sementara keganasan menyimbah cat biru keatas sebelas kereta dalam ceramah Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang dan mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar malam semalam.

Lebih seminggu, saya telah menyeru untuk kemuliaan dan ketertiban dipulihkan kepada medan politik dan medan umum tetapi tidak dipedulikan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan menteri-menteri UMNO/Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin yang terlibat – walaupun perbuatan terkutuk satu demi satu telah mencemarkan prasarana politik Malaysia and kehidupan umum seperti “upacara pengebumian” dihadapan rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang, gerai burger yang telah didirikan serta “senaman punggung” oleh sekumpulan veteran tentera Malaysia dihadapan rumah kediaman Ambiga di Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan demonstrasi oleh kumpulan anti-Bersih diluar rumah Ambiga semalam.

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri serta Menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO/Barisan Nasional sedang memberikan komen pelbagai berkenaan dengan banyak isu yang lain, tetapi terus berdiam diri berhubung dengan peningkatan insiden-insiden kekerasan, keganasan dan kelakuan samseng terutamanya dalam majlis-majlis Pakatan Rakyat.

Apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh Najib dan Hishammuddin dengan menutup mulut yang hanya boleh ditafsirkan sebagai “sokongan dan galakan membisu” melihat pelbagai kejadian keganasan dan kelakuan samseng di majlis-majlis Pakatan Rakyat?

Najib dan Hishammuddin mesti mengecam dan mengutuk jika tidak mahu dikaitkan dengan insiden-insiden yang jijik ini dalam majlis-majlis PR sekiranya mereka tidak mahu dilihat sebagai memberi galakan atau sokongan budaya politik Najib yang samseng dan ganas berhubung dengan pelbagai kekacauan dan kekecohan dalam majlis-majlis PR!


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional