red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 22hb Mei 2012: 

Kerajaan jelas berniat jahat untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul kerana melanggar sekatan di Dataran Merdeka

Kerajaan Najib jelas berniat jahat untuk mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PKR, Azmin Ali dan Badrul Hisham kerana telah melanggar sekatan di Dataran Merdeka semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April sedangkan ianya haruslah dilihat sebagai satu terma rujukan bagi penyiasatan yang saksama dan komprehensif terhadap keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri.

Benarkah Anwar dan Azmin telah memberi isyarat kepada peserta untuk merempuh sekatan di Dataran Merdeka seperti yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam temuduga bersama Sunday Star dua hari yang lepas yang bertajuk “Mencari kisah sebenar”?

Tetapi, pandangan Hishammuddin (yang selalu keliru dengan peranan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab diatas keselamatan umum, tidak kira seseorang individu atau parti politik dan kewajipan sebagai Naib Presiden UMNO yang diberi tugas utama untuk memburuk-burukkan pihak pembangkang dengan apa cara sekalipun) tidak boleh menjadi sebab untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul, terutama sekali apabila Hishammuddin telah memberi jaminan bahawa penyiasatan yang saksama dan komprehensif terhadap keganasan Bersih 3.0 dalam satu misi mencari kebenaran mengenai apa yang telah berlaku pada 28 April.

Pendakwaan Anwar, Azmin dan Badrul yang terburu-buru berhubung dengan perlanggaran sekatan di Dataran Merdeka dan berdasarkan prasangka pimpinan Najib yang berniat jahat untuk menghalang apa-apa penyiasatan yang bebas, saksama dan komprehensif berkenaan dengan isu yang amat mustahak ini. Ini dirumitkan lagi apabila ketiga-tiga pemimpin yang didakwa itu sekeras-kerasnya menafikan memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka, seperti yang dilihat dalam kenyataan video.

Terma rujukan dari “panel penyiasatan bebas” Hanif Omar belum lagi dimuktamadkan, tetapi apa yang jelas adalah dengan dakwaan Anwar Azmin dan Badrul, isu ini tidak akan dimasukkan diatas sebab ianya akan dipertimbangkan oleh mahkamah (sub judice) kerana sudah ada kes seumpana itu yang masih dalam pertimbangan.

Dalam isu yang berbeza, ketidaksesuaian Tun Hanif Omar sebagai pengerusi “panel penyiasatan bebas”, umpama melantik Tun Dr Mahathir untuk mengetuai suruhanjaya penyiasatan terhadap kerugian RM100 bilion yang dicatit dari pelbagai skandal kewangan dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Dengan dakwaan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul, malah penyiasatan Suhakam keatas keganasan Bersih 3.0 boleh dihalang dari memperoleh maklumat yang penting dalam menentukan jika ada diantara mereka bertiga yang telah memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka.

Ini adalah kerana apa yang terkandung dalam Seksyen 12 (Bahagian III) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 diatas “Kuasa Penyiasatan dalam Suruhanjaya” (“Powers of Inquiry of the Commission”) adalah:

BAHAGIAN III

KUASA SIASATAN SURUHANJAYA

Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas aduan

12. (1) Suruhanjaya boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas suatu aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya oleh orang atau kumpulan orang yang terkilan atau seseorang yang bertindak bagi pihak orang atau sekumpulan orang yang terkilan, menyiasat pengataan mengenai pelanggaran hak asasi manusia orang atau kumpulan orang itu.

(2) Suruhanjaya tidaklah boleh menyiasat apa-apa aduan yang berhubungan dengan apa-apa pengataan pelanggaran hak asasi manusia yang —

(a) merupakan hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa rayuan; atau

(b) telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah.

(3) Jika Suruhanjaya menyiasat suatu pengataan di bawah subseksyen 12 (1) dan sementara menunggu penyelesaian siasatan itu, pengataan itu menjadi hal perkara mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, Suruhanjaya hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada melakukan siasatan itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) harus diberi pujian diatas keputusan yang diambil semalam untuk menjalankan penyiasatan awam terhadap perhimpunan Bersih 3.0, kerana tidak boleh “menunggu lagi” untuk panel bebas dari Putrajaya untuk menyerahkan terma rujukan mereka.

Adakah benar keputusan Peguam Negara untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul dibuat secara tergesa-gesa berkenaan dengan perlanggaran sekatan di Dataran Merdeka yang berdasarkan maklumat yang diterima oleh kerajaan yang Suhakam akan memaklumkan keputusan mereka dan sebagai satu langkah terakhir untuk menyingkirkan apa-apa penyelidikan dari pihak Suhakam untuk menjalankan penyiasatan yang bebas dan saksama berhubung dengan “perlanggaran” sekatan di Dataran Merdeka.

Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara tidak boleh mengikat tangan Suhakam daripada menjalankan penyiasatan yang bebas, saksama dan komprehensif terhadap keganasan Bersih 3.0, termasuklah jika benar Anwar dan Azmin telah memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka serta 8 isu berbangkit seperti:

  1. Adakah benar wujud satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dalam Bersih 3.0?

  2. Mengapa pihak polis seakan-akan mengamuk dan menggunakan kekerasan yang melampau, samada dengan gas pemedih mata, semburan air yang bercampur bahan kimia atau keganasan fizikal terhadap peserta perhimpunan aman ini selepas jam 3 petang yang telah berlanjutan selama 5 jam pada hari tersebut?

  3. Bagi yang telah merempuh sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja? Mengapa pihak polis bertingak untuk menghukumi majority yang telah berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman?

  4. Mengapa ada kakitangan polis yang bertugas tanpa tag nama atau nombor pengenalan?

  5. Mengapa wakil media menjadi sasaran pihak polis dan mengapa mereka diserang dimana peralatan kamera mereka dipecah dan kad memori mereka dirampas?

  6. Mengapa ada diantara beberapa Stesyen LRT yang telah diarahkan untuk tutup selepas gas pemedih mata atau semburan air bermula? Adakah pihak polis berniat untuk membantu peserta bersurai atau sebagai satu “perangkap” untuk memberi “pengajaran” kepada peserta perhimpunan paa hari tersebut?

  7. Adakah benar transmisi sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi dihalang yang akan menyebabkan lebih kekeliruan dalam keadaan yang sudahpun tegang dan genting pada masa yang genting itu?

  8. Siapa dari pihak polis atau dari Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kebenaran atau “greenlight” untuk pencabulan hak asasi manusia dan tidak menghiraukan prinsip dan garispanduan dalam penggunanan kekerasan dan senjata api oleh kakitangan polis?

Untuk penubuhan “bona fide” kerajaan untuk menyiasat apa yang benar-benar berlaku pada 28 April, Peguam Negara haruslah menarik balik dan menangguhkan semua dakwaan yang berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 sehingga mendapat keputusan penyiasatan panel yang bebas, saksama dan komprehensif.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional