red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan (2) oleh Lim Kit Siang di Forum “Sistem Dua-Parti – Harapan Kami” di Kuching, Sarawak pada hari Sabtu, 19hb Mei 2012 pada jam 9 malam: 

Kerajaan BN mesti menghentikan kempen fitnah yang dilancarkan keatas Bersih 3.0 sebagai bukti ia mampu untuk bertindak terhadap tuntutan rakyat untuk proses pilihanraya yang bersih

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah berkata dalam berita hari ini bahawa rakyat Malaysia mesti melihat demonstrasi Bersih 3.0 dalam sudut pandangan secara rasional dan terhadap kerajaan yang bimbang sekiranya rakyat akan membanjiri jalanan.

Malangnya, dalam tempoh 3 minggu selepas perhimpinan Bersih 3.0 pada 28 April, Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai lambang kerajaan, telah gagal dalam ujian yang mudah berkenaan dengan pelbagai kontroversi yang menyelubungi apa yang telah berlaku pada 28 April yang melibatkan insiden keganasan tidak kira jika mangsa itu kakitangan pihak polis, wakil media atau perserta perhimpunan aman tersebut.

Najib dan Hishamuddin mestilah hentikan kempen fitnah terhadap perhimpunan Bersih 3.0 yang melakarkan satu imej yang jahat mengenai penganjur dan peserta Bersih 3.0 sebagai langkah pertama yang diambil oleh kerajaan BN untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka mampu untuk bertindak secara rasional dan bertanggungjawab terhadap tuntutan rakyat untuk pilihanraya yang bersih.

Kempen fitnah yang dilemparkan terhadap Bersih 3.0 bermula dengan dakwaan melulu yang tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri bahawa ia adalah satu konspirasi anti-nasionalisme, termasuklah percubaan pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan yang telah disokong sepenuh-penuhnya oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar yang peliknya, tiada sekelumit pun bukti untuk memberi justifikasi kepada teori konspirasi tersebut. Kemuncak kempen fitnah ini terpapar dalam siaran dokumentari 30 minit dalam stesen TV1 kepunyaan kerajaan pada hari Ahad yang lalu yang bertajuk “Bersih 3.0 itu Kotor” untuk satu tujuan meracuni pemikiran penonton-penonton mengenai Bersih 3.0.

Apa yang tidak disedari lidah fitnah BN adalah tiada sesiapapun diantara ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai Bersih 3.0, dan jutaan yang lain yang telah memperoleh maklumat secara langsung mengenai apa yang benar-benar telah berlaku pada 28 April, tidak dapat menerima program yang telah disiarkan di TV1 atau bersetuju dengan dakwaan yang tidak masuk akal yang Bersih 3.0 adalah satu konspirasi jahat untuk mencetus kekeganasan sehingga menggulingkan kerajaan.

Malah, kesahihan apa yang berlaku boleh ditutup sahaja oleh fitnah yang meleret-leret TV1 tetapi boleh ditontoni dalam YouTube – bukan kerana ianya tidak benar tetapi tidak adil sama sekali!.

Bersih 3.0 akan kekal sebagai satu pengalaman yang bersejarah, penting dan bebas dimana semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, kawasan, umur dan jantina telah bersatu padu dalam satu semangat kemanusiaan, patriotisme dan cinta kepada negara, pada masa yang sama menyokong seruan untuk pilihanraya bersih untuk Malaysia yang bersih.

Dengan ‘bersenjatakan’ air garam dan air berbotol, bukan untuk menempur atau melawan pihak polis ataupun menggulingkan kerajaan, tetapi untuk melindungi mereka jika ditembak dengan gas pemedih mata dan air semburan, untuk menyampaikan satu mesej yang jelas dan terang bahawa selepas kemerdekaan dicapai 54 tahun yang lalu pada 1957, kini, rakyat Malaysia mendahagakan pilihanraya yang bersih untuk Malaysia yang bersih.

Memang benar wujud beberapa insiden keganasan yang telah mencemarkan perhimpunan Bersih 3.0 yang amat dikesali – tetapi insiden-insiden ini telah berlaku selepas jam 3 petang pada 28 April.

Sebelum jam 3 petang, suasana memang tenang dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah berhimpun di Kuala Lumpur secara aman dalam harmoni dan seakan-akan berpesta untuk menyambut kebangkitan demokrasi, keberdayaan dan muafakat diantara semua anak bangsa Malaysia.

Ini adalah satu sebab mengapa rakyat Malaysia menuntut satu penyiasatan yang adil saksama dan efektif untuk mengkaji apa yang telah menyebabkab keganasan pada 28 April dalam perhimpunan Bersih 3.0 – jikalau ianya dicetus oleh beberapa peserta ataupun oleh kumpulan kecil kakitangan pihak polis yang telah menyalahgunakan kuasa dan menumbulkan keadaan huru-hara disana.

Ini juga merupakan satu sebab mengapa panel penyiasatan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar untuk menjalankan penyiasatan terhadap keganasan yang tercetus pada hari tersebut, tidak boleh diterima sama sekali oleh rakyat Malaysia, bukan disebabkan Hanif adalah bekas Ketua Polis Negara tetapi untuk satu sebab yang Bersih 3.0 telah dihakimi dengan pandangan beliau yang tidak adil selepas 28 April.

Jika Najib dan Hishamuddin mahukan kredibiliti dan kesahihan keputusan dari misi mencari fakta dalam Bersih 3.0, mereka mestilah mengambil serius seruan rakyat Malaysia dan wakil antarabangsa dalam penubuhan panel penyiasatan yang baru dan tidak meneruskan plan mereka untuk meluluskan panel ini yang dipengerusikan oleh Hanif.

Tubuhkanlah samada Suruhanjaya Diraja Siasatan Form, penyiasatan Suhakam ataupun menjemput pelapor PBB terutamanya Frank La Rue untuk mempromosikan perlindungan untuk kebebasan bersuara dan Maina Kiai diatas kebebasan untuk berhimpun, untuk menjalankan penyiasatan secara bebas dan untuk melaporkan kepada rakyat Malaysia dan kerajaan serta komuniti antarabangsa akan keputusan penyiasatan tersebut.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional