red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 17hb Mei 2012: 

Masa sudah tiba untuk pembaharuan untuk pemulihan kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan medan awam

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memberi komen mengenai “musuh yang tidak bertamadun” yang akan memusnahkan negara ini perhimpunan sambutan ulangtahun UMNO di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat lepas, apa yang tertera di fikiran setiap rakyat Malaysia adalah dua aksi yang tidak “bertamadun” yang berlangsung sehari sebelum perhimpunan tersebut – ‘upacara pengebumian’ anjuran Perkasa dihadapan rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan gerai menjual ‘burger’ yang dibuka dihadapan rumah kediaman Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Sejak peristiwa tersebut, muncul pula aksi yang tidak “bertamadun” versi ketiga yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dan sejarah negara Malaysia dalam tempoh 54 tahun ini – tarian menonggeng “senaman punggung” yang menjengkelkan oleh sekumpulan veteran angkatan tentera dihadapan rumah kediaman Ambiga dua hari yang lalu yang jelas menjanjikan lebih banyak aksi yang tidak “bertamadun” dalam masa akan datang.

Apa yang memeranjatkan adalah aksi-aksi yang tidak “bertamadun” ini telah mendapat kelulusan dan sokongan daripada personaliti yang terkemuka dalam badan kerajaan – terutama sekali Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar dan beberapa Menteri yang lain yang mempersoalkan jika mendirikan gerai ‘burger’ yang menjual ‘burger’ daging lembu dihadapan rumah Ambiga salah atau tidak.

Disebabkan gelombang reaksi awam yang tidak dijangka pada minggu yang lepas, nampaknya golongan badan kerajaan masih tidak sedar akan perbuatan yang menjengkelkan ini telah melampaui batas apa yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang berhemah tidak kira kaum, agama, klas, jantina atau umur.

Ini menjelaskan pengecaman kini terhadap aksi yang tidak “bertamadun” ini oleh golongan yang telah berdiam diri sebelum ini.

Walaubagaimanapun, pengecaman ini tidak mencukupi sama sekali.

Masa sudah tiba untuk pembaharuan untuk pemulihan kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan medan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh cabinet mesti tampil kehadapan dengan satu suara yang jelas mengutuk dan mengecam ketiga-tiga aksi yang tidak “bertamadun” yang beraksi dalam minggu yang lepas untuk menetapkan kelakuan yang bertamadun dan berhemah yang boleh dicontohi dalam medan politik dan medan awam di Malaysia untuk membuka jalan dalam pembentukan satu negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional