Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 14hb Mei 2012: Majlis Pimpinan PR menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat diantara mereka dalam polisi umum sebelum atau selepas PRU13 Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat dalam perjanjian oleh tiga komponen parti utama iaitu PKR, PAS dan DAP, samada sebelum atau selepas Pilihanraya Umum Ke-13, yang termaktub Kerangka Dasar Bersama PR pada 19 Disember 2009, pengenalan Buku Jingga pada 20 Disember 2010 dan Kenyataan Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011. Sepertimana yang termaktub dalam Kerangka Dasar Bersama PR yang telah diserap sebulat suara didalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam dalam Disember 2009, Pakatan Rakyat komited untuk mendukung semangat dan peruntukan Akta dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam:
Majlis Pimpinan PR hari ini juga menegaskan bahawa apa-apa perubahan kepada polisi-polisi PR yang telah dipersetujui secara muafakat mestilah melalui satu proses konsensus diantara ketiga-tiga parti komponen PR. Hukum Hudud bukanlah sebahagian daripada Kerangka Dasar Bersama PR dimana parti DAP mempunyai pandangan bahawa pengimplementasian hukum tersebut bercanggah dengan semangat Perlembagaan. Walaubagaimanapun, parti DAP menghormati pandangan parti PAS diatas isu tersebut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa pengimplementasian hudud dan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan parti PAS walaupun ia akan membawa kepada pertukaran “rakan kongsi” dalam Pakatan Rakyat telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pagi tadi. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua PAS yang lain memberi jaminan kepada Majlis Pimpinan PR bahawa kepimpinan parti PAS menolak pandangan Harun kerana ianya tidak mencerminkan kedudukan PAS tetapi adalah pandangan peribadi Harun. *Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
|