red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 10hb Mei 2012: 

Hanif adalah orang terakhir untuk mengetuai penyiasatan keganasan Bersih 3.0

Apa yang menarik adalah ironi dalam temubual Sinar. FM pagi ini bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimana beliau telah menyatakan bahawa kepimpinan beliau tidak mampu sama sekali untuk melakukan apa-apa kesilapan dan “jika kita perlu membuat 10 keputusan penting, kita perlu memastikan bahawa keputusan itu adalah yang paling tepat, iaitu 10 daripada 10” tetapi hakikatnya, beliau mungkin telah membuat keputusan yang paling dahsyat dan teruk dalam tempoh tiga tahun sebagai Perdana Menteri.

Ini adalah perlantikan bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas yang terdiri daripada 6 ahli untuk menyiasat keganasan dan kekejaman Bersih 3.0.

Bermula dari saat pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein petang semalam, perlantikan Hanif sebagai Pengerusi panel penyiasatan Bersih 3.0 telah menerima cemuhan, bantahan dan kutukan kerana ia langsung tidak sesuai untuk mencerminkan bahawa bukan sahaja penyiasatan itu tidak bebas tetapi juga menghilangan kredibiliti dan kesahihan panel tersebut.

Saya berpendapat bahawa dalam tempoh 54 tahun sejarah negara ini, rakyat Malaysia tidak mungkin akan dijamu dengan kutukan daripada pemegang amanah dan disingkiran setelah pengumuman dibuat tentang komposisi dalam panel penyiasatan awam kerajaan dalam isu ini.

Jawapannya adalah jelas. Hanif adalah orang terakhir untuk mengetuai penyiasatan keganasan Bersih 3.0 kerana tiada sesiapapun akan mempercayai kedudukan beliau sebagai seorang yang tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada sesiapa setelah pengakuan beliau dalam sokongan padunya yang terhadap Najib dalam dakwaannya bahawa perhimpunan aman “duduk-bantah” Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April sebenarnya adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan apabila tidak ada sekumit pun bukti yang menuding terhadap perhimpunan tersebut.

Dan apakah bukti yang ada pada Hanif untuk beliau menyokong dan mengesahkan dakwaan melulu Najib bahawa Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan?

Ini adalah jawapan Hanif yang dangkal yang telah dilaporkan dalam akhbar Berita Minggu pada 6 Mei: “Sudah tentu ia berasas kerana Perdana Menteri tidak bercakap begitu saja. Ia memang boleh berlaku. Orang yang menunggu peluang melaku sesuatu demi kepentingan diri memang ada setiap masa.”

Akhbar Berita Minggu juga telah melapor Hanif yang menyatakan juga Najib barangkali telah membuat dakwaan tersebut setelah menerima maklumat risikan daripada Cawangan Khas.

Persoalannya adalah samada Najib telah menerima maklumat “risikan” daripada “Cawangan Khas” bahawa Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan sebelum atau selepas Bersih 3.0 pada 28 April, dan jika ianya sebelum perhimpunan tersebut, bagaimana Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin telah diberi taklimat “maklumat risikan” yang berlainan yang menyebabkan beliau mengeluarkan kenyatana bahawa Bersih 3.0 bukanlah satu ancaman kepada keselamatan negara kerana ia mempunyai “kuasa tarikan” yang kurang.

Tambahan pula, mengapa Najib tidak dedahkan “maklumat risikan” mengenai percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan sebelum April 28?

Jika Panel Bersih 3.0 merupakan sebuah panel yang komprehensif dan berkuasa untuk menyiasat keganasan Bersih 3.0, Najib dan Hishamuddin mesti tampil ke hadapan untuk memberi keterangan berkenaan dengan “maklumat risikan” yang telah diterima mengenai Bersih 3.0, sebelum dan selepas 28 April.

Malah, Haniff merupakan orang terakhir untuk dipertimbangkan sebagai pengerusi penyiasatan Bersih 3.0 kerana beliau sepatutnya menjadi saksi “berwibawa” untuk mengesahkan dakwaannya bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan yang melibatkan para pesimpati pro-komunis.

Pada 1 Mei jam 6:25pm, media Bernama melaporkan berita yang telah disiarkan dalam akhbar The News Straits Times pagi keesokannya yang berbunyi:

'Elemen Pro-Komunis kelihatan di Perhimpunan Bersih’

SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Tun Hanif Omar menyatakan bahawa individu-individu dengan ideologi pro-komunis yang terlibat dalam demonstrasi 1970an kelihatan dalam perhimpunan pada hari Sabtu di Kuala Lumpur yang telah bertukar menjadi ganas.

“Saya kenal, dari gambar-gambar dan imej-imej siaran media dari perhimpunan itu, golongan pro-komunis yang terlibat dalam demonstrasi 1970an,” Hanif berkata semalam.

“Taktik yang menggunakan ajen-ajen provokasi yang telah menyebabkan peserta demonstrasi untuk bertempur dengan pihak polis dengan beriring kanak-kanak dengan niat mencederakan kanak-kanak itu merupakan taktik yang dipelajari dari bekas peserta demonstrasi pro-komunis.

Hanif menjelaskan kenyataannya berkenaan dengan laporan Bernama pada hari Isnin yang memetik komennya bahawa perhimpunan tersebut mungkin dirancang oleh pelbagai pihak, termasuklah beberapa individu yang telah cuba menyebarkan ideologi komunisme. Bernama.

http://www.nst.com.my/nation/general/pro-communist-elements-seen-at-bersih-rally-1.79784

Hanif harus tampil ke hadapan sebelum penyiasatan Bersih 3.0 untuk mengesahkan bukan sahaja sokongan padu terhadap dakwaan melulu Perdana Menteri bahawa Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan, tetapi dakwaannya sendiri pembabitan “individu-individu pro-komunis yang telah terlibat dalam demonstrasi 1970an” dalam perhimpunan Bersih 3.0 dengan menggunakan “pro-komunis”, “taktik ajen provokasi” untuk mencetus pertempuran diantara piak polis dengan beriring kanak-kanak dengan ‘harapan’ ada diantara yang akan tercedera”.

Tanpa apa-apa niat untuk mencemarkan atau merendahkan integriti Hanif, saya ingin membuat satu cadangan dengan penuh hormat yang Hanif sepatutnya mengundur diri dari penyiasatan Bersih 3.0 dan badan pentadbiran Najib dan daripada dimalukan oleh orang ramai dengan menolak perlantikan beliau sebagai pengerusi penyiasatan Berish 3.0 untuk satu sebab mudah bahawa beliau perlu menampil diri dan disiasat sebagai saksi “berwibawa” berbanding dilantik sebagai pengerusinya dengan mengambil kira pengumuman pendapat beliau mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Selain daripada perlantikan Hanif sebagai pengerusi penyiasatan itu, komposisi ahli (terutamanya nama-nama wakil Suhakan dan Majlis Peguam yang tidak tersenarai) serta kekurangan terma rujukan yang boleh digunapakai juga adalah masalah yang membelenggu semua warga Malaysia yang ingin melihat siasatan yang tidak memihak terhadap keganasan Bersih 3.0 untuk mempastikan mangsa-mangsa keganasan Bersih 3.0 diberi keadilan tanpa mengira pihak polis, wakil-wakil media atau penunjuk perasaan aman dan untuk berdemonstrasi bahawa Malaysia memang mampu secara matang untuk menjadi sebuah negara dengan “sistem demokrasi yang terbaik di dunia”.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional