red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 30hb Jun 2012: 

Najib lebih celaru berbanding dengan Abdullah dalam penetapan tarikh PRU13

Disahkan!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih celaru daripada Perdana Menteri sebelumnya Tun Abdullah Badawi.

Bulan Julai tidak lagi dianggap bulan PRU13 kerana usaha Najib untuk mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam telah ditenggelamkan oleh reaksi kerajaan persekutuan yang teruk dan menyalahkendalikan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April.

Bahkan, ketidakpuasan dan kebencian terhadap penyalahkendalian perhimpunan Bersih 3.0 oleh kerajaan telah meningkat dan telah menambah kepada ketegangan perkembangan selepas Bersih 3.0, termasuklah:

  • Dakwaan Najib yang liar, karut dan tidak munasabah bahawa perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan;

  • penubuhan satu “panel penyiasatan bebas” yang kononnya adil sakasma yang diketuai oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar yang telah mengumumkan tanggapan prasangka buruk beliau berhubung dengan kejadian sebenar pada 28 April dimana ribuan rakyat Malaysia telah berhimpun secara aman tanpa mengira kaum, agama, status, negeri, umur dan jantina dalam satu suara sepakat untuk menuntut pilihanraya yang bersih yang telah dicemari dengan percetusan insiden keganasan selepas jam 3 petang pada hari tersebut;

  • komen yang mengejutkan daripada Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen bahawa “garam dan air mineral botol plastik” – “senjata” yang dibawa oleh perserta perhimpunan Bersih 3.0 untuk melindungi diri masing-masing terhadap tembakan gas pemedih mata yang semberono serta tembakan air yang bercampur bahan kimia – mampu untuk menggulingkan kerajaan Najib, dan;

  • penganiyaan dan fitnah yang dilemparkan bertubi-tubi terhadap penganjur Bersih 3.0 dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenivasan – sehingga adanya satu desakan di Parlimen supaya Ambiga “digantung” kerana dilabel sebagai penderhaka apabila apa yang mendorong Ambiga, penganjur Bersih 3.0, pemimpin Pakatan Rakyat dan ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyambut sahutan perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah semangat patriotisme dan cintakan tanahair Malaysia ini.

Walaupun Najib telah menafikan sekeras-kerasnya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional malam semalam bahawa penangguhan tarikh untuk mengadakan pilihanraya umum dengan walaupun telah menegaskan yang keyakinan terhadap Barisan Nasional kekal tegar, Perdana Menteri masih tidak yakin!

Bahkan, Najib seakan-akan amat celaru dalam riwayat politiknya untuk tidak mengadakan PRU13 dalam bulan Julai kerana berasa yang beliau sendiri belum lagi meyakinkan pemimpin Barisan Nasional dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN dengan hujah beliau bahawa “BN telah diberi mandat oleh rakyat selama lima tahun” dan “sekiranya kita mengadakan “pilihanraya kilat” (snap elections) bermakna kita sendiri mencantas tempoh masa yang telah diberikan oleh rakyat”!

Adakah Najib percaya dengan pertimbangannya sendiri?

Jika ya, beliau menghantar satu mesej bahawa Perdana Menteri sebelumnya, Tun Mahathir, Tun Hussein dan Tun Abdullah, kesemunya telah membuat keputusan yang salah kerana ketiga-tiga mereka ini tidak memenuhi tempoh parlimen lima tahun dengan mengadakan pilihanraya lebih awal – dalam kes Mahathir, pilihanraya pada bulan Mac 1982 telah diadakan setahun tujuh bulan sebelum tamat tempoh 5 tahun memegang kuasa dalam Oktober 1983.

Apapun protes Najib, hakikatnya tidak boleh disembunyikan lagi – rancangan beliau untuk mengadakan pilihanraya umum ke-13 dalam bulan Jun atau Julai tahun ini telah ditenggelamkan oleh perhimpunan Bersih 3.0 walaupun keyakinan yang melonjak dengan kekalahan teruk PR dalam tangan BN “14-0” awal minggu ini dan keyakinan olok-olok beliau di penempatan Felda di Pahang pada 8 Mei apabila beliau mengatakan: “Jika ini sokongan yang kami peroleh, jadi saya rasa Parlimen boleh dibubarkan esok”.

Tetapi Najib tahu, tiada apa-apa sebab untuk beliau rasa yakin seperti ini, lebih teruk lagi dengan kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (dengan ada yang memanggilnya Perdana Menteri ‘de facto’) yang bertubi-tubi menyatakan bahawa kerajaan Najib lemah dan masih belum bersedia berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 sehingga selepas bulan Ramadan.

Masa tidak menyebelahi Najib kerana beliau mempunyai kurang daripada 10 bulan lagi – dibawah Artikel 55(3) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen akan dibubarkan pada 28 April tahun hadapan, tepat lima tahun selepas persidangan Parlimen yang pertama.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional