red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 26hb Jun 2012: 

Apa yang rakyat Malaysia mahukan dalam PRU13 bukanlah revolusi tetapi peralihan kuasa persekutuan secara demokrasi

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempersoalkan “tuntutan beberapa pihak yang sedang mencetus satu revolusi untuk menggulingkan kerajaan apabila kerajaan sekarang sedang mengutamakan kepentingan rakyat jelata”.

Dalam satu forum yang bertajuk “Diskusi bersama negarawan – Komitmen mahasiswa akan menjadi pemangkin untuk pembangunan negara” di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mahathir berkata bahawa tiada keperluan untuk rakyat Malaysia bertindak diluar bidang kuasa undang-undang untuk menggulingkan kerajaan kerana Malaysia mempunyai sistem demokrasi yang jauh lebih baik daripada banyak negara yang telah dipengaruhi oleh Kebangkitan Arab atau “Arab Spring”.

Mahathir yang seperti biasa dalam mod mengeluarkan komen yang tidak berasas dan tidak logik dalam pertempuran demokrasi di Malaysia dalam mengelirukan dan yang akan menimbulkan perbalahan dengan membangkitkan imej-imej pertumpahan darah, kekecohan, keganasan dan rusuhan dengan rujukan “pencetusan revolusi untuk menggulingkan kerajaan”.

Baru-baru ini sahaja, terukir fitnah dan tohmahan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 pada April 28 sebagai satu “percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan” dimana ratusan ribu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, status, kawasan, umur atau jantina telah berhimpun secara aman untuk menuntut untuk pilihanraya yang bersih untuk Malaysia yang bersih, pada masa yang sama, “bersenjatakan” garam dan air berbotol untuk melindungi diri masing-masing terhadap tembakan gas pemedih mata dan semburan air yang dicampur dengan bahan kimia secara tidak bertanggungjawab oleh pihak polis.

Akan tetapi, samada pada 28 April atau menjelang pilihanraya umum yang akan dating, tiada apa-apa anasir untuk “mencetus revolusi” di Malaysia.

Biar bergemang dengan kuat, apa yang rakyat Malaysia mahukan dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang kian ditunda-tunda oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukanlah satu revolusi tetapi proses demokrasi ynag bersih dimana peralihan kuasa di peringkat persekutuan akan berlaku dengan aman dan diterima dengan baik oleh Najib, UMNO dan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam menentukan halatuju politik negara ini.

Najib jelas kecewa dengan paparan artikel dalam akhbar harian Kanada, The Globe dan Mail yang telah mengkategorikan beliau sebagai “demokrat palsu” dengan meletakkan Najib dalam liga yang sama dengan kuasa autokrat dunia.

Hasil tulisan oleh pemberita terkemuka Mark Mackinnon yang bertajuk “A 21st-century checklist of the new autocrats” mengkategorikan autokrat kepada empat kumpulan – democrat palsu, egotis ‘gila’, populis ‘ganas’ dan kapitalis yang tidak berhati perut (false democrats, mad egotists, violent populists and callous capitalists).

Kedudukan Najib dalam kategori pertama bersama-sama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.

‘Bekas’ pemimpin dalam kategori ini adalah bekas Presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Ini merupakan gambaran Mackinnon mengenai “demokrasi palsu”:

*Ciri utama: Mereka yang menjalankan pilihanraya sememangnya tiada niat untuk menyerahkan kuasa. Pihak pembangkang dipenjara dan diharamkan berdasarkan teknikaliti perundangan. Tok wali Putin melabelkannya sebagai “demokrasi terurus” – dengan memberi kuasa pemilihan yang palsu dan harapan palsu kepada pengundi apabila hari mengundi sampai.

*Harapan: Oleh kerana mereka menempatkan perangkap demokrasi – parti pembangkang, beberapa media bebas dan proses pilihanraya dalam jangkamasa beberapa tahun – demokrasi palsu ini telah mewujudkan satu kemungkinan untuk perubahan. Milosevic dan Mubarak telah disingkirkan oleh kerana rakyat telah menggunakan ‘platform politik’ yang disediakan melalui demokrasi palsu. Pihak pembangkang Rusia juga telah mara dalam tempoh tujuh bulan yang lalu. Pilihanraya umum di Malaysia akan pasti suatu peristiwa yang menarik.

*Sebab untuk putus harapan: Demokrasi palsu memberi gambaran lebih bebas daripada keadaan sebenarnya yang bererti ianya jarang mendapat tekanan antarabangsa yang diberi kepada rejim yang benar-benar jahat.

Pokok persoalan dalam Pilihanraya Umum ke-13 bukanlah samada aka nada “revolusi untuk menggulingkan kerajaan”, kerana jawapan yang jelas nyata adalah “tidak”.

Parti-parti Pakatan Rakyat DAP, PKR dan PAS memberi kepercayaan penuh kepada peti undi sebagai saluran tunggal untuk perubahan politik dan demokrasi. Pilihanraya Umum Ke-13 akan menjadi pilihanraya umum yang ke-11 bagi DAP dalam lebih empat dekad dan melihat sejarah dan rekod DAP , parti ini memberi komitmen teguh kepada proses perlembagaan dan demokrasi yang berkesan untuk perubahan politik.

Pokok persoalannya dalam PRU13 adalah samada Najib dan UMNO memberi komitmen yang sama untuk melihat Negara ini menjadi lebih matang sebagai sebuah negara yang berdemokrasi dimana peralihan kuasa kerajaan persekutuan melalui peti undi akan dianggap sebagai satu proses demokrasi yang sihat dan bukan pelawaan keganasan, tumpahan darah, rusuhan dan percubaan merampas kuasa.

Dalam minggu yang lalu, saya telah bertanya kepada Najib untuk membuat deklarasi secara umum bahawa beliau bersedia untuk menerima keputusan pilihanraya untuk memastikan peralihan kuasa secara aman pada peringkat persekutuan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Boleh dikatakan apa yang ketara selepas sidang media Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lalu adalah bahawa Najib telah mengelak dari menjawab soalan ini apabila ianya ditanya oleh wakil media.

Persoalan yang ditanya-tanya oleh rakyat Malaysia and warga dunia adalah jika benar Najib adalah “democrat palsu” yang “mengadakan pilihanraya tetapi tiada hasrat untuk menyerahkan kuasa”.

Ini adalah sebab mengapa Najib tidak boleh terus mengelak dari menjawab soalan ini – samada beliau bersedia untuk berikrar secara umum bahawa dia dan UMNO akan menerima keputusan pilihanraya umum ke-13 secara berhemah dan dengan semangat demokrasi dan jaminan beliau bahawa peralihan kuasa pada peringkat persekutuan dapat dilakukan secara aman sekiranya ianya apa yang rakyat mahukan?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional