red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 10hb Jun 2012: 

Muhyiddin telah memberi pengesahan bahawa ancaman terbesar terhadap polisi 1Malaysia Najib adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri

Tan Sri Muhyiddinm Yassin telah mengesahkan bahawa ancaman terbesar terhadap polisi Perdana Menteri Najib Razak adalah kenyataan beliau “Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia” sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam ucapannya semalam, Muhyiddin telah menyatakan dengan jelas tidak boleh dinafikan bahawa masa depan negara ini bergantung kepada perpaduan Melayu dan umat Islam yang membentuk majoriti di negara ini.

Kata Muhyiddin, jika Melayu terbahagi disebabkan pendirian yang berbeza berhubung isu agama atau politik, adalah sukar untuk mencapai keamanan dan perpaduan dinegara ini.

Kenyataan Muhyiddin sememangnya salah kerana kewujudan keamanan dan perpaduan daripada Melayu dan umat Islam adalah rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan agama.

Semalam Muhyiddin telah mengingkari polisi 1Malaysia yang berlatarbelakangkan Halatuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Najib dalam tahun pertama sebagai Perdana Menteri, yakni:

Matlamat 1Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia lebih bersemangat, lebih produktif dan lebih kompetitif – dan seterusnya untuk melahirkan negara yang lebih gemilang: sebuah negara dimana setiap rakyat Malaysia akan menganggap diri sebagai rakyat Malaysia dahulu dan kemudian oleh kaum, agama, kawasan atau latarbelakang sosio-ekonomi dimana prinsip-prinsip politik dan ekonomi 1Malaysia dianyam bersama untuk dinikmati rakyat sejagat.

Selepas 39 bulan sebagai Timbalan Perdana Menteri Najib, Muhyiddin masih bukan lebih berpandangan ‘1Malaysia’ tetapi jauh lebih rasis apabila membuat pengumuman dalam responnya terhadap cabaran saya pada 1 April 2010 bahawa beliau “Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia”.

Kata Muhyiddin: “Bagaimana boleh saya berkata saya rakyat Malaysia dahulu dan Melayu kemudian? Semua saudara Melayu akan mencemuh saya dan ianya tidak betul.

Beliau juga telah mencabar saya untuk membuat deklarasi bahawa saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Cina kemudiannya.

Saya tidak pernah teragak-agak untuk memaklumkan didalam Parlimen dan diluar bahawa ya, saya rakyat Malaysia dahulu dan kemudiannya Cina.

Ini mencerminkan kegagalan dalam proses pembangunan negara terutamanya dalam polisi 1Malaysia yang kosong dan tidak bererti dan sehingga sekarang Najib masih belum melakukan apa-apa yang boleh diteladani seperti membuat deklarasi bahawa beliau rakyat Malaysia dahulu dan kemudiannya Melayu.

Seperti anak bangsa Malaysia yang membuat deklarasi dia rakyat Malaysia dahulu dan Cina kemudian, tidak bermaksud identiti kaum seseorang itu berkurangan sepertimana jika ianya seorang India, Kadazan atau Iban membuat deklarasi dia seorang rakyat Malaysia dahulu dan Melayu, India, Kadazan atau Iban kemudian.

Jikalau Muhyiddin masih ingin berpegang kepada ideanya bahawa adalah salah bagi seorang pemimpin Melayu membuat deklarasi “Rakyat Malaysia dahulu dan Melayu kemudian”, adakah beliau akan mengambil langkah yang baru untuk mencadangkan kepada Kabinet dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk mambatalkan Polisi 1Malaysia yang telah gagal selepas tahun?

Atau yang lebih teruk, ianya satu penipuan yang besar keatas rakyat Malaysia selepas 3 tahun terutama sekali apabila objektif polisi 1Malaysia tidak mendapat sambutan sebulat suara dalam Barisan Nasional apatah lagi dengan sokongan yang diberikan oleh UMNO, hegemon politik Barisan Nasional.

Perdana Menteri ‘de facto’ Tun Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain telah mengkritik slogan 1Malaysia sebagai ‘kosong’ dan ‘tidak konsisten’.

Bila pula Najib akan berterus terang dengan rakyat Malaysia – bahawa polisi 1Malaysianya merupakan slogan yang kosong yang tidak membawa apa-apa maksud?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional