Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 8hb Jun 2012: Tindakan menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN bagi Unisel dan Kuis disambut baik tetapi adakah Muhyiddin dan Khaled sanggup memohon maaf diatas taktik membuli dan pecah amanah? Tindakan menarik balik pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) diberi sambutan yang baik kerana tindakan tersebut sememangnya salah, tidak bermoral dan tidak patut diimplementasikan terutama sekali oleh sebuah kerajaan yang melaung-laungkan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Persoalan yang jelas adalah sanggupkah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin memohon maaf diatas penggunaan taktik membuli dan pecah amanah sepertimana yang dilihat dalam pembekuan pinjaman PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel dan Kuis yang amat kejam. Ini adalah satu soalan yang bersangkut-paut dengan pengagungan 21 nilai murni seperti kesabaran, disiplin, hormat-menghormati, meritokrasi, kebersihan, integriti, rendah diri, budi bahasa dan kesetiaan yang telahpun dilancarkan dalam terbitan “Penyerlahan Amalan Nilai- Nilai Murni 1 Malaysia” oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim semalam. Ataupun adakah panduan nilai-nilai murni 1Malaysia kepunyaan Rais ini adalah tidak aktif seperti gimik 1Malaysia yang lain atau adakah Menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain dikecualikan daripada 21 nilai-nilai murni ini kerana ianya hanyalah untuk kegunaan orang awam? Saya ingin menekankan percubaan untuk membekukan pinjaman PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel dan Kuis adalah sesuatu yang tidak boleh dibayangkan dan tidak patut dimaafkan kerana ianya mencerminkan barisan pimpinan yang sudah lama bermaharajalela lebih lima dekad dan sudah lupa akan nasihat yang amat berharaga oleh Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn – kuasa merupakan satu kepercayaan yang telah diberi oleh orang awam dan tidak boleh disalahguna sama sekali! Bagaimana Muhyiddin dan Khaled mampu berkelakuan sebegini dan membelanjakan peruntukan dana awam seperti PTPTN seperti harta pusaka mereka sendiri, bukan sahaja memangsakan dan menganiaya penuntut-penuntut Unisel dan Kuis tetapi dengan menjadikan mereka seperti ‘kambing hitam’ dalam pergelutan kuasa UMNO/Barisan Nasional dalam keadaan yang terdesak ini untuk merampas kembali pentadbiran negeri Selangor daripada pimpinan Pakatan Rakyat. Tindakan mereka ini jelas tidak berdemokratik, tidak beretika, tidak bermoral dan tidak berasas sama sekali! Akan tetapi, skandal PTPTN/Unisel ini hanyalah salah satu daripada kebodohan pentadbiran Najib yang baru-baru ini telah dilanda dengan satu kisah kebodohan satu demi satu. Diantara kebodohan yang dilihat baru-baru ini termasuklah:
Episod hari ini membuat saya teringat akan pemecatan bekas Kabinet Tun Abdullah dengan alasan Kabinetnya “half-past-six” serta pengakuannya awal tahun ini bahawa UMNO sedang berdepan dengan situasi kekurangan pemimpin-pemimpin yang berkaliber yang memegang jawatan tinggi selama beberapa dekad oleh kerana wujudnya satu dasar yang mengekang kemasukan orang-orang yang mempunyai daya pemikiran yang baik untuk memasuki parti itu. Agak jelas, Malaysia bukan sahaja mempunyai barisan Kabinet yang “kurang cerdik” dibawah pimpinan Najib, bahkan juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang “kurang cerdik” serta Menteri Pengajian Tinggi yang “kurang cerdik” yang terlibat dalam penerbitan sandiwara PTPTN/Unisel! *Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
|