red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 5hb Jun 2012: 

Mampukah Mahathir memberi jaminan bahawa beliau tidak akan mengalami satu lagi serangan amnesia?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang berkelakuan seperti Perdana Menteri “de facto” yang keenam Malaysia selepas beliau tamat “cuti sabatikal” 5 tahun setelah berkhidmat sebagai Perdana Menteri untuk 22 tahun, telah mengeluarkan dua kenyataan yang luarbiasa semalam.

Dalam kenyataan pertamanya, Mahathir berkata dakwaan skandal kewangannya dalam 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang akan terdedah sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang akan datang tidak merunsingkannya.

Katanya, dia boleh buat apa sahaja yang dia mahukan sekarang untuk membuktikan kewujudan skandal kewangan dalam 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Tambahnya: “Dia boleh membuka mana-mana fail sekarang. Dia boleh membawa saya ke mahkamah. Saya tidak takut.”

Betapa angkuhnya dia!

Kedua, katanya, dia bersedia untuk memberi kenyataan sekiranya disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat masalah-masalah berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah.

“Saya tidak tahu keterangan apa yang yang perlu saya berikan. Jika saya mempunyai pengetahuan mengenai apa yang diperlukan, saya rela memberi kerjasama” .

Tidak syak lagi, orang yang paling tahu mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah , tidak lain dan tidak bukan oleh Mahathir, terutama sekali dengan nama samara “Projek IC” sebagai “Projek Mahathir”.

Mampukah Mahathir memberi jaminan bahawa beliau tidak akan mengalami satu lagi serangan amnesia atau kehilangan daya ingatan apabila memberi keterangan terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan dengan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah (Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants (RCIII) seperti yang berlaku dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja Pita Video Lingam (Royal Commission of Inquiry into the Lingam Videotape) dalam Januari 2008?

Mahathir, yang dikenali dengan “daya ingatan yang kuat” sebelum dan selepas tampil dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pita Video Lingam dan telah berkata “Saya tidak ingat” atau yang seakan-akan seperti kenyataan itu, 14 kali dalam keterangan 90 minit dalam bulan January 2008.

Adakah Mahathir akan diserang amnesia sekali lagi jika diminta untuk tampil memberi keterangan dalam penyiasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan dengan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional