red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan oleh Lim Kit Siang dalam majlis pelancaran jentera PRU13 DAP Perak di Hotel Excelsior, Ipoh pada hari Sabtu, 2hb Jun 2012 pada jam 11 pagi: 

Seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengikut semangat 250,000 peserta-peserta Bersih 3.0

Kita semua patut berada dalam medan pertempuran sekarang menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 dan bukannya melancarkan jentera PRU13 DAP Perak jika bukan kerana perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang telah menafikan plan Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan pilihanraya dalam bulan Jun.

Kejadian-kejadian baru-baru ini membuktikan apa telah saya tegaskan awal bulan Mei bahawa Bersih 3.0 lebih memudaratkan untuk imej perhubungan awam Najib berbanding dengan Bersih 2.0, terutama sekali dengan respon yang diberikan kerajaan yang tidak sensitif dalam bentuk kempen fitnah Bersih 3.0 dan 250,000 rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas, kawasan, umur dan jantina yang telah berhimpun secara aman di Kuala Lumpur untuk memberi sokongan padu dalam perjuangan untuk menuntut pilihanraya yang bersih untuk negara yang bersih.

Setiap hari kita dapat melihat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang baru-baru ini terlajak dan terlepas cakap – insiden baru-baru ini adalah pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin untuk memuat naik kompilasi video Bersih 3.0 dalam laman sesawang Kementerian Dalam Negeri yang jelas mempersendakan jaminan teguh yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka serius untuk mengadakan penyiasatan bebas untuk mencari jawapan berhubung apa yang benar-benar berlaku dalam perhimpunan Brrsih 3.0 pada 28 April yang telah mencetuskan keganasan dan kekecohan yang telah berlaku, dimana mangsanya samada kakitangan polis, wakil media atau peserta-peserta sendiri.

Pesanan saya hari ini adalah untuk menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mengikuti semangat 250,000 peserta-peserta Bersih 3.0 yang telah berhimpun dengan dua motif mulia dalam hati mereka – pertamanya, sebagai rakyat Malaysia yang patriotik yang cintakan tanahair dan keduanya untuk generasi akan dating untuk memastikan negara Malaysia dimasa hadapan lebih baik dan lebih makmur daripada negara Malaysia sekarang.

Pilihanraya Umum Ke-13 ini akan menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah negara ini.

Biarlah semua warga Malaysia dengan satu suara perpaduan bertindak untuk mencapai 3 objektif – pertamanya, untuk menghapuskan wajah hodoh rusuhan 13 Mei yang digunakan sebagai satu senjata untuk menanam perasaan takut dan untuk menimbulkan rasa gentar kepada pengundi-pengundi dan mengambil pendirian bahawa rakyat Malaysia tidak boleh ditakut-takutkan lagi dengan kejadian 13 Mei kerana untuk perubahan berlaku rakyat Malaysia sekarang mula bersatu padu untuk kebaikan dan kemakmuran negara dan rakyatnya.

Keduanya, adalah untuk menghancurkan hegemoni politik dalam negara ini yang telah membenarkan UMNOputra mengeksploitasikan rakyat Malaysia samada Melayu dan bukan-Melayu untuk kepentingan agenda politik dan ekonomi mereka sendiri.

Ketiga, adalah untuk menhentikan politik perkauman yang telah dipraktikkan oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam menggunakan kaedah “pecah dan perintah” (divide and rule) untuk memerintah negara dan rakyatnya.

Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan dating ini, rakyat Malaysia mestilah bersatu padu dengan Pakatan Rakyat untuk menunjukkan yang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan mampu bersepakat dibawah payung satu pakatan politik untuk mengakhiri rasuah, penyalahgunaan kuasa dan segala bentuk penindasan, ketidakadilan dan penganiyaan, and paling penting, untuk menyelamatkan demokrasi di Malaysia agar system 2-parti akan wujud di Malaysia – satu keperluan penting sekiranya Malaysia menjadi sebuah negara yang benar- benar demokratik.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional