Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 27hb Julai 2012: Tema Hari Kemerdekaan “Janji Ditepati” adalah salah dan tidat bertempat Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sedang mempertahankan pihak yang tidak dapat dipertahankan apabila menjawab pertanyaan di Twitter berhubung dengan sebab mengapa tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia “Janji Ditepati” tidak patut digunakan bagi sambutan tahun ini. Pertamanya, dakwaan Rais bahawa “Malaysia sudah mencapai status ‘achieving nation’ selepas 55 tahun merdeka” merupakan satu komen yang menimbulkan kontroversi dan boleh dipertikaikan, kerana sekiranya ianya benar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan mendapat nama yang buruk sebagai Perdana Menteri yang paling bercelaru dalam sejarah negara ini yang masih menangguh pelan beliau untuk mengadakan pilihanraya umum untuk meraih mandat untuk diri sendiri kerana takut kisahnya akan berakhir dengan pihak beliau sebagai pihak pembangkang atau digulingkan dalam UMNO seperti yang dilakukan kepada Tun Abdullah. Bahkan, boleh dipahat kisah slogan “Janji Sitepati” yang telah gagal daripada menjadi kisah yang membanggakan selepas 55 tahun Merdeka dan 49 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia – samaada ianya untuk membina negara Malaysia yang bersatu padu, harmoni, berdemokrasi, progresif dan berdaya saing; atau untuk menunaikan janji tiga tahun Najib Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia (1Malaysia Government Transformation Programme(GTP)) samada dalam mengurangkan kadar jenayah, membasmi rasuah, atau melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan yang beramanah yang merangkumi transformasi kerajaan, ekonomi dan politik supaya negara Malaysia diiktiraf oleh masyarakat dunia dan muncul sebagai negara dengan status negara dengan sistem demokrasi yang normal. Mengimbas kembali lawatan saya di Sabah pada tahun 1978, dimana saya telah memberi amaran bahawa negeri Sabah sedang menghadapi tiga masalah besar – masalah pendatang asing tanpa izin dalam 140,000 yang telah saya sebut, senario jenayah, dan masalah rasuah yang serius. Kesemua masalah ini kian membarah dan semakin lama semakin mereput dalam tempoh 4 dekad ini, dengan isu pendatang asing tanpa izin yang telah ‘membiak’ kepada 1.5 juta dan 1.9 juta yang menjadikan anak kelahiran Sabah kelihatan sebagai warga asing dibumi mereka sendiri, sementara kadar jenayah dan rasuah bermaharajalela dan merebak berleluasa. Dan rakyat Sabah masih menunggu untuk langkah baru dalam penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung dengan isu pendatang asing tanpa izin walaupun beranggap yang isu yang sudah berpanjangan ini boleh diselesaikan ataupun tidak. Adakah ini maksud sebenar “Janji Ditetapi”? Walaubagaimanapun, tentangan hebat penggunaan slogan “Janji Ditepati” sebagai tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia bukanlah berdasarkan kesahihannya tetapi disebabkan dua unsur yang kukuh: pertamnya, adalah salah dan tidak wajar untuk menggunakan slogan UMNO/Barisan Nasional sebagai tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia dan kedunya, ianya berunsur anti-nasional dan memecahbelah daripada menyatukan rakyat, dengan menggambarkan Najib sebagai Perdana Menteri hanya untuk UMNO/BN dan bukanlah untuk semua rakyat Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia merupakan sambutan kebangsaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri atau pendirian politik untuk bersatu sebagai satu entiti bangsa Malaysia, dan mana-mana golongan tidak boleh dipinggirkan atau disisihkan kerana UMNO/BN telah merampas identiti dan simbol sebenar sambutan ini dan telah memonopolikan sambutan ini untuk kepentingan UMNO/BN sahaja. Jika UMNO/BN dibenarkan untuk merampas identiti dan simbol sambutan yang penting ini, adakah Rais mengaku bahawa Najib hanyalah Perdana Menteri bagi UMNO/BN dan bukan untuk semua rakyat Malaysia? Tidak hairan lagi jika Pakatan Rakyat meraih lebih banyak sokongan dari rakyat apabila mencadangkan bahawa tema Hari Kemerdekaan /Hari Malaysia (serta logo Hari Merdeka yang rojak-hodoh), yang digambarkan dalam tinjauan selidik di laman sesawang Sinar Harian dalam tempoh 48 jam, dimana seramai 2,359 atau 84% daripada 2,811 responden yang menyokong untuk tema ini ditukar dengan hanya 452 atau 16% yang menentangnya. Ini merupakan satu perbezaan yang ketara yang anak musrid sekolah pun akan faham. Saya masih binging dan keliru, dan saya pasti semua rakyat Malaysia yang patriotik dan berfikiran matang, mengapa Rais serta Menteri dan pemimpin UMNO/BN masih dalam penafian serta tidak berupaya untuk memahami isu yang begitu mudah ini dan membezakan diantara salah dan betul, nasional dan anti-nasional? Patutlah Malaysia yang dicengkam oleh jajahan UMNO/BN nampaknya amat bercelaru, tidak kiralah dalam pembangunan negara, politik, ekonomi, pendidikan dan social. *Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor
|