Kenyataan media (2) oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 25hb Julai 2012: Komen Hamid salah dan tidak bertempat – Hishammuddin harus memohon maaf diatas pengharaman Bersih yang tidak konsisten, tidak rasional dan tidak logik Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar salah dan tidak bertempat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa penggantinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak perlu memohon maaf apabila pengaharaman Bersih sebagai satu “organisasi haram” telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana Hishammuddin hanya menjalankan kewajipannya sebagai Menteri Dalam Negeri. (TMI) Hamid bukanlah seorang yang layak untuk memberi nasihat dalam isu ini kerana beliau masih belum memohon maaf diatas insiden penyalahgunaan kuasa yang paling kritikal dalam bulan September 2008 semasa beliau menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri dan wartawan akhbar Sin Chew, Tan Hoon Cheng yang telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama dengan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok. Tidak diragui lagi dalam kes ini, semua rakyat Malaysia yang berfikiran matang dan logik pasti bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang dibaca oleh Hakim Datuk Rohana Yusof semalam, bahawa masa sudah sampai bagi Barisan Nasional menghentikan kelakuan dan sikap mereka yang menjengkelkan, berdendam dan menghina terhadap Bersih, dengan Hishammuddin sebagai contoh yang baik dengan memohon maaf diatas tindakannya yang tidak rasional dan tidak konsisten berhubung dengan pengharaman Bersih diatas sebab yang tidak masuk akal dan tidak berasas iaitu “kemudaratan keselamatan dan ketenteraman awam. Hishammuddin dan kerajaan Barisan Nasional harus menamatkan serangan bertubi-tubi keatas ‘xanthophobia’ (takut akan warna kuning) Bersih dengan arahan yang tidak masuk akal kepada pihak polis pada satu ketika bahawa sesiapapun yang diilihat berpakaian kuning, dan bukan sahaja kemeja-T kuning Bersih, sebagai unsur anti-nasional dan wajib ditahan dengan serta merta! Sebaliknya, Hishammuddin dan kerajaan Barisan Nasional patut bertindak dengan lebih rasional, matang dan berdemokratik dan patut melibatkan diri secara positif dengan Bersih dalam satu tuntutan am untuk memastikan Malaysia menikmati sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil untuk memberi jalan kepada kelahiran era baru dimana tanahair ini menjadi lebih matang dan mengambil langkah pertama sebagai sebuah negara dengan demokrasi yang normal. Pihak polis tidak patut dijadikan gadaian oleh pihak yang berkuasa untuk memastikan bahawa kuasa mutlak kekal dipegang oleh rejim sekarang tetapi sebaliknya, mengambil pendirian neutral dan tidak berbelah bagi dalam keputusan pilihanraya umum ke-13 dengan mengambil kira keutamaan bidang kuasa dan fungsi asas pihak polis iaitu mengurangkan kadar jenayah, membasmi rasuah dalam pasukan polis dan untuk mendukung dan melindungi hak-hak asasi manusia (seperti yang dicadangkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja Dzaiddin 2005). Mampukan Hishammuddin berani mewakili Barisan Nasional dalam satu perjanjian yang positif dan konstruktif bersama dengan Bersih? Jika tidak, bererti, negara ini memerlukan seorang Menteri Dalam Negeri yang baru yang mampu berdialog dengan Bersih daripada bertempur dengan ancaman halimunan seperti pengharaman Bersih sebagai organisasi yang haram – yang sah tidak rasional, tidak logic dan tidak konsisten (“irrational, illogical and inconsistent”). *Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor
|