Kemanakah arah sistem pendidikan Malaysia?

Sepanjang minggu lalu, rakyat Malaysia telah menanti komen daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan pencapaian teruk pelajar Malaysia di dalam Kajian Aliran Dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS) 2011 namun beliau telah mengecewakan rakyat Malaysia.

Sejak keputusan TIMSS 2011 diterbitkan di serata dunia pada 11 Disember, Muhyiddin telah memberi komen terhadap apa sahaja perkara kecuali keputusan TIMSS 2011 yang menunjukkan menjunamnya tahap matematik dan sains untuk pelajar Malaysia berbanding pelajar negara lain – jelas menunjukkan Muhyiddin sama ada tidak komited atau tidak berminat dengan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pendidikan.

Hanya lapan bulan lalu, Muhyiddin mengejutkan rakyat Malaysia dengan mendakwa sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik daripada negara maju dengan alasan bahawa anak muda Malaysia mendapat pendidikan lebih baik berbanding kanak-kanak di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

Akan tetapi dakwaan Muhyiddin itu telah dipatahkan oleh TIMSS 2011, kerana pada ujian matematik untuk pelajar gred lapan, Melaysia berada pada kedudukan No.26 dengan 440 mata daripada 1,000 mata berbanding dengan Amerika Syarikat yang berada pada kedudukan No.9 dengan 509 mata daripada 1,000 mata sementara England berada pada kedudukan No.10 dengan 507 mata. Untuk subjek sains, Malaysia berada pada kedudukan lebih rendah iaitu No. 32 dengan 426 mata berbanding England yang berada pada kedudukan No.9 dengan 533 mata dan Amerika Syarikat berada di tempat ke-10 dengan 525 mata.

Mata Malaysia untuk kedua-dua subjek matematik dan sains adalah di bawah purata antarabangsa, sementara mata untuk kedua-dua subjek bagi Amerika Syarikat, England adalah di atas purata antarabangsa.

Apa yang dapat Muhyiddin katakan tentang TIMSS 2011 yang menunjukkan bahawa dalam pelajar Malaysia ketinggalan jauh di belakang Amerika Syarikat dan Britain dalam pencapaian matematik dan sains walaupun beliau mendakwa Malaysia memberikan pendidikan lebih baik daripada kedua negara itu?

Malah, di dalam TIMSS 2011, Malaysia ketinggalan di belakang Israel, Hungary, Slovenia, Lithuania, Kazakhstan, Ukrain, Armenia, Romania, Emeriyah Arab Bersatu, Turki and Lubnan di dalam ujian matematik dan mengikut di belakang Slovenia, Israel, Lithuania, Ukrain, Kazakhstan, Turki, Iran, Romania, UAE, Chile, Bahrain, Thailand, Jordan, Tunisia, Armenia dan Arab Saudi.

Malah yang lebih serius daripada kegagalan pelajar Malaysia kepada teman-teman mereka di Amerika Syarikat dan Britain juga dengan negara-negara lain yang bukan “negara maju” di dalam kedua-dua subjek penting matematik dan sainsadalah Malaysia Malaysia memberikan sistem pendidikan yang semakin lemah berbanding dahulu.

Di dalam empat TIMSS 1999-2011, Malaysia adalah negara yang mengalami kejatuhan terbesar di dalam perkiraan mata matematik dan sains di kalangan semua negara-negara yang menjadi perserta: di dalam subjek matematik jatuh 79 mata daripada 519 pada 1999 kepada 440 pada 2011; di dalam subjek sains jatuh sebanyak 66 mata daripada 492 pada 1999 kepada 426 pada 2011.

Muhyiddin tidak boleh terus membisu kerana rakyat Malaysia berhak untuk tahu mengapa beliau tidak peduli dengan keputusan buruk pelajar Malaysia di dalam TIMSS 2011, yang merupakan petunjuk sistem pendidikan Malaysia termasuklah Menteri-Menteri Pendidikan UMNO/BN sebelum ini – hingga ke waktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan Menteri Pelajaran dari 1995-2000.

Muhyiddin tidak sepatutnya berasa “syok sendiri” dengan mendakwa Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang lebih baik daripada “negara maju” seperti Amerika Syarikat, Britain dan Jerman sedangkan kita ketinggalan di belakang negara-negara yang bukan dikategorikan “maju”.

Mengapa Muhyiddin tidak peduli dengan satu lagi fakta daripada kajian-kajian TIMSS yakni Malaysia ketiggalan jauh di belakang negara yang merupakan “kuasa besar” dalam matematik dan sains dari Asia seperti Singapura, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Jepun.

Malah terdapat kajian antarabangsa yang menunjukkan bahawa remaja 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai yang menujukkan prestasi seolah-olah mereka telah melalui tiga tahun atau lebih persekolahan berbanding remaja 15 tahun Malaysia.

Rakyat Malaysia berhak bertanya: Kemanakah arah sistem pendidikan Malaysia.

Jika ini bukan keutamaan pertama Muhyiddin, beliau sepatutnya meminta Perdana Menteri mengubah bidang tugas kementeriannya supaya tidak terus membahayakan masa depan generasi baru rakyat Malaysia serta potensi daya saing dan kehebatan negara ini.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur