Tulisan blog oleh Lim Kit Siang pada hari Sabtu, 11hb Ogos 2012:
Keraguan diatas Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akhirnya telah mengumumkan terma rujukan diatas Suruhanjaya Siasatan Diraja PATI Sabah.
Komen saya dalam “tweet” berhubung dengan pengumuman Najib adalah seperti berikut:
Tiada mana-mana Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan sebelum ini yang pernah dicela dengan begitu banyak keraguan bahawa ianya merupakan penyelesaian bona fide ke atas masalah yang telah berlarutan selama empat dekad.
Gambaran pertama – (i) terlalu lambat, kuasa yang terbatas
(ii) Kad pengenalan untuk pengundi bukan masalah Sabah tetapi masalah negara. Mengapa tiada penyiasatan nasional I/C
(iii) Anggaran pendatang asing tanpa izin di Sabah dalam lingkungan 1.5juta hingga 2 juta. Mampukah Suruhanjaya menangani bilangan ini?
(iv) Betul/salah Suruhanjaya Siasatan Diraja?
(v) Bolehkah Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat Projek M dan memanggil Mahathir ke kandang saksi?
(vi) Bolehkah Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat pihak yang bertanggungjawab bagi pengeluaran dokumen-dokumen palsu secara besar-besaran?
(vii) mengapa Perdana Menteri mengambil masa selama6 bulan untuk menetapkan 8 terma rujukan untuk kegunaan Suruhanjaya Siasatan Diraja?
(viii) BN telah menolak usul saya berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja Sabah di Parlimen pada 2008. Apakah sebabnya?
Lapan terma rujukan bagi Suruhanjaya Siasatan Diraja yang telah diumumkan oleh Najib adalah:
Menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan;
Menyiasat pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan dilakukan berdasarkan undang-undang;
Menyiasat jika mana-mana individu yang telah diberi kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara atau kewarganegaraan melalui cara yang tidak sah telah didaftarkan dalam senarai daftar pengundi Sabah;
Menyiasat jika pihak berkuasa telah mengambil tindakan atau membuat pembaharuan terhadap SOP (prosedur operasi standad), kaedah dan peraturan untuk menghalang apa-apa yang tidak salah berdasarkan undang-undang yang sedia ada;
Menyiasat secara mendalam terhadap SOP, kaedah dan peraturan diatas pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dengan mengambil kira tatasusila antarabangsa yang diaplikasikan di Malaysia, dan untuk mengesyorkan apa-apa pindaan untuk menambahbaik keadaan pada masa kini;
Menyiasat sebab penambahan populasi Sabah berdasarkan kategori berikut:
a) Warganegara Sabah yang tinggal di dalam negeri, termasuklah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan melalui sijil kelahiran (yang didaftar lambat);
b) pekerja asing (termasuk ahli keluarga)
c) pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga); dan
d) orang buruan
dan untuk mengkaji impak mereka diatas bilangan yang didaftar dalam senarai daftar pengundi;
Menyiasat implikasi sosial diatas komuniti Sabah berikutan pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing dalam negeri; dan
Menyiasat bilangan pendatang asing yang tiada negara di Sabah yang telah diberi kad pengenalan biru atau kewarganegaraan.
Suruhanjaya Siastan Diraja akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan akan dianggotai oleh empat pesuruhjaya yang lain – bekas Naib Canselor Universiti Malaya Sabah Datuk Seri Prof Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Negara Sabah Tan Sri Herman J. Luping, Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy-Wu, dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Ministry Datuk Saripuddin Kasim akan diberi tugas sebagai setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja.
*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
|