red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 25hb April 2012: 

“428” Bersih 3.0 adalah bukti ‘transformasi politik’ Najib untuk menjadikan Malaysia negara dengan “sistem demokrasi terbaik”

Perhimpunan aman Bersih 3.0 “Duduk Bantah” pada 28 April di Dataran Merdeka yang menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil merupakan ujian penentu bagi “transformasi politik” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara dengan “sistem demokrasi terbaik di dunia”.

Dalam tempoh tujuh bulan ini, kerajaan Najib sedang cuba untuk memperbetulkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian yang tidak cekap oleh kerajaannya dalam kes perhimpunan aman 709 Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya yang bebas dan adil yang jelas mempamerkan keangkuhan, penindasan dan kawalan ketat seperti pengharaman kerajaan terhadap Bersih, penahanan ahli PSM dibawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance) yang tiada justifikasi, penahanan sembarangan orang yang memakai baju-T Bersih 2.0 atau yang memakai pakaian yang berwarna kuning.

Dalam ucapan Hari Malaysia pada 16 September tahun lepas, Najib telah berjanji untuk suatu “transformasi politik” dengan pembaharuan dalam undang-undang drakonian dan yang tidak demokratik seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta pembatalan 4 Proklamasi Darurat.

Pada masa itu, saya telah bertanya secara spesifik: “Adakah penggantian bagi pembatalan undang-undang yang menindas akan mengakibatkan kelahiran semula wajah drakonian dalam format baru, contohnya pemansuhan ISA tetapi enakmen undang-undang baru yang boleh diperikan sebagai ISA2?

Ini adalah apa yeng telah berlaku dalam tempoh tujuh bulan yang lepas. Walaupun ada pembaharuan atau pemansuhan undang-undang drakonian ini, ia merupakan pelaksanaan ‘satu langkah kehadapan, dua langkah kebelakang”, samada pelaksanaan enakmen Akta Perhimpunan Awam, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan penggantian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) serta pindaan kepada Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta Keterangan; dan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Ini adalah sebab mengapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak boleh menyokong Akta Kesalahan (Langkah-langkah Khas) walaupun dipersetujui secara sebulat suara untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan untuk mengakhiri kuasa mutlak penahanan tanpa bicara.

Sekiranya Perdana Menteri benar-benar ikhlas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dengan “sistem demokrasi yang terbaik di dunia”, biar beliau mulakan dengan membatalkan sebarang halangan dan bantahan terhadap perhimpunan aman “Duduk Bantah” ayang akan dihadiri rakyat Malaysia bagi menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“709” merupakan tarikh yang bersejarah buat negara Malaysia sebagai hari yang memperkasakan erti sebenar slogan 1Malaysia-dimana rakyat jelata dari pelbagai kaum dan agama yang berkumpul bersama untuk menuntut “Malaysia Yang Bersih” bukan untuk pilihanraya yang bersih tetapi dalam sistem politik dan semau aspek pentadbiran kebangsaan.

Biar “428” mengukir sejarah di Malaysia, bukan sahaja sebagai demonstrasi tanda keberdayaan rakyat Malaysia yang patriotik untuk “Malaysia Yang Bersih”, tetapi pengakuan bahawa Perdana Menteri benar-benar ikhlas dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai “sistem demokratik terbaik di dunia”.

Saya menyeru supaya kita bermula dengan pembatalan segera pengharaman kerajaan terhadap Bersih yang tidak munasabah dan tiada justifikasi – terutamanya berikutan penjelasan yang diminta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohana Yusof daripada Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkenaan dengan deklarasi kerajaan bahawa Bersih sebuah organisasi haram selepas pendirian baru KDN bahawa Bersih 3.0 bukanlah ancaman keselamatan.

Saya akan menyertai perhimpunan aman “Duduk Bantah” Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari Sabtu ini. Biar semua rakyat Malaysia yang patriotik terhadap negara mereka tidak kira kaum, agama, jantina atau umur, untuk mara ke depan, samada di Dataran Merdeka atau dimana-mana di Malaysia atau di dunia untuk menghantar suatu mesej dalam aman dan harmoni yang berbunyi: Rakyat Malaysia mahukan pilihanraya “Bersih” sebagai prasyarat untuk “Malaysia Yang bersih”.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional