red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan (2) oleh Lim Kit Siang diatas pindaan Rang Undang-undang Akta Percetakan dan Penerbitan dalam Dewan Rakyat pada hari Khamis, 19hb April 2012: 

Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud manusia paling rasis dan pembohong besar dalam Parlimen

Contoh terbaik wujudnya kuasa drakonian dalam Akta Percetakan dan Penerbitan (1984) walaupun telah dipinda namun masih boleh disalahgunakan, adalah proviso “kesalahan” dalam akta induk seperti Seksyen 8A untuk kesalahan laporan “berita palsu” dimana salah satu mangsanya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan selama 18 bulan dan dilucutkan status Ahli Parlimennya serta kebebasan sivil beliau.

Persoalannya, berapa buah kes “berita palsu” yang telah didakwa dibawah Akta Percetakan dan Penerbitan dalam tempoh 18 tahun yang lalu?

Dalam tempoh tersebut, peruntukan “berita palsu” ini telah digunakan untuk memangsakan dan menindas pengkritik-pengkritik kerajaan Barisan Nasional, tetapi pemimpin Barisan Nasional dan segala penerbitan mereka diberi imuniti untuk mencipta segala bentuk pembohongan dan fitnah yang telah mereka lakukan tanpa menghiraukan kesan buruknya terhadap pembangunan negara dan perpaduan bersama.

Satu contoh yang baik adalah lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia yang merupakan ‘penjenayah’ yang paling teruk dalam mencipta “berita palsu”, contohnya dalam siri pembohongan mereka bahawa DAP mahukan seorang Perdana Menteri beragama Kristian dan negara Malaysia yang aga rasminya Kristian dan penipuan bahawa DAP adalah anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-raja Melayu.

Satu contoh “berita palsu” ini adalah laporan Utuan Malaysia yang berbunyi “Kit Siang tertekan digelar rasis” yang antara lain, melaporkan seperti berikut:

Menurut Abdul Rahman (BN Kota Belud), sifat Kit Siang terbukti apabila pada kira-kira pukul 4.30 petang, 16 Julai 2009 telah menyeru semua menteri berbangsa Cina dari MCA dan Gerakan mendesak Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock.

“Apa kena mengena menteri-menteri Kabinet yang dikaitkan oleh Ipoh Timur?

“Kalau Ipoh Timur rasa perlu ada suruhanjaya siasatan diraja pada waktu itu sudah tentu kena minta dengan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Padang Rengas yang menjaga hal ehwal Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) yang di-bacakan buat kali kedua.

Dalam tangan saya adalah draf Hansard mengenai apa yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Belud Abdul Rahman Dahlan dalam sidang Parlimen semalam, iaitu:

Saya masih ingat lagi, saya mengikut Twitter Yang Berhomat Ipoh Timur. Pada awalnya, Yang Berhormat IpohTimur pada waktu itu membuat tweet yang dia begitu marah, kenapa mendiang Teoh Beng Hock itu terbunuh. Saya membaca dalam timeline saya, bertubi-tubi Twitter beliau, dan saya tidak membuat komen kerana saya pun faham bagaimana perasaan seseorang apabila pegawai partinya itu terbunuh atau meninggal dunia, saya faham.

Daripada pagi dia marah dan bermacam-macam tuduhan dibuat, saya diam. Akan tetapi hampir lebih kurang pukul 4 petang pada hari kejadian tersebut, setelah the dust has settle a little bit, Twitternya muncul.

Apa di kata dalam Twitter, “Saya mencabar Koh Tsu Koon dan Menteri-menteri daripada MCA untuk berdiri, meminta, demand the Prime Minister to do RCI”. Apa kena mengena Menteri-menteri Cina di dalam Kabinet yang dikaitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur?

Kalau pun Yang Berhormat Ipoh Timur merasakan perlu ada RCI pada waktu itu, sudah tentunya ianya mesti minta daripada Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Sembrong dan juga Yang Berhormat Padang Rengas yang menjaga SPRM untuk meminta dalam Kabinet. Kenapa perlu kata, MCA dan Gerakan,kerana apa? He wants to take political score...

If this is not racism, I don't know what it is.

Apa yang didakwa oleh Abdul Rahman di Parlimen semalam merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab, satu pembohongan dan adalah mimpinya semata-mata.

Malah sebenarnya, ia menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Kota Belud yang sebetulnya merupakan seorang yang rasis dan penipu paling besar di Parlimen.

Saya ada disini tulisan “tweet’ saya yang telah saya tulis pada 16 Julai 2009 yang amat menyayat hati apabila Teoh Beng Hock terbunuh di pejabat SPRM yang jelas membuktikan bahawa Abdul Rahman merupakan seorang yang amat rasis dan penipu besar di Parlimen.

Dia berkata bahawa dia “memahami” akan perasaan saya semasa saya menulis “tweet” saya dengan perasaan begitu marah berkenaan dengan kematian Beng Hock pada pagi yang muram itu, tetapi menjelang pukul 4 petang saya telah mula dilabel sebagai seorang rasis apabila mencabar Koh Tsu Koon dan Menteri-menteri MCA untuk menuntut Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan.

Hakikatnya, saya tidak tahu mengenai pembunuhan Beng Hock pada pagi 16 Julai 2009. (Kemungkinan, Abdul Rahman sendiri telah mendapat maklumat khas mengenai pembunuhan Beng Hock pada pagi tersebut, yang sepatutnya dihebahkan dalam penyiasatan penuh. Kedua, sehingga pukul 4 petang pada hari tersebut saya masih tidak tahu mengenai kematian Beng Hock.

Tulisan “tweet” saya yang pertama diatas kematian Beng Hock dibuat pada jam 5:03 petang pada hari yang sama – yang jelas mendedahkan Abdul Rahman telah berbohong dengan selamba dan tanpa segan silu apabila dia berucap di Parlimen semalam.

Dibawah adalah tulisan “tweet” saya pada 16 Julai 2009 bersama-sama dengan kronologinya, sekali dengan terjemahnya:

Is there now the first case of death in custody, not police but MACC? If so, heads must roll!
Adakah kes ini merupakan kes pertama kematian dalam tahanan MACC dan bukan tahanan polis? Jika ya, pihak yang bertanggungjawab mesti bertanggungjawab!!
Khamis, 16 Julai, 2009 17:03

Am in Penang or I would have rushed over to MACC Selangor hqrs in Shah Alam. Awaiting full report of tragedy. What has this country come to?
Saya sekarang berada di Pulau Pinang, kalau tidak saya akan bergegas ke Ibupejabat MACC Selangor di Shah Alam. Menunggu laporan penuh trajedi ini. Apakah ini keadaan neara kita?
Khamis, 16 Julai, 2009 17:05

For 90 minutes, not a single MACC officer in Selangor MACC Shah Alam hqrs 14th floor would confirm or deny whether there is death in custody
Selama tempoh 90 minit, tidak ada seorang pun pegawai MACC di Ibupejabat MACC Selangor Tingkat 14, di Shah Alam yang boleh mengesahkan atau menafikan kematian dalam tahanan mereka.
Khamis, 16 July, 2009 17:23

At Shah Alam MACC now are Sel. Exco Auyong, Ronnie Liu, Speaker Teng Assemblyman Swee Lin. Is MACC acting outside the law?
Di MACC Shah Alam sekarang, bersama EXCO Selangor Ean Yong, Ronnie Liu, Speaker Teng, ADUN Swee Lin. Adakah MACC telah bertindak diluar bidang kuasa mereka?
Khamis, 16 Julai, 2009 17:24

How did Sel Exco/Serdang SA Ean Yong Hian Wah’s political secretary Teo Beng Hock in custody at 14th fl Sel MACC Hqrs died from fall?
Bagaimana setiausaha politik EXCO Selangor/ADUN Serdang Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock yang berada dalam tahanan dalam Tingkat 14 Ibupejabat MACC Selangor mati disebabkan terjatuh?
Khamis, 16 Julai, 2009 17:37

What was MACC investigating 2 take a life? RM12.5b PKFZ scandal? No. Alleged state assembly rep constituency allocations!
Apakah siasatan MACC ini telah mengorbankan satu nyawa?Skandal PKFZ RM12.5 bilion? Tidak. Dakwaan peruntukan kawasan ahli dewan undangan negeri!
Khamis, 16 Julai, 2009 18:04

Will take 1st flight from Penang tmr n be at Selangor MACC Shah Alam hqrs 10 am to find out more about Teo BengHock’s death in MACC custody
Akan menaiki penerbangan pertama esok dari Pulau Pinang dan akan berada di Ibupejabat MACC Selangor di Shah Alam pada jam 10 pagi untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kematian Teoh Beng Hock dalam tahanan MACC.
Khamis, 16, Julai, 2009 18:10

Anwar n other Pakatan Rakyat leaders will also be at Selangor MACC Shah Alam hqrs at 10 am. MACC must prove it has not become another monster
Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat juga akan berada bersama di Ibupejabat MACC Selangor di Shah Alam pada jam 10 pagi. MACC mesti membuktikan bahawa ia bukan makhluk kejam.
Khamis 16, Julai, 2009 18:12

Imagine MACC investigating “corruption” over cars n cows n a death in MACC custody takes place! Is this acceptable? Let there be no cover up!
Bayangkan penyiasatan MACC keatas kes “rasuah” berkenaan kereta dan lembu dan kematian dalam tahanan berlaku! Adakah ini boleh diterima? Pastikan tiada penutupan dalam kes ini!!
Khamis 16, Julai, 2009 18:15

Spoke 2BengHock elder brother BengKee 33 who rushed over from his workplace in ShahAlam. BengHock from Alor Gajah is 2register 4wedding tmr
Bercakap dengan abang kepada Beng Hock, Beng Kee, 33 yang bergegas dari tempat kerjanya di Shah Alam. Beng Hock dari Alor Gajah akan membuat pendaftaran perkahwinan esok.
Khamis 16, Julai 2009 18:43

Kerk Kim Hock, exDAP SG n MP is related to BengHock. Phoned n expressed his disbelief n shock. Nationwide outrage. How come MACC!
Kerk Kim Hock, Bekas Setiausaha Agung DAP dan saudara kepada Beng Hock. Dia telah menelefon dan menyatakan dia terkejut dan tergamam. Kemarahan di seluruh negara. Macamana MACC ini?
Khamis 16, Julai, 2009 18:52

Ronnie Liu still at Selangor MACC hqrs. 4 3 hrs Selangor DAP Excos MPs Speaker SAs n BengHock’s brother not allowed 2have sight of body.
Ronnie Liu masih berada di Ibupejabat MACC Selangor di Shah Alam. Untuk 3 jam EXCO Selangor DAP, Ahli Parlimen, Speaker, ADUN dan abang Beng Hock masih tidak dibenarkan melihat jenazah.
Khamis 16, Julai, 2009 18:55

Puchong MP Gobind Singh Deo phoned from MACC Shah Alam. Police have brought in second forensic team. We r asking 4independent forensic exam
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menelefon dari MACC Shah Alam. Polis telah membawa masuk pasukan forensik yang kedua. Kami memohon untuk pemeriksaan forensik bebas.
07/16/2009 07:49 PM

Kerk in Alor Gajah w BengHock’s parents. BengHock’s mother crying non-stop since told of his death at 5 pm. Family n relatives in shock
Kerk di Alor Gajah bersama ibubapa Beng Hock. Ibu Beng Hock menangis tanpa henti sejak mendengar berita kematiannya pada pukul 5 petang. Sahabat dan keluarga masih terkejut.
07/16/2009 08:10 PM

BengHock family/relatives demand justice which is the demand of all justice-loving Malaysians regardless of race/religion. MACC in the dock
Sahabat/keluarga Beng Hock menuntut keadilan iaitu tuntutan keadilan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum/bangsa. MACC dalam perhatian.
07/16/2009 08:17 PM

As 1st MACC n unusual death, acid test 4 MACC, Police n PM Najib. Will Najib order public inquiry inline with “People 1st. Performance Now”?
Sebagai kematian pertama dan luarbiasa MACC, ujian penentu perlu keatas MACC, polis dan PM Najib. Adakah Najib akan mengarahkan penyiasatan awam dalam landasan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”?
07/16/2009 08:20 PM

Spoke 2 aggrieved father, TeohLeongHwee taxidriver in shock He wants to know what actually happened – like all Malaysians. Blackday 4Malaysia
Bercakap dengan ayah mendiang, TeohLeongHwee, seorang pemandu teksi, yang masih terkejut. Dia ingin tahu apa yang benar-benar terjadi – seperti semua rakyat Malaysia. Titik hitam bagi Malaysia.
07/16/2009 08:32 PM

Arrogant MACC officer on TV said innocent will be freed n wrongdoers charged. Why not 1 BN Minister Dy Min, MB, CM, Exco treated this way?
Pegawai MACC yang angkuh berkata dalam siaran televisyen, yang tidak bersalah akan dibebaskan dan yang bersalah akan didakwa. Jika ya, mengapa tiada satu pun Menteri BN, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, EXCO tidak diberi layanan yang sama?
07/16/2009 08:38 PM

Will MACC Chief Commissioner Ahmad Said visit TeohLengHwee family 2explain how BengHock died in MACC? Can MACC disclaim responsibility?
Adakah Pengarah Pesuruhjaya Ahmad Said MACC akan menziarahi keluaraga Teoh Leng Hwee untuk menjelaskan bagaimana Beng Hock mati dalam MACC? Bolehkah MACC dinafikan tanggungjawabnya?
07/16/2009 08:49 PM

Nazri said don’t blame MACC for TeoBengHock’s death at MACC. Should blame b directed at Nazri as Minister in charge or PM Najib himself?
Nazri berkata jangan salahkan MACC diatas kematian Teoh Beng Hock di MACC. Patutkah Nazri disalahkan sebagai Menteri yang mempunyai bidang kuasa atau Perdana Menteri Najib sendiri
07/16/2009 09:20 PM

An instant peaceful multiracial demonstrations by hundreds against unusual death of TeoBengHock at MACC going on now at Shah Alam MACC hqrs
Demonstrasi ratusan yang terdiri dari rakyat pelbagai kaum terhadap kematian Teoh Beng Hock di MACC sedang berlangsung di Ibupejabat MACC Shah Alam
07/16/2009 09:24 PM

MB Khalid, Excos Teresa, Auyong, Ronnie, MPs Gobind Tony Nie Ching SAs Jenice Nik Nazmi at the demo. Police light strike force just arrived
Menteri Besar Khalid, EXCO Teresa, Ean Yong (Auyong), Ronnie, Ahli Parlimen Gobind, Tony, Nie Ching, ADUN Jenice, Nik Nazmi berada di demonstrasi tersebut. Kawad Polis Penggempur Ringan baru sampai.
07/16/2009 09:37 PM

Crowd getting bigger. Klang MP Charles Santiago spoke. State Assemblyman Weng San speaking. Asked MACC on Khir Toyo.
Orang ramai semakin bertambah. Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berucap. ADUN Weng San berucap. MACC ditanya mengenai Khir Toyo.
07/16/2009 09:51 PM

Dr Siti Mariah Mahmud: MP Kota Raja speaking
Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja sedang berucap
7/16/2009 09:53 PM

Flowers candles and pictures of TeoBengHock. Assemblywoman for Subang Jaya Hannah Yeoh weeping
Bunga, lilin dan gambar Teoh Beng Hock. ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh sedang menangis.
07/16/2009 09:56 PM

MACC now says TeohBengHock merely a witness, why was he treated like criminal n interrogated from 7pm till 4am? What happened 2criminals?
Kini MACC menyatakan Teoh Beng Hock seorang saksi sahaja, mengapa dilayan seperti seorang penjenayah dan disoalsiasat dari jam 7 petang sehingga 4 pagi? Apa yang sedang berlaku kepada penjenayah.
07/16/2009 10:07 PM

Ini adalah tulisan “tweet” saya pada hari Beng Hock dibunuh pada 16, Julai 2009 – dari jam 5:03petang sehingga 10:07malam – bukti yang tidak boleh dipertikaikan bahawa Abdul Rahman telah berbohong terang-terangan apabila dia mencampur aduk dakwaan tulisan “tweet” saya pada hari itu.

Pada hari pertama skandal pembunuhan Teoh Beng Hock, saya telah memberi fokus kepada pihak SPRM, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tidak patut ada penyembunyian fakta dalam mendedahkan siapa dia pembunuh Beng Hock dan demi memastikan tertegaknya keadilan dalam kes ini.

Seperti yang jelas dalam tulisan “tweet” saya sejak hari pertama kematian Beng Hock, saya tidak pernah menyebutkan MCA atau Menteri Gerakan – yang telah memperkukuhkan pembohongan Abdul Rahman.

Saya memang telah mengkritik peranan MCA dan Menteri dari Gerakan pada hari yang keempat selepas kematian Beng Hock iaitu 19 Julai, setelah mendengar kenyataan lemah Menteri MCA samada perlukah Kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kematian Beng Hock.

Sebenarnya, apa yang terkandung dalam kenyataan media saya pada 19 Julai 2009 menyatakan:

“Apa yang benar-benar mengecewakan adalah kedudukan yang telah diambil oleh 2 orang Menteri Kabinet, satu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan satu lagi oleh Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

“Setelah lama berdiam diri pada hari Khamis dan Jumaat, Ong telah membuat satu kenyataan yang lemah bahawa Kabinet akan “mengkaji” samada perlukah Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kematian Teoh.

“Apa yang perlu “dikaji” lagi? Apa yang orang awam mahukan adalah supaya Ong dan ketiga-tiga Menteri MCA serta Presiden parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengambil pendirian yang kukuh dalam Kabinet supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh dan pendirian itu adalah muktamad.

“Jika dengan kematian Teoh, Ong dan pasukannya yang terdiri daripada 4 Menteri MCA dan Koh tidak dapat meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja, apa gunanya mereka berada dalam Kabinet?

Abdul Rahman adalah seorang yang rasis di Parlimen dan jika dia memandang seruan keadilan saya terhadap kematian Teoh Beng Hock di tangan MACC sebagai isu perkauman, dia merupakan pembohong besar dan pemalsu tulisan “tweet” saya pada hari pertama kematian Beng Hock.

Adakah Abdul Rahman bersedia untuk mengaku bahawa apa yang telah diucapkan di Parlimen pada hari Rabu mengenai tulisan “tweet” saya pada hari pertama kematian Beng Hock adalah fitnah semata-mata dan bersediakah dia untuk memohon maaf untuk dakwaannya?


*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional