|
Teks ucapan Lim Kit Siang di Parlimen semasa menyertai perbahasan ke atas bajet 2012 pada hari Khamis, 13hb Oktober 2011:
Malaysia bukan berada pada tahap melancarkan perubahan transformasi nasional utama untuk memulihkan perpaduan nasional, mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saingan antarabangsa
Bajet 2012 Perdana Menteri merangkp Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak telah mencapai banyak “nombor satu” dalam sejarah parlimen dan bajet Malaysia.
Pertama sekali, it mengalahkan kesemua 53 bajet yang dibentangkan sejak 1957 dan jadi bajet yang memberikan paling banyak “goodies” demi meraih undi dalam pilihanraya umum ke-13 serta cuba mencapai pelbagai kumpulan sasaran yang terdiri dari bank-undi yang penting.
Keduanya, it merupakan usaha bajet yang paling tidak malu dan sinis, menimbunkan hutang kerajaan persekutuan yang paling tinggi dalam sejarah kita – yang akan memecah tanda RM500 bilion tahun depan, sungguhpun untuk tahun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah pada kadar 53.8% yang bertambah sebanyak 12% daripada RM407 billion untuk tahun 2010 (iaitu 53.1% daripada KDNK) menjadi RM456 bilion dalam tahun 2011.
Selepas 13 tahun berturut-turut mengalami bajet defisit, hutang Kerajaan Persekutuan telah bertambah berlipat kali ganda – lebih empat kali ganda dari RM103.1 bilion tahun 1998 yang merupakan 38.3% KDNK menjadi RM455.7 bilion dalam 2011 atau 53.8% KDNK.
Ketiganya, ia memberikan satu gambaran masa depan ekonomi negara yang sengaja dimeriahkan tanpa mngambil kira penghitungan realistik tentang keadaan ekonomi antarabangsa.
Belum pernah ada satu bajet yang mendapat begitu banyak “nay sayers” di kalangan ahli-ahli ekonomi, penganalisa-penganalisa pasaran malah bank-bank mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi Najib, yang dianggap terlalu tinggi.
Pihak utama yang tidak setuju dengan bajet ini adalah Institut Penyelidian RHB yang mengunjurkan kadar pertumbuhan yang jelas kurang daripada anggaran Najib, yang meletakkan kadar pertumbuhan pada 6% bagi tahun 2012 – memberikan amaran bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia mungkin hanya mencapai kadar 3.6% tahun depan, lebih rendah dari anggaran pertumbuhan 4.3% untuk tahun ini, berikutan dengan risiko yang semakin ketara bahawa akan berlakunya kemelesetan ekonomi global dua kali ganda (double dip global recession).
Institusi penyelidikan berkenaan berkata bahawa risiko berlakunya kemelesetan global dua kali ganda ini adalah semakin tinggi kerana Amerika Syarikat dan Eropah tidak berupaya menahan satu lagi kejutan, sungguhpun kemelesetan boleh dielakkan sekiranya para pemimpin di kedua-dua benua ini bertindak pantas untuk menahan krisis-krisis hutang dan mengelakkan tularan yang akan mengakibatkan kehilangan keyakinan pasaran secara keseluruhannya.
Bank of American Global Research menganggarkan KDNK Malaysia pada kadar 4.2% dalam tahun 2012 sementara Maybank Investment Bank berkata ia menganggarkan KDNK Malaysia akan berkembang di antara 3.5% - 4%. CIMB Investment Bank pula menjangkakan kadar KDNK kita pada 3.8% pada tahun depan.
Semasa membuat komen mengenai “rosy growth projections” dalam bajet 2012 Najib ini, pengulas Ong Kian Meng memberikan amaran berikut:
“If nominal GDP growth rates for 2011 and 2012 were cut by between 1% to 2%, the projected government deficit to nominal GDP would increase to 5.3% to 5.6% from the 4.7% announced. This can easily increase to beyond 6.0% if a supplementary budget of RM10 b is passed after the 2012 Budget, especially if another 'stimulus' package is seen to be needed.”
Keempat, satu lagi “nombor satu” dalam bajet 2012 ini adalah ia mungkin satu bajet paling mengelirukan dan berunsur menipu bila dibanding dengan bajet-bajet yang lepas. Temanya “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara” tetapi ia gagal membawa sebarang transformasi nasional untuk membuka jalan supaya Malaysia berjaya mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
Ini adalah kerana sistem ketidak-saksamaan dan rasuah yang menghasilkan ketidak adilan, ketidak saksamaan dan eksploitasi selama berdekad-dekad masih tidak ditangani.
Bajet 2012 telah digubal bagi menang pilihanraya umum seterusnya untuk Najib dan bukannya untuk ubah dan transformasikan sistem, struktur dan institusi negara dengan tujuan mengakhiri segala penyelewengan yang mengakibatkan Malaysia kalah dalam daya saingan sedunia dan diambil alih oleh semakin banyak negara dalam segi pertumbuhan nasional, ekonomi dan sumber-sumber manusia termasuk pada peringkat Asia Tenggara.
Adakah Malaysia berada pada tahap transformasi nasional yang utama untuk memulihkan perpaduan nasional, mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saingan antarabangsa berikutan dengan perlancaran berbagai usaha dasar-dasar seperti “1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” dan dengan perlaksanaan Government Transformation Programme (GTP) dengan tujuh National Key Result Areas (NKRAs), Economic Transformation Programme (ETP) dengan 12 National Key Economic Areas (NKEAs), Model Ekonomi Baru dengan lapan Inisiative Reform Strategik (SRIs) serta Political Tranformation Programme baru-baru ini untuk menghapuskan dan reformasikan undang-undang tidak demokratik?
Kita nampaknya masih jauh ketinggalan dan jika diperhatikan apa yang berlaku dalam minggu-minggu yang bulan-bulan yang lepas ini, kita harus diperingatkan mengenai fakta serius bahawa kita masih perlu melakukan lebih banyak sebelum kita dapat memiliki minda dan mentaliti tranformasi, antaranya:
Universiti-universiti Malaysia tidak dimasukkan ke dalam Senarai Universiti Sedunia 400-Tertinggi Times Higher Education (THE) 2011/12
Senarai Universiti Sedunia 400-Tertinggi oleh Times Higher Education (THE) 2011/12 yang diumumkan baru-baru ini tidak memasukkan satu pun universiti Malaysia dalam senarainya, menghampakan kegembiraan dan keghairahan yang muncul dua bulan yang lepas apabila Senarai University Sedunia 200 QS 2011/2012 mempamirkan nama University Malaya dalam senarai 200 universiti tertingginya iaitu melonjat 40 tempat kepada tempat ke 167 berbanding dengan tahun 2010.
Dalam Senarai University Sedunia 200 QS 2011/2012, empat lagi universiti dari Malaysia merosot dalam penyenaraian mereka – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarikan di tempat ke 279 tahun ini berbanding tempat ke 263 tahun 2010; Univerisit Sains Malaysia (USM) tempat ke 335 (309 tahun lepas); Universiti Putra Malaysia (UPM) tempat ke 358 (319 tahun lepas) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di antara tempat ke 401 dan 450 (365 tahun lepas).
Tetapi dalam Senarai Universiti Sedunia 400-Tertinggi Times Higher Education (THE) 2011/12, tidak satu pun universiti-universiti Malaysia yang berjaya masuk ke senarai berkenaan.
Sejumlah 60 universiti Asia berjaya masuk ke dalam senarai berkenaan, antaranya 16 daripada Jepun, 6 dari HongKong, 2 Singapure, 10 Negeri Cina, 7 Korea Selatan, 8 Taiwan, 1 India, 1 Iran dan 1 Negeri Thai.
Antara yang menarik adalah, Universiti Mahidol - yang menjadi bahan tajuk utama semasa inkues kematian misteri Teoh Beng Hock dalam bulan Ogos tahun lepas apabila Peguam Utama MACC, Andul Razak Musa, memalukan dirinya sendiri dengan menyerang kelayakan pakar patologi foreksik Negeri Thai, Dr Pornthip Rojanasunand yang kononnya tidak diiktiraf di Malaysia, dan Dr Pornthip mas itu membuat bantahan dan mengatakan bahawa Mahidol adalah antara univerisiti yang disenarikan sebagai terbaik di dunia – kini dakwaan beliau disahkan oleh Senarai Universiti Sedunia 400-Tertinggi Times Higher Education (THE) 2011/12 ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam responnya berkata bahawa universiti-universiti Malaysia hanya akan bersedia dimasukkan dalam Senarai Universiti Sedunia 400-Tertinggi Times Higher Education (THE) dalam tempoh enam atau tujuh tahun dari sekarang.
Katanya Senarai THE adalah berlandaskan 62.5% pada kesan tinggi penyelidikan dan petikan, yang masih merupakan bidang baru buat universiti-universiti tempatan.
Ini merupakan satu pengakuan yang paling memeranjatkan. Apabila Senarai University Sedunia 200 QS diumumkan dalam bulan September, Khaled berkata ini menunjukkan universiti-universiti Malaysia adalah berdaya saingan – sebagaimana yang ditunjuk oleh tujuh universiti Malaysia yang disenaraikan dalam kurungan 600 teratas dari sejumlah 30,000 universiti sedunia yang menyertai perbandingan berkenaan.
Tetapi kini beliau memberikan alasan yang beza terhadap penyenaraian THE yang kurang baik ini.
Sememangnya kita tidak harus terlalu obses dengan senarai universiti yang berbagai-bagai ini, tetapi kita juga tidak patut menggunakan dwi-standard semasa mengukur relevansi dan tahap penting senarai-senarai ini yang berbeza-beza mengikut tempat tinggi atau rendahnya universiti-universiti kita disenaraikan.
Kita harus menerima hakikat bahwa penyenaraian univerisiti tahunan oleh organisasi atau institusi yang terkenal ini adalah berguna dalam menilai tahap senarai dan daya saingan universiti-universiti kita.
Apa yang rakyat Malaysia ingin tahu adalah mengapakah universiti-universiti utama negara khasnya universiti terkenal seperti University Melaya dan USM, yang lama dikenali sebagai universiti yang bermutu, tidak dapat mempertahankan kedudukan baik mereka berbanding dengan universiti-universiti lain di rantau Asia Pasifik sungguhpun kita bermula dari tempat yang lebih baik berbanding dengan banyak universiti yang lain.
Sebagai contohnya, dalam tahun-tahun 60an dan 70an, Universiti Malaya adalah sama taraf dengan lain-lain universiti terkemuka di rantau ini – seperti National University of Singapore, the University of HongKong dan dianggap sebagai lebih maju berbanding dengan kebanyakan universiti di Australia.
Hari ini, dalam Senarai Universiti Sedunia 400-Tertinggi Times Higher Education (THE) 2011/12, University of Hong Kong disenaraikan pada tempat ke 34, University of Melbourne 37, Australian National University 38, National University of Singapore 40, University of Sydney 58, Hong Kong University of Science and Technology 62, University of Queensland 74, Monash University 117, Chinese University of HongKong 151, Nanyang Technological University 169, University of Auckland 173, University of New South Wales 173, University of Western Australia 189, City University of Hong Kong 193, dll.
Lima puluh tahun yang dulu, rakyat Malaysia bermegah dengan kedudukan Universiti Malaya yang sama taraf dengan, malah lebih superior daripada beratus universiti yang disenaraikan dalam Senarai Universiti Sedunia 400-Tertinggi Times Higher Education (THE) hari ini– dan membaca senarai ini sepatutnya menjadi satu peringatan yang suram bagi kita betapa teruknya standard universiti terunggul kita telah jatuh di kalangan universiti dunia.
Apa yang telah berlaku? Adakah kita bersedia belajar dari kesilapan yang kita lakukan? Dan sekiranya kita tidak bersedia untuk menjadikan universiti-universiti kita institusi-institusi yang terunggul, apakah transformasi nasional yang kita laung-laungkan?
Sekatan tidak demokratik ke atas perhimpunan aman Bersih 9 Julai yang meminta sistem pilihanraya yang adil, bebas dan bersih diujudkan
Demokrasi dan transformasi politik semestinya perkara-perkara yang jauh dari pemikiran kerajaan yang sanggup melakukan sekatan tidak demokratik ke atas perhimpunan aman Bersih 9 Julai yang meminta sistem pilihanraya yang adil, bebas dan bersih diujudkan, sehingga melancarkan penangkapan beramai-ramai, mengepung Ibu Kota dan menggunakan pemedih mata dan meriam air bercampur bahan kimia secara tidak bertanggungjawab, sembarangan dan melulu terhadap para pendemonstrasi yang aman dan patriotik, termasuk para pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersin 2.0.
Minggu-minggu sebelum dan selepas perhimpunan Bersih 2.0 pastinya merupakan tempoh masa paling teruk sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri ke-6, selama 27 bulan sejak April 2009 lepas – kegagalan paling besarnya dan menjadikannya bahan lawak dan cemuhan bukan sahaja di dalam negara malah di arena antarabangsa, sehingga memaksanya memendekkan lawatan luar negerinya.
Adakah rakyat Malaysia kini akan percaya bahawa dalam tempoh ini, Najib telah bertukar hati secara tiba-tiba dan mula memeluk agenda pendemokrasian dan transformasi politik sehinggakan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihanraya ditubuhkan dan pengumuman bahawa undang-undang penindas yang tidak demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA, akan dihapuskan atau dipinda?
Ataupun semua ini sebenarnya helah politik semata-mata, demi memulihkan sokongan politik dan pengundi berikutan dengan salah nilai dan salah urus perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas – dan sebenarnya tidak ada apa-apa hasrat politik untuk melancarkan pendemokrasian menyeluruh di negara ini?
Masa akan memberitahu kita jawapannya. Sekiranya pilihanraya umum yang seterusnya diadakan sebelum sebarang perubahan yang bermakna dilakukan ke atas undang-undang dan sistem pilihanraya di negara ini yang dapat memastikan senarai pemilih adalah bersih dan komprehensif di mana setiap pengundi yang layak samada yang berada di dalam atau luar negara dapat membuatng undi pada hari pengundian, semua pengundi hantu dan tidak sah dihapuskan, segala tipu helah pilihanraya dan salah guna kuasa dihapuskan khasnya dalam segi politik wang dan undi pos, penerimaa konsep caretake government di antara tempoh parlimen dibubarkan dan hari membuang undi, serta penghentian salah guna dana, sumber dan kakitangan kerajaan untuk tujuan menarik undi, akses yang adil kepada media untuk semua calon bertanding tidak kira parti, maka kerajaan BN akan didedahkan sebagai tidak ikhlas dan tidak jujur dalam menghasilkan sistem pilihanraya baru yang adil, bebas dan bersih untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13.
Ini juga terpakai dalam penghapusan undang-undang penindas dan sembarangan yang menafikan hak kebebasan dan hak kemanusiaan asas rakyat Malaysia – bukan hanya sekadar penghapusan ISA, tetapi juga termasuk perundangan atau peruntukan undang-undang zalim yang lain samada ianya Akta Mesin Cetak and Penerbitan, Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan , Akta Universiti dan Kolej Universiti dll.
Kemerosotan yang berterusan dan bukannya pemulihan kebebasan, profesionalisma dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini
(a) Kecacatan paling serious laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Teoh Beng Hock (TBH RCI) – gagal meletakkan tanggungjawab terhadap kematian TBH ke atas SPRM sunggupun terdapat bukti yang melimpah-limpah
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Teoh Beng Hock tidak membantu dalam memulihkan keyakinan orang ramai terhdap kebebasan, profesionalisma dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini yang terus merosot.
Satu kecacatan paling serius laporan RCI Teoh Beng Hock adalah kegagalannya untuk meletakkan tanggungjawab terhadap kematian TBH ke atas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sunggupun terdapat bukti yang melimpah-limpah semasa prosiding RCI.
Bukan sahaja orang-orang berseorangan iaitu berbagai pegawai SPRM yang diketuai oleh Hishammuddin Hashim, Timbalan Pengarah SPRM Selangor pada masa itu serta “mastermind” operasi SPRM yang besar-besaran melibatkan 33-orang pegawai yang mesti bertanggungjawab terhadap kematian TBH, tetapi juga institusi SPRM sendiri.
Laporan RCI hanya membuat rujukan serong terhdap peranan dan tanggungjawab SPRM dalam terma rejukannya iaitu “menyiasat kematian TBH dan keadaan persekitaran yang menyumbang kepada kematian beliau”.
Sebagai contohnya, perenggan 336 RCI TBH menyatakan: “Kami berpendapat bahawa kematian TBH tidak boleh menjadi sia-sia dan segala usaha hendaklah dibuat untuk menambah baik fungsi SPRM dan pentadbiran keadilan jenayah dalam negara hasil daripada siasatan kami ke atas cara SPRM beroperasi. Keterangan yang dikemukakan menunjukan bahawa pegawai SPRM sanggup melakukan apa saja untuk menipu.”
Skandal kematian tragik Beng Hock di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada 16hb Julai 2009 bukannya sahaja disebabkan oleh pegawai SPRM “sanggup melakukan apa saja untuk menipu”, tetapi juga SPRM sebagai satu institusi yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyertai konspirasi senyap dan penipuan untuk menghalang proses keadilan, dan “cover up” sebab dan keadaan sebenar yang menyebabkan kematian Beng Hock.
RCI TBH menamakan Hishammuddin Hashim sebagai “pegawai paling kanan yang pada keseluruhannya mengarahkan operasi berkenaan” yang “jelas bertanggungjawab” terhadap apa yang berlaku kepada TBH di SPRM Selangor – menyebabkan kematiannya.
Tapi, pada masa ini, Hishammuddin masih bebas sebagai pegawai SPRM kanan yang hanya diarah tidak mengambil bahagian dalam tugas-tugas siasatan sungguhpun beliau dan lain-lain pegawai SPRM sebenarnya harus didakwa kerana menyebabkan kematian Beng Hock.
Kematian Beng Hock akan “sia-sia” sekiranya, pertama sekali, pembunuhnya kekal bebas dan tidak dihukum; dan keduanya, SPRM tidak perlu bertanggungjawab terhadap kematian beliau malah dibenarkan “melakukan apa saja” untuk turut “cover up” sebab-sebab dan keadaan sebenar kematian Beng Hock di Ibu Pejabat SPRM, dengan pegawai SPRM “terus berbohong” kepada RCI.
Bukan sahaja tidak mengutukan sekeras-kerasnya, malah RCI TBH hanya memerhatikan secara pasif bahawa SPRM bukan sahaja tidak “bertindak tidak berat sebelah dalam membantu kami mencari kebenaran mengenai apa yang berlaku kepada TBH pada malam tragik 15hb dan awal pagi 16hb”, sebaliknya ia telah menyebelahi Peguam SPRM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan mempertahankan pegawai-pegawai SPRM yang diarahkan memberi keterangan.
Majlis Peguam dalam kesimpulan yang dikemukakan kepada RCI TBH adalah lebih langsung dan berterus terang dalam mengkritik peranan SPRM di prosiding RCI. Katanya:
“One would have expected the MACC to have led the charge in this inquiry to ascertain the truth and thereby restore its credibility. Instead, it failed to draw a distinction between itself and the officers, and chose to align itself with its officers who may have been involved, responsible and/or privy to the cause of death of Teoh Beng Hock. The absence of separate representation is telling. MACC as a whole chose to defend the actions of its officers rather than assist in the investigation. The MACC adopted the posture of a defendant throughout the course of this inquiry.
“The Commission has had to deal with witnesses primarily from MACC who have either been evasive, misleading and/or lied. It has also been shown that the MACC had suppressed, tampered with and destroyed evidence.
“In the circumstances, it has been a difficult task to piece together the evidence to establish what actually transpired at Plaza Masalam leading to Teoh Beng Hock's death.”
Mengapakah RCI TBH melarikan diri dari tanggungjawabnya mengutuk peranan SPRM di RCI yang “menyembunyi, mengganggu dan memusnahkan keterangan”, menghalang dan menyesatkan proses keadilan di RCI TBH demi mencari sebab dan keadaan sebenar kematian Beng Hock?
Majlis Peguam dalam kesimpulannya berkata RCI memberikan “classic evidence of the saying that an institution is only as good as its people”. Ia terus berkata:
“ It is important that the officers of MACC tasked with preventing, detecting and eradicating corruption possess the qualities of integrity, independence and intelligence, what may be conveniently referred to as the three “I”s.
“Whilst the Commissioners have recognised that MACC as an institution must be preserved and its image, reputation and functioning enhanced, it must also be recognised that this can only be brought about if the people entrusted with the powers of the institution were brought to task for abuse.”
RCI TBH telah berakhir tanpa mana-mana pegawai SPRM dan SPRM sendiri dikehendaki bertanggungjawab terhadap salah laku mereka – mengakibatkan kematian Beng Hock semasa beliau berada di bawah kawalan, jagaan dan tahanan SPRM!
“Peluang keemasan” telah terlepas oleh RCI untuk mengkaji mengapakah SPRM “world's apart in terms of repute, public perception and functionaing” dari Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong – sungguhpun SPRM sebenarnya dibentuk berpandukan model ICAC!
Berdasarkan prosiding RCI TBH, Majlis Peguam mencadangkan bahawa RCI sepatutnya mendapati SPRM dan pegawai-pegawainya harus dipertanggungawabkan terhadap kematian TBH dan bahawa mereka harus dipersalahkan kerana bersubahat menyembunyikan sebab dan keadaan kematian TBH berlaku di RCI.
Sekiranya kematian Beng Hock tidak menjadi sia-sia, SPRM dan pegawai-pegawainya mestilah bertanggungjawab terhadap kematian dan usaha menutup perkara sebenar.
Keadilan untuk BengHock mengkehendaki bahawa satu siasatan baru harus dilakukan ke atas pembunuh Beng Hock oleh skuad siasatan khas bertaraf tinggi, supaya bukti-bukti baru dan jejak-jejak baru yang terbongkar semasa prosiding RCI dapat disiasat, demi memecah konspirasi “blue wall of silence” para pegawai SPRM dan mengecam serta memberkas pembunuh Beng Hock sebenar.
Sungguhpun RCI tidak dapat membuktikan bahawa ianya adalah berkesan dalam memastikan keadilan terserlah, tetapi bagi pihak-pihak teraniayai yang tidak mempunyai pilihan lain, RCI masih merupakan permintaan mereka.
Inilah sebab mengapa keluarga kes misteri kedua yang berkait dengan SPRM yang melibatkan kematian cara terjun dari tempat tinggi, Ahmad Sarbaini Mohamad, telah menolak keputusan koroner yang memutuskan bahawa beliau adala “death by misadventure” dan sebaliknya meminta supaya RCI ditubuhkan.
Ujudnya banyak keadaan yang mencurigakan dalam kes Sarbaini, seorang pegawai kastam berumur 56 tahun, yang kononnya jatuh mati setinggi 9 meter di pejabat SPRM KL pada 6hb April, khasnya mengenai misteri rakaman CCTV semasa Sarbaini melawat ke pejabat SPRM KL yang telah dipadamkan secara sengaja sebagaimana yang diakui oleh pakar polis dari makmal forensik polis di Cheras bahawa (rakaman) CCTV telah diganggu oleh seseorang yang berkepakaran.
Saya menyeru para Ahli Parlimen supaya menyokong permintaan ini dan mendesak Perdana Menteri supaya mengumumkan bahawa RCI akan ditubuhkan untuk siasat mengenai kematian Sarbaini apabila beliau menggulung perbahasan ini nanti.
(b) Tribunal Kehakiman mengenai tuduhan serious rasuah dan salah guna kuasa yang ditujukan terhadap Pegua Negara, Abdul Ghani Patail
Dalam beberapa bulan yang lepas, banyak tuduhan mengenai tindaklaku rasuah dan salah guna kuasa telah dilemparkan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, khasnya dari bekas Ketua CID Kuala Lumpur, Dato' Mat Zain Ibrahim dalam siri surat terbukanya, bekas ahli panel SPRM Tan Sri Robert Phang, serta blogger Raja Petra Kamaruddin.
Tuduhan-tuduhan ini termasuklah pemalsuan fakta dan keterangan di dalam insiden “black eye tahun 1998 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes rasuah terhadap Shahidan Shafie dan penyalahgunaan proses kehakiman dalam perbicaraan pembunuhan Altantunya Shaaribuu.
Selagi Gani Patail tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan-tuduhan sebegini, Perdana Menteri harus menubuhkan satu tribunal untuk membersihkan nama Peguam Negara kerana semua tuduhan ini adalah sangat serius dan jika terus dibiarkan sahaja hanya akan merosakkan keyakinan orang ramai terhadap profesionalisma, kebebasan dan integriti bukan sahaja Peguam Negara, tetapi juga institusi-institusi nasional yang penting seperti kehakiman, polis dan SPRM.
(c) Usul untuk menubuhkan tribunak menyiasat salah laku kehakiman melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik bin Ishak yang disyaki melakukan plagiarisma harus diberikan keutamaan dalam urusan perbahasan dan keputusan
Buat pertama kalinya, ujudnya satu usul di Parlimen sepertimana yang dikehendaki oleh Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan tidak kurang dari jumlah satu suku ahli Parlimen di Dewan sebagai prasyarat sebelum tingkahlaku seseorang hakim boleh menjadi tajuk perbincangan parlimen.
Dalam kes ini, usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh untuk merujuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik bin Ishak ke satu tribunal untuk menyiasat tuduhan serius bahawanya beliau teleh melakukan plagiarisma dan digantung kerja selama tiga bulan sementara menunggu keputusan tribunal berkenaan telah mendapat sokongan 59 orang ahli parlimen.
Saya menyeru supaya Perdana Menteri memberikan keutamaan kepada usul ini dan membenarkan perbahasan ke atasnya diadakan dan diputuskan dan bukannya membiarkannya “mati” di atas Kertas Urusan Mesyuarat kerana kerajaan enggan memperuntukkan masa perbahasan kepadanya.
Najib berkata-kata mahu menjadikan Malaysia “the best democracy in the world”. Beliau boleh bermula dengan menghormati praktik paling asas di parlimen negara-negara demokratik maju – dalam kes ini, menerima bahawa urusan mesyuarat seperti usul menubuhkan tribunal untuk menyiasat seorang hakim mahkamah rayuan akan diberikan keutamaan tidak kira siapakah kerajaan masa kini, kerana ia berkaitan dengan doktrin pemisahan kuasa di antara eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Bolehkah Perdana Menteri menyatakan bilakah beliau akan membenarkan para ahli parlimen untuk membahas dan memutuskan usul mengenai isu kehakiman ini – ataupun beliau akan terus menggunakan kuasa mutlak kearajaan dan membunuh usul ini dengan enggan mengagihkan masa untuk perbahasan?
Kerajaan enggan mengedarkan Laporan Ketua Audit Neegara pada masa bajet dibahaskan merupakan bukti terbaru bahawa kerajaan Najib tidak mempraktikkan apa yang dilaung-laungkannya mengenai transformasi kerajaan dan ekonomi
Fakta bahawa kerajaan enggan mengedarkan Laporan Ketua Audit Neegara pada masa bajet dibahaskan merupakan bukti terbaru bahawa kerajaan Najib tidak mempraktikkan apa yang dilaung-laungkannya mengenai transformasi kerajaan dan ekonomi.
Janji yang termaktub dalam berbagai program transformasi bahawa “well-governed and leader government institutions will be held accountable to performance-based outcomes in line with the GTP” semuanya dirobohkan sekaligua apabila Laporan Ketua Audit Negara tidak diberikan kepada para Ahli Parlimen pada masa bajet dibahaskan.
Satu-satu alasan mengapa ini berlaku, sungguhpun laporan Ketua Audit Negara tahun ini sebenarnya telah disiapkan lebih awal daripada laporan tahun lepas, jelasnya adalah untuk menghalang para Ahli Parlimen daripada menyerlahkan segala kelemahan, kegagalan, salah guna kuasa dan penyelewengan kerajaan.
Ini membuktikan bahawa kerajaan sebenarnya berundur dan bukannya maju ke depan sungguhpun melaung-laungkan GTP, ETP dan PTP!
Cadangan-cadangan yang memberikan makna kepada Bajet 2012 sebagai Dasar Transformasi Nasional
Tema Bajet 2012 adalah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyt, Mensejahtera Negara”.
Bajet ini sepatutnya merupakan bajet yang amat penting kerana ia membuka lembaran baru Dasar Tansformasi Nasional atau DTN bermula 2011 ke 2020 di mana Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.
Dasar Tranformasi Nasional merupakan pusingan terakhir dasar-dasar pembangunan yang bermula dengan Dasar Ekonomi Baru 1971-1990, Dasar Pembangunan Nasional 1991-2000 dan Dasar Wawasan Nasional 2001-2010.
Tetapi adakah “transformasi” dalam Bajet 2012 ini yang akan menggolak transformasi selama satu dekad di Malaysia? Saya tidak mendapati apa-apa unsur transformasi atau wawasan langsung di dalamnya.
Sekiranya Bajet 2012 merupakan satu bajet yang berunsur transformasi untuk melancarkan proses transformasi satu dekad demi menjadikan Malaysia semakin berdaya saing, inklusif, mampan dan sejahtera, maka ia harus mengandungi dasar-dasar dan program-program yang berikut:
dasar afirmatif yang berlandaskan meritokrasi dan keperluan;
tender terbuka bagi semua kontrak kerajaan;
Toleransi sifar terhadap rasuah menerusi perang habis-habisan terhadap gejala rasuah, tanpa rasa takut atau pilih kasih – bermula dengan Sarawak dan Sabah, menubuhkan pasukan tugas khas di setiap negeri yang berkenaan;
Mengambil langkah segera untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kebebasan, profesionalisma dan integriti institusi-institusi penting negara – contohnya kehakiman, Pejabat Peguam Negara, polis, SPRM, dan Suruhanjaya Pilihanraya;
Menaikkan royalti minyak dari 5% menjadi 20% - menggunakan 20% royalti minyak ini di Sabah dan Sarawak khasnya untuk memperbaiki kebajikan dan kesejahteraan rakyat biasa kedua-dua negeri berkenaan dan bukannya ditelan oleh mereka yang berkuasa di negeri-negeri berkenaan.
Selamatkan Kampung Tambatuon
Bulan Mei ini, saya telah melawat ke Kampung Tambatuon yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu yang bakal ditenggelami air sepenuhnya sekiranya cadangan pembinaa projek empangan Tambatuon yang bernilai RM450 juta dilaksanakan.
Sungguhpun cadangan Embangan Tambatuon ini telah dibincangkan selama dua tahun lamanya, tetapi penduduk tempatan langsung tidak dirundingi oleh pihak-pihak berkuasa, termasuk Ahli Parlimen Kota Belud, yang kini menjadi pembela projek empangan yang paling kuat sekali, dan akibatnya adalah cara hidup tradisional serta habitat kawasan berkenaan akan musnah segalanya.
Penduduk Kampung Tambatuon dan masyarakat-masyarakat yang prihatin telah mengemukakan bantahan kepada berbagai pihak berkuasa negeri mengenai cadangan pembinaan projek Embangan Tambatuon ini.
Sebagai contohnya, satu memorandum telah dikemukakan kepada Ketua Menteri Sabah dan lain-lain jabatan oleh Jawatankuasa Induk Badan Bertindak Bantahan Pembinaan Empangan Sungai Kadamaian Kampung Tambatuon pada November 2010, ditandatangani oleh Pengerusinya Jahim Singkui, Ketua Kampong Kampong Tambatuon Amin Goling, Ketua Kampung Kampung Ratau, Mait Matundian, Ketua Kampung Bundu Paka Singan Loki, Wakil Mukim Kabayau Sayhui Sumbin dan Ketua Kampung, Kampung Lingkubang Kubing Sudompong, yang bertajuk “Memorandum Bantahan Rancangan Pembinaan Empangan Tambatuon Di Kampung Tambatuon – Sungai Kedamaian – Kota Belud” yang berbunyi:
“Sebagaimana Yang Berhormat telah sedia maklum bahawa pembinaan empangan di sungai Kadamaian yang terletak di Kampong Tambatuon, Kota Belud akan mengakibatkan Kampung Tambatuon sebuah perkampungan asli yang telah wujud sejak sebelum Malaysia merdeka dan sedang berkembang maju akan tenggelam sementara tiga buah perkampungan lagi akan dipindahkan iaitu Kampung Bundu Paka, Kampung Lingkubang dan Kampung Kaung Ulu.
“Sesungguhnya kami penduduk kampong yang terlibat amat terkejut dan kecewa kerana seolah olah pembinaan empangan tersebut tidak dibertimbangkan kesan baik dan buruk bukan sahaja kepada penduduk kampong yang terlibat tetapi juga kesan yang menyeluruh iaitu bencana yang mungkin berlaku kepada penduduk di sepanjang sungai Kadamaian dan di seluruh daerah Kota Belud seandainya pembinaan empangaten ini nanti mengalami masalah yang tidak dijangka akan berlaku.
“Maka dengan itu, kami berharap dengan memorandum ini pihak Kerajaan Negeri Sabah memastikan agar kehidupan kami terus terjamin dengan MEMBATALKAN RANCANGAN PEMBINAAN EMPANGAN TAMBATUON di Kampung Tambatuon ini. Ini juga adalah selaras dengan konsep 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
“Sebagai makluman awal pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Yang Berhormat Datuk, kami telah tinggal, mendiami dan mengusahakan kawasan kawasan kami di kampong kami sejak dari datuk nenek moyang kami yakni sekurang kurangnya 8 generasi (Menurut cerita datuk-nenek kami mungkin sudah 17 generasi). Sebagai penduduk yang memegang status Warganegara Malaysia dan merupakan Anak Negeri Sabah, kami sedar dan percaya bahawa kami berhak keatas kehidupan dan tanah adat kami. Pihak Kerajaan Malaysia juga telah memberi pengiktirafan dan komitmen untuk menghormati Hak Hak Orang Asal Sedunia dengan menyokong dan menerima deklarasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Berkenaan Hak Hak Orang Asal Sedunia.”
Masa telah tiba bagi Parlimen dan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil kira pandangan, aduan dan kekhuatiran para penduduk Kampung Tambatuon serta kampung-kampung bersebelahannya dan pendirian bersatu mereka bahawa pihak berkuasa harus:
“BATALKAN SERTA MERTA CADANGAN RANCANGAN PEMBINAAN EMPANGAN TAMBATUON DI KAMPONG TAMBATUON DI SUNGAI KADAMAIAN, KOTA BELUD ATAU MEMINDAHKANNYA DI TEMPAT YANG TIDAK MENYUSAHYKAN PENDUDUK ORANG ASAL”.
Banjir yang paling buruk selama beberapa dekad di kawasan penanaman padi di Negeri Thai, Kamboja, Laos dan Vietnam – di mana 1.5 juta ha sawah padi atau tanah saiz sebesar 21 kali Singapure telah musnah atau menghadapi risiko banjir – telah membawa ke depan masalah keselamatan makanan di Malaysia.
Bagaimanapun, ini tidak harus berpesong dari prinsip merundingi orang-orang yang secara langsung akan terjejas oleh cadangan Embangan Tambatuon ini, samada mereka dari Kampung Tambatuon, lain-lain kampung sepanjang Sungai Kadamaian serta penduduk dari Kota Belud. Mereka harus dirundingi secara menyeluruh, dan dilibatkan dalam setiap proses membuat keputusan samada Embangan Tambatuon adalah tidak dapat dielekkan, ataupun samada menambahkan jumlah hasil padi dan mengkaji sebab mengapa produktiviti padi Malaysia yang secara perbandingaannya rendah, merupakan cara yang lebih baik dalam menangani soal keselamatan makanan Malaysia ini.
Kita jangan lupa bahawa masalah di Kota Belud bukannya kerana air tidak cukup, sebaliknya adalah air terlalu banyak dan sistem pengaliran dan saliran yang tidak efektif; soal samada membina beberapa empangan yang kecil dan bukannya sebuah embangan yang raksasa merupakan cara penyelesaian yang lebih baik dan mampan, serta soal harga padi dan peranan Bernas dan subsidiarinya di Sabah.
Saya menyeru supaya semua pihak berkuasa kerajaan samada pada peringkat persekutuan maupun negeri supaya merundingi penduduk tempatan yang akan terus terjejas oleh projek empangan berkenaan sebelum keputusan muktahir dibuat.
*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
|
|