red arrow http://limkitsiang.com 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan oleh Lim Kit Siang di Parlimen semasa menyertai perbahasan ke atas Bajet 2011 pada hari Rabu, 27hb Oktober 2010: 

Bajet 2011 bukan hasil Model Ekonomi Baru (New Economic Model – NEM) tetapi mengandungi segala petanda dasar-dasar ala-Mahathir lama yang terbukti usang

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme - ETP) .

Ia juga merupakan hari pertama dalam minggu ini di mana Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme – GTP) mengalami tiga tamparan berturut-turut.

Tamparan pertama adalah laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen pada hari Isnin yang memaparkan segala cerita-cerita gerun mengenai pembaziran, salah urus, salah guna dana awam dan korupsi – sepertimana yang diserlahkan oleh tajuk-tajuk utama berikut”:

Laporan Ketua Audit Negara, yng disiapkan pada Jun/Julai tahun ini, yang sepatutnya dibentangkan pada hari pertama mesyuarat Parlimen pada 11hb Oktober telah diperlambatkan, jelas sekali adalah untuk mengelakkan “cerita-cerita gerun tahunan” ini dari merampas tumpuan orang ramai terhadap ucapan bajet 2011 Najib pada 15hb Oktober serta Ucaptama Presiden beliau di mesyuarat UMNO pada 21hb Oktober – bukti jelas kerajaan Barisan Nasional tidak serius atau berkomited terhadap GTP atau slogan Najib sendiri yang kononnya “Rakyat diutamakan Pencapaian didahulukan”.

Tamparan kedua adalah apabila Indeks Persepsi Korupsi (Corruption Perception Index – CPI) Transparency International (TI) dilancarkan – menyerlahkan kegagalan NKRA utama untuk memerangi rasuah yang bersasaran untuk meningkatkan markah CPI dari tahap terendah pada 2009 iaitu 4.5 ke 4.9 dalam 2010. Pada hakikatnya, markah CPI Malaysia menjunam lagi dalam tahun 2010 menjadikannya yang paling rendah dalam tempoh 16 tahun ini.

Dari 1995 ke 2003 selama 15 tahun, Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri telah melihat markah CPI TI Malaysia tersangkut pada tempat di antara 4.8 di 2000 ke 5.32 di 1996 sementara kedudukan CPI jatuh 14 tempat dari 23 di 1995 ke 37 di 2003.

Sepanjang lima tahun penjawatan Datuk Seri Andullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, kedudukan CPI TI Malaysia jatuh 10 tempat dari 37 pada 2003 ke 47 di 2008, sementara markah CPI tersangkut di antara 5.0 dan 5.1.

Sepanjang masa beliau menjadi Perdana Menteri sejak 18 bulan yang lepas, zaman Datuk Seri Najib Razak melihatkan penjunaman paling teruk dalam tempoh satu tahun dalam segi markah dan kedudukan CPI TI, iaitu jatuh sembilan tempat dari 47 di 2008 menjadi 56 di 2009, markahnya mencapai tahap paling rendah iaitu 4.5 tahun lepas. Untuk tahun 2010, kedudukan Malaysia masih pada tempat paling buruk iaitu no. 57 sementara markah CPI jatuh lagi ke 4.4.

Pelan Integriti Nasional Andullah yang dilancarkan pada 2004 dengan sasaran lima tahun untuk memperbaiki CPI TI Malaysia dari tempat ke 37 pada 2003 ke sekurang-kurangnya tampat 30 pada 2008 serta meningkatkan markah dari 5.2 pada 2003 ke 6.5 pda 2008 telah gagal, tetapi Najib dalam 18 bulan ini telah membiarkan CPI TI Malaysia – samada kedudukan atau markah – jatuh ke tahap yang lebih buruk lagi sungguhpun GTP, NKRA dan transformasi nasional sering dilaung-laungkan dengan penuh meriah ala berpesta.

Tamparan ketiga terhadap GTP Najib adalah perlancaran Indeks Kemakmuran Legatum (Legatum Prosperity Index) yang meletak Malaysia di tempat ke 43 dari 110 negara, di belakang Singapora (17), Jepun (18), Hong Kong (20), Taiwan (22), Korea Selatan (27), sungguhpun kita kini masih di depan Negeri Thai (52), Negeri Cina (58), Vietnam (61), Filipina (64) dan Indonesia (70).

Indeks kecil Indeks Kemakmuran Legatum mengenai “Keselamatan dan Sekuriti” meletak Malaysia di tempat ke-52 dari 110 negara, ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana ia memberikan kesan ke atas daya saing antarabangsa kita serta salah satu NKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah.

Berdasarkan indeks kecil ini, The Diplomat baru-baru ini memaparkan satu gambar essay mengenai “The Safest Places in the Asia-Pacific”. 10 negara paling selamat adalah Singapura diikuti oleh New Zealand, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Korea Selatan, Mongolia, Vietnam dan Kazakhstan.

Penyingkiran Malaysia dari senarai ini merupakan sesuatu yang memalukan negara. Apakah kata Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri?

Sebelum dan selepas pembentangan Bajet 2011 pada 15hb Oktober, lebih banyak lagi indeks-indeks sedunia yang secara negatif menjejaskan daya saing Malaysia, sebagai contoh:

  • Indeks kebebasan akhbar yang paling rendah sekali dalam tempoh sembilan tahun yang diumumkan minggu lepas di mana Malaysia menjunam 10 tempat ke nombor ke 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia – buat pertama kalinya ketinggalan di belakang Singapura sejak Reporters Without Borders (RSF) yang bertapak di Paris mula-mula mengumumkan senarai mereka dalam tahun 2002.

  • Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomik Sedunia 2010-2011 yang melihat Malaysia jatuh dua tempat dari 24 menjadi 26 sungguhpun amaran Roadmap GTP Januari ini bahawa daya saing negara “semakin terhakis secara ketara dari negara paling berdaya saing ke-21 tiga tahun yang lepas menjadi tempat ke-24 sekarang.

  • Universiti-universiti Malaysia yang tersingkir dari Senarai 200 Universiti Terulung Sedunia samada dalam Times Higher Education World University Rankings 2010-11 atau QS World University Rankings 2010 atau Shanghai Jiao Tong University's 2010 yang menyenaraikan 500 universiti terulung sedunia untuk lapan tahun berturut-turut.

Semua ini bukannya petanda sebuah negara yang bersedia melonjat keluar dari perangkap pendapatan-menengah untuk mencapai status maju inklusif, sustainabel dan berpendapatan tinggi dalam tahun 2020, tetapi menunjukkan sebuah negara yang semakin menuju ke tahap gagal atau muflis dalam tahun 2019 sebagaimana yang dijangkakan oleh Menteri Dalam Kementerian Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Seorang pemimpin veteran telah memberikan amaran bahawa: “ It is time to wake up”.

Kata beliau: “Tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia semakin mundur. Berbilion-bilion telah dicuri dari negara kita, berbilion-bilion lagi sedang dipindah keluar negara sementara seluruh struktur politik kita pecah berderai.”

Mengikut amarannya bahawa rasuah merupakan ancaman paling serius sesebuah negara, beliau memperingatkan bahawa rasuah telah diinstitusikan di dalam sistem politik Malaysia dan sedang membinasakan kita.

Siapakah pemimpin veteran ini? Beliau kini merupakan ketua pilihanraya kecil Galas Barisan Nasional, iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh.

Adalah amaran beliau mengenai krisis pembangunan negara ini akan diberi perhatian oleh pihak yang berkuasa? Tentunya tidak – sama sepertimana Perdana Menteri tidak mempunyai semangat politik untuk melaksanakan NEM yang dilancarknya sendiri pada 30hb Mac untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, berdaya saing dan suatu ekonomi berpendapatan tinggi yang berciri-ciri inklusif dan sustainabel.

Sungguhpun nampaknya hebat dan canggih, bajet 2011 Najib ini sebenarnya bukan hasil NEM tetapi mengandungi segala petanda dasar-dasar ala-Mahathir lama yang terbukti usang yang mengakibatkan Malaysia kini terjerat pada tahap pendapatan menengah selama lebih satu dekad, menghalakan negara ini ke arah negara yang gagal dan muflis bila sampai tahun 2019.

Simbol Bajet 2011 dan ETP adalah Menara Warisan Merdeka 100-tingkat yang bernilai RM5 bilion, satu pengembalian ke zaman lama Mahathirisma yang obses dengan projek-projek mega.

Sekiranya Najib benar-benar berkomited untuk melancarkan Model Ekonomi Baru, berdasarkan transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan, bukankah lebih wajar untuk Malaysia cuba mencapai sasaran sebagai salah satu dari 20 negara, kalau bukan 10 negara, yang paling tidak korup di CPI TI atau memiliki 10 universiti yang disenaraikan dalam kumpulan 100 universiti paling ulung di dunia?

Sebenarnya, mesti ditanya samada Najib secara senyap-senyap cuba bertanding dan melebihi pencapaian Mahathir bukan sahaja dalam usaha untuk membina menara yang lebih tinggi dari Petronas Berkembar, tetapi juga boleh mendakwa bahawa ianya paling tinggi di dunia – sungguhpun untuk satu tempoh yang begitu singkat sahaja?

Kempen Facebook “No Mega Tower” kini hampir mencapai 200,000 hit dalam tempoh kurang dari 12 hari. Kali terakhir saya periksa, ia telah mencatatkan 191,000 hit pada 2 petang berbanding dengan 2,170 hit dalam kempen Facebook Menyokong Menara Mega.

Perdana Menteri meminta kerajaan supaya memberika keutamaan kepada media sosial dan menghormati pandangan rakyat biasa, khasnya generasi muda semua kaum.

Kebanyakan mereka yang menggunakan Facebook merupakan orang muda Malaysia dan Perdana Menteri sepatutnya dengan serius membatalkan projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini kerana ia bukan sahaja akan menjadi satu “white elephant/gajah putih”. Tetapi juga suatu simbol buruk kepada sebarang transformasi nasional dalam negara ini.

Adalah dianggarkan bahawa Menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang akan mengandungi 3 juta kaki persegi ruang ini akan memburukkan lagi keadaan ruang pejabat berlebihan di Kuala Lumpur yang sama dengan 7.8 tahun bekalan ruang pejabat di Kuala Lumpur berdasarkan kadar penggunaan 1.72 juta kaki persegi di antara tahun-tahun 1985 ke 2009, sungguhpun belum mengambil kira projek-projek raksaksa yang diumumkan baru-baru ini.

Di Segamat, bangunan tertinggi 20-tingkatnya yang dibina dalam tahun awal 80an kini menjadi Menara Burung, iaitu ladang sarang swiftlet dan hanya tingkat bawahnya sahaja yang diduduki. Janganlah satu hari nanti, Menara Warisan Merdeka ini juga mejadi ladang sarang burung yang tertinggi di dunia pulak!

Bajet 2011 Najib ini tidak meyakinkan orang bahwa ia mewakili bajet pertama NEM untuk mentransformasikan Malaysia dari sebuah negara pendapatan menengah menjadi negara maju pendapatan tinggi yang inklusif dan sustainabel pada tahun 2020, yang menitik-beratkan modal insan berkemahiran tinggi, perkhidmatan awam yang efsien, dan sektor swasta yang bermaya.

Talent Corp yang akan ditubuhkan awal tahun depan akan membentuk Rangka Tindakan Bakat Nasional dan membangunkan satu pangkalan data pasukan kerja berbakat serta berkerja rapat dengan rangkaian bakat sedunia, tetapi apakah jaminan yang ada yang boleh memastikan bahawa Rangka Tindakan Bakat Nasional ini tidak akan gagal seperti berbagai program “Brain Gain” yang lepas atas sebab yang mudah, iaitu kekurangan semangat politik dan kepimpinan dalam pentabdiran Najib untuk mencapai wawasan yang tertera dalam NEM iaitu “Malaysia must be seen by its people and by others as a land of equal opportunity to earn a good living and provide a secure, happy life for each individual and the family.”

Sebarang wasangka mengenai kekurangan semangat politik dan kepimpinan pentadbiran Najib untuk melonjatkan transformasi politik, ekonomi, sosial dan kerajaan yang merupakan tiang penting bagi penyelamatan ekonomi dan nasional Malaysia telahpun dihapuskan oleh Ucapan Pembukaan dan Ucapan Penutup Presiden Najib di Perhimpunan Agong UMNO.

Apakah reaksi yang Najib harap dapat semasa beliau mengungkapkan perkataan-perkataan “berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa” supaya UMNO mempertahankan cengkamannya di Putrajaya walau apa pun kos pengorbanannya, malah disebut-sebut mengenai “penghapusan etnik”?

Mengapakah editor the Malaysian Chronicle Wong Choon Mei boleh diganggu dan dipermangsakan kerana menerbitkan laporan yang mengandungi perkataan-perkataan ini, sungguhpun inilah apa yang diungkapkan oleh Naib, walaupun versi penjemahan dari Bernama tidak digunakannya?

Inilah apa yang diungkapkan oleh Najib dalam Ucapan Presiden UMNO beliau:

“Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang gerjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”

Parti-parti Pakatan Rakyat – DAP, PKR dan PAS – juga bersedia berjuang secara habis-habisan untuk menakluk kuasa di Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang demi mengakhiri salah tadbir BN/UMNO selama ini, tetapi kami akan mencapai objektif ini secara aman dan menerusi cara demokratik iaitu menerusi kotak undi dan bukannya “berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa” ataupun “penghapusan etnik”.

Perdana Menteri mestilah hadir di Parlimen dan menjelaskan apa yang beliau maksudkan apabila beliau mengungkapkan kata-kata tersebut kerana ianya adalah bagaikan suatu jaminan daripada beliau bahawa beliau tidak akan menerima keputusan pengundi yang ingin bertukar kerajaan persekutuan dari BN kepada Pakatan Rakyat dan beliau bersedia mengorbankan proses demokratik dan menghapuskan kedaulatan undang-undang supaya beliau dan UMNO boleh kekal berkuasa.

Para pemimpin komponen parti Barisan Nasional ditanya mengenai reaksi mereka selepad ucapan presiden UMNO Najib, dan rakyat Malaysia amat duka cita bahawa tidak seorang pun dari mereka, samada Presiden MCA, Presiden Gerakan, Presiden MIC atau Presiden lain-lain parti komponen BN berani meluahkan tidak setuju atau perasaan khuatir terhadap perkataan-perkataan “berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa” serta “ penghapusan etnik”.

Sampai sekarang pun, setelah satu minggu berlalu! Adakah ini bererti mereka bersetuju dengan ugutan tersirat Najib sepenuhnya ataupun mereka begitu tidak berkuasa dan irrelevant sehingga tidak berani menyuarakan pandangan rakyat biasa?

Bagaimanapun, ada belah yang lain dalam ucapan “berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa” Najib ini – kerana ia menggambarkan bahawa UMNO dan BN boleh diundi keluar dari Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang oleh pengundi-pengundi Malaysia.

Najib sendiri memberitahu UMNO bahawa UMNO mesti berubah atau ianya akan diubat – bahawa beliau mesti melaksanakan (execute) NEM kalau tidak beliau akan “dihapuskan” (executed)!

Najib telah menyedari bahawa musuh paling besar kepada empat tiang utama untuk melonjatkan transfomasi nasional – samada 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, GTP, NEM serta penggunaan Rancangan Malaysia Ke-10 dan bajet tahunan untuk menggerakkan GTP dan ETP - sebenarnya datang dari dalam UMNO sendiri.

Saya ingin memuji Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kerana berani dan bertekad mengisytiharkan dirinya sebagai rakyat Malaysia dahulu dan Melayu kemudian, sungguhpun ini hanya diakui beliau enam bulan selepas saya mencabar semua Menteri di Parlimen samada mereka ada DNA 1Malaysia dan bersedia mengisytiharkan diri mereka rakyat Malaysia dahulu dan kaum kemudian, yang sebenarnya merupakan objektif ketara konsep 1Malaysia Najib.

Saya berkongsi kekecewaan Nazri apabila beliau berkata dalam satu interbiu baru-baru ini bahawa beliau merasa heran dan kecewa mengapa rakan-rakannya di jemaah menteri termasuk menteri-menteri dari MCA tidak lantang seperti beliau.

Saya ingin memetik Nazri dalam interbiunya dengan The Red Tomato:

“They are people who are just like me in the cabinet, but they are afraid. Even the MCA ministers, none of them has repeated what I’ve said that they are first Malaysians then Chinese – none of them. To me, it is not right to say that if we had said so, then we’d fall into the ‘trap’ of Kit Siang.

“What ‘trap’? The Indian Ministers didn’t come out to say that, other Malay Ministers did not, Kadazan and Iban Ministers also didn’t say so. I am a Malay, yet I’m taking the risk to come out to say. Why others can’t? Let me tell you, they all agree with me….”

Biarlah semua Menteri, samada UMNO, MCA, Gerakan, MIC, komponen-komponen parti BN Sabah dan Sarawak menjelaskan dan mengisytihar apabila menggulung perbahasan bajet ini apakah yang ditakuti mereka dan mengapakah mereka tidak berani mengisytiharkan bahawa mereka adakan rakyat Malaysia dahulu dan kaum kemudian sebagaimana yang dinaungkan oleh konsep 1Malaysia.

Surat Terbuka bekas pegawai polis, Mat Zain, merupakan bukti bahawa sistem keadilan negara kita terus merosot setelah pembentangan laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin

Baru-baru ini, kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah bermegah mengenai kejayaan NKRA dalam pengurangan kadar jenayah, mendakwa bahawa berlakunya penurunan drastik dalam kadar jenayah khasnya dalam segi jenayah di jalan berikutan dengan indeks jenayah yang semakin baik sejak Januari tahun ini.

Bagaimanapun, di seluruh negara, rakyat biasa tidak rasa apa-apa kesan dari penurunan indeks jenayah dalam kehidupan harian mereka kerana tidak ujud perasaan selamat secara berbandingan di jalan-jalan, tempat-tempat awam maupun di rumah mereka sendiri berbanding dengan tahun-tahun yang lepas.

Sebenarnya, fakta bertambahnya komuniti-kominiti “guarded dan gated” di negara ini merupakan satu bukti paling kukuh mengenai kegagalan pasukan polis dalam melaksanakan tugas paling asas mereka, iaitu memastikan rakyat Malaysia, pelawat-pelawat, tetamu-tetamu serta para pelabur dari luar negara menikmati hak asas untuk bebas dari jenayah dan rasa tidak selamat.

Dalam laporannya pada 2005, Suruhanjaya Polis Diraja Dzaiddin telah membuat 125 cadangan demi mencipta satu perkhidmatan polis bertaraf dunia yang berkesan, bersih dan profesional yang menumpu kepada tiga fungsi utama – memastikan kadar jenayah rendah, menghapuskan rasuah, dan mempertahankan hak asasi manusia.

Lima tahun telah berlalu. Adakah kita maju dalam objektif keseluruhan Laporan Suruhanjaya Polis Diraja Dzaiddin untuk mencipta satu perkhidmatan polis bertaraf dunia yang berkesan, bersih dan profesional yang berkeupayaan melaksanakan tiga fungsi utama mereka ini?

Pada pandangan saya, kad laporan polis berpandukan Laporan Suruhanjaya Polis Diraja Dzaiddin adalah dalam warna merah kerana bukan sahaja tidak nampak apa-apa kemajuan, malah prestasi polis dalam tiga fungsi utama mereka ini telah bertambah buruk.

Tetapi ini bukanlah hanya pandangan rakyat Malaysia yang berada di luar pasukan polis, ia juga merupakan pandangan pegawai polis yang bebas, tidak emosi serta objektif yang berkhidmat dalam pasukan.

Dalam segi ini, saya merujuk kepada Surat Terbuka bekas pegawai polis kanan, bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang bertarikh 8hb Oktober 2010 yang merupakan bukti kuat bahawa sistem keadilan negara kita terus merosot setelah pembentangan laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin.

Mat Zain merupakan pegawai polis yang mengetuai siasatan awal ke atas kes serangan “mata lebam” Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan polis di Bukit Aman dalam tahun 1998 dan beliau telah mencadangkan bahawa Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Rahim Noor didakwa di mahkamah kerana melakukan serangan jenayah ke atas Anwar. Bagaimanapun cadangan beliau telah tidak diendahkan sehinggalah satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dan akhirnya Rahim didapati bersalah dan dihukum dua bulan penjara.

Mat Zain menceritakan semula dalam Surat Terbukannya apabila merujuk kepada siasatannya ke atas kes serangan “mata lebam” Anwar dalam tahun 1998, bahawa beliau pada masa itu terpaksa memilih di antara menyelamatkan kehormatan PDRM atau kehormatan Rahim Noor, dan beliau dengan sedihnya mencadangkan bahawa Rahim Noor, seorang yang amat dihormatinya sebagai seorang ketua, rakan sekerja dan teman keluarga, supaya didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mat Zain menulis Surat Terbuka berkenaan ditujukan kepada Datin Kalsom Taib, isteri dan biografer Datuk Shafee Yahaya, bekas ketua Badan Pencegah Rasuah, sebagai membalas soalan yang ditanya oleh beliau dalam bukunya mengenai siasatan polis ke atas dakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyalahguna kuasa dalan Jun 1998 dan mengarahkan siasatan rasuah terhadap ketua Unit Perancang Ekonomi, Ali Abul Hassan Sulaiman, diperhentikan. Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan berkenaan.

Mat Zain juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk menyiasat empat laporan polis yang dibuat oleh Anwar dari 9hb Julai 1999 ke 20hb Ogos 1999 semasa berada di dalam penjara Sungai Buloh mengenai salah guna kuasa dan penghalangan proses keadilan yang diarahkan oleh Mahathir, Peguam Negara pada masa itu mendiang Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara masa kini Tan Sri Gani Patail serta laporan-laporan mengenai rasuah dan salah guna kuasa terhadap Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Cik dan mendiang Tan Sri Eric Chia.

Mat Zain mededahkan dalam Surat Terbukanya bahawa beliau telah menulis surat kepada Tan Sri Ismail, pada masa itu Timbalan Ketua Polis Negara dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bulan Mei tahun ini supaya mengkaji semula siasatan ke atas bukti-bukti palsu yang dikemukakan terhadap Anwar di dalam kes serangan “mata lebam”nya dalam tahun 1998 demi “melindungi kredibiliti, kebebasan dan imej PDRM yang telah terjejas serius sejak 2006.”

Mat Zain telah membuat dakwaan yang serius bahawa bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Gani Patail telah mencipta bukti yang palsu dalam kes serangan “mata lebam” Anwar Ibrahim dan mestilah bertanggungjawab terhadap sistem keadilan jenayah yang kucar kacir kini.

Mat Zain bertanya dalam surat terbukanya:

“Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita?....Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang? Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada ‘precedent’ yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri.”

Gani Patail, Musa Hassan atau Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Ismail tidak boleh terus membisu terhdap Surat Terbuka yang penuh dengan tuduhan serius dan membinasakan ini, dan saya menyeru supaya Menteri Dalam Negeri memberikan satu penjelasan yang menyeluruh dan memuaskan mengenai perkara ini di Parlimen.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional