Media statement by Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 8th October 2010: Notice for urgent parliamentary debate on Monday on 57-day government inaction on racial slurs by two headmasters against students in school which make a mockery of Najib’s international calls for moderates against extremists and his “zero tolerance for racism” and 1Malaysia policy I have given notice to Parliament Speaker, Tan Sri Pandikar Amin for an emergency debate in Parliament on Monday on the 57-day government inaction on racial slurs by two headmasters against students in school which make a mockery of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s international calls for moderates against extremists and his “zero tolerance for racism” and 1Malaysia policy. The motion I have sent to the Speaker under Dewan Rakyat Standing Orders 18(2) reads: “Bahawa Dewan mengizinkan YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timor untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan, iaitu dua orang guru besar dari Kulai, Johor dan Bukit Selambau, Kedah yang melafazkan kata-kata racis dan menghina terhadap pelajar-pelajar mereka di sekolah dalam bulan Ogos tahun ini, sehingga kini tidak dikutuk atau diambil tindakan displin sekeras-kerasnya oleh pihak yang berkenaan selaras dengan semangat 1Malaysia. “Dua bulan selepas guru-guru besar dari Kulai dan Bukit Selambau berkenaan – yang antara lain, melabelkan pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah mereka sebagai 'pendatang', menggesa pejalar-pelajar kaum Cina supaya 'balik Cina', serta membandingkan benang sembahyang yang dipakai oleh pelajar beragama Hindu sebagai pengikat anjing – menunjukkan sikap racis tidak sejajar dengan jawatan mereka sebagai pendidik yang berkredibel, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran masih berkeras bahawa beliau tidak berdaya mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan, sebaliknya mengizinkan kedua-dua guru besar yang berkenaan meneruskan tugas mereka seperti sediakala. Di samping itu, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan yang mengeluarkan pekeliling kepada semua guru-guru besar dan guru-guru dalam bulan Ogos untuk memberikan amaran bahawa 'tindakan akan dikenakan ke atas mereka yang mengeluarkan kata-kata racis di sekolah', tidak pula mengenakan tindakan displin ke atas kedua-dua guru besar yang berkenaan sehingga kini, menunjukkan tidak ujud iltizam politik atau falsafah pentadbiran yang betul dalam negara ini untuk membanteras ketaasuban perkauman. “Semua ini merupakan sindiran langsung terhadap tema hari kebangsaan tahun ini iaitu '1 Malaysia Menjana Transformasi' serta membelakangkan perisytiharan 'toleransi sifar terhadap rasisma' Perdana Menteri sendiri. “Pada masa apabila Perdana Menteri cuba mengamalkan dasar '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Didahulukan', seluruh pasukan pentadbiran beliau nampaknya tidak serius langsung terhadap dasar berkenaan, malah lebih cenderung untuk mendahulukan budaya rasis Biro Tata Negara – atau lebih tepat sekali, Biro Tentang Negara – yang meracuni generasi muda dan para pendidik kita selama ini dengan mesej rasis yang songsang dan lebih merupakan 'Trojan Horse' dalam usaha kita mencapai perpaduan negara. “Perdana Menteri yang baru pulang dari Mesyuarat Asia-Eropak Ke-lapan di Brussels telah membangkitkan sekali lagi gesaan beliau di Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini supaya diujudkan pergerakan sederhana global semua agama yang memainkan peranan penting di dunia yang kini menghadapi ancaman melampau. Gesaan ini sesuai sekali diulangi di negara kita sendiri yang kini semakin terancam oleh anasir-anasir ketaasuban rasis dan pelampau agama yang mengancam ketenteraman negara serta menggoncang semangat majmuk yang merupakan batu asas Malaysia.” *Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor
|