Speech (4)
by Lim Kit Siang on the 2009 Budget in Parliament on
Tuesday, 14th October 2008:
Salahlaku Ketua Polis Negara
1. Sewaan Helikopter. Pada pertengahan
tahun 2007, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh
Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa
34 buah helikopter daripada syarikat Asiacopter selama 30 tahun.
Anggaran kos penyewaan ini ialah RM20 billion. Cadangan PDRM kepada
kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah
helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8
helikopter adalah jauh lebih dan mencukupi untuk kegunaan PDRM.
Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 34 buah helikopter
daripada Asiacopter Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada
asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja? Apakah perlunya PDRM
menggunakan wang sebanyak RM20 billion untuk menyewa 34 buah helikopter
ini? Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha
pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi
ia disalurkan untuk menyewa 34 buah helikopter? Kenapakah pihak KPN
bersungguh-sungguh dengan projek ini sehingga menghantar surat bertarikh
12hb Febrari 2007 terus kepada Menteri Kewangan 2 untuk memohon
kelulusan rundingan terus untuk perlaksanaan projek ini.
Kita bernasib baik, selepas pilihanraya umum
yang lalu, menteri KDN telah bertukar dan telah mengemukakan cadangan
tersebut ke kabinet dan kabinet telah menolaknya dalam bulai Mei yang
lalu. Sekali lagi, kami dimaklumkan bahawa KPN tanpa segan silu telah
menulis surat secara terus kepada Perdana Menteri untuk membuat
pembelian helikopter sebanyak 8 unit ini secara rundingan terus dengan
syarikat Asiacopter. Untuk makluman, pembelian helikopter 8 unit ini
telah diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal RMK9 oleh pihak EPU dengan
anggaran kos RM272 juta tetapi cadangan syarikat Asiakopter yang
disokong oleh KPN mencadangkan harga RM350 juta.
2. �E-Police Force Solution� merupakan satu rangkaian sistem
wireless digital sepenuhnya yang berasaskan teknologi informasi dan
komunikasi (ICT) yang canggih dengan litupan seluruh negara. Sistem ini
berupaya menyalurkan suara, data, video, grafik dan maklumat biometrics
dan DNA secara serentak dan tanpa batasan. Kertas cadangan perlaksanaan
projek ini bernilai RM4.2 billion. PDRM berminat dengan sistem
ini kerana mereka percaya ia dapat membantu pihak polis dalam siasatan
dan membanteras jenayah.
Tan Sri Yang Di Pertua, saya tidak ada
masalah dengan keinginan PDRM untuk membeli sistem teknologi yang boleh
membantu mereka menjalankan siasatan jenayah ini, tetapi apa yang tidak
faham dalam urusniaga ini ialah:
i) Kenapakah Ketua Polis Negara boleh
menghantar memohon dikeluarkan surat �letter of intent� dan �letter of
award� kepada syarikat Web Power Sdn Bhd terus kepada Perdana Menteri
dan tidak melalui Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri?
Prosedur yang patut dilakukan dalam apa-apa pembelian sepatutnya ialah
Ketua Polis Negara harus menulis surat kepada Ketua Setiausaha
Kementerian, Ketua Setiausaha kemudian menulis surat kepada Kementerian
Kewangan, selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan, barulah
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memanggil tender. Tetapi sekarang,
Ketua Polis Negara terus �bypass� Ketua Setiausaha Kementerian dan
memohon dikeluarkan surat �letter of intent�nya terus kepada Perdana
Menteri. Kenapakah ini berlaku? Kita dapati pihak KPN telah melanggar
�standard operating procedure (SOP)� iaitu �go direct to minister
by-pass your immediate boss (KSU)�
ii) Kertas cadangan �E-Police Force Solution� dikemukakan oleh WebPower
Sdn Bhd kepada PDRM? Soalan saya ialah, kenapakah Ketua Polis Negara
begitu gigih untuk meminta kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk
membeli �E-Police Force Solution� daripada sebuah syarikat yang dipunyai
oleh bekas seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis yang juga bekas
seorang Pengarah 3 bintang PDRM? Kenapa beliau boleh bersetuju dengan
harga yang ditawarkan iaitu RM4.2B?
Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin minta Kementerian Dalam Negeri boleh
memberitahu dewan yang mulia ini, penjelasan hubungan KPN dengan
syarikat Asiacopter dan WebPower Sdn Bhd . ini adalah penting untuk
rakyat mengetahui mengapa seorang KPN terlibat secara langsung dengan
aktiviti perniagaan sedangkan sekarang ini:
1. Index jenayah berat makin meningkat dan
banyak kes-kes serius yang berprofail tinggi tidak dapat
diselesaikan seperti kehilangan cip komputer di Pulau Pinang,
pembunuhan kejam adik Sharlinie, pembunuhan pemimpin politik di
Johor dan lain-lain lagi.
2. Kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dikalangan pegawai kanan dan
anggota polis makin meningkat. Banyak kes yang tergantung tanpa
tindakan seperti kes tatatertib Pengarah Logistik PDRM hingga kini
senyap tanpa tindakan sedangkan kes tersebut telah menjadi buah
mulut dikalangan pasukan PDRM dan orang ramai. Adakah kerana
Pengarah tersebut orang kepercayaan KPN maka tindakan tidak boleh
diambil??? Dimana intergriti pasukan PDRM???
3. 2 Kenyataan akhbar beliau dalam akhbar pada bulan ogos
dahulu juga (berkaitan penglibatan sebuah syarikat IT dengan negara
Israel dan pembelian helikopter untuk kegunaan PDRM) amat memalukan
kerana kedua-dua kenyatan akhbar beliau itu telah dinafikan
kebenarannya oleh Menteri Dalam Negeri. Bagaimana perkara ini boleh
berlaku???
4. Penglibatan KPN dengan sindiket judi dan kongsi Gelap.
Sehingga kini pihak KPN tidak pernah mengambil tindakan yang
bersungguh-sungguh tentang hubungkait beliau dengan kumpulan
tersebut yang diketuai oleh BK Tan dan Goh Cheng Poh (dikenali
sebagai Tengku Goh). Ia tidak sepertimana tindakan saman beliau
kepada Datuk Sen Anwar Ibrahim yang dituduh menfitnahnya. Tetapi
dalam kes ini, walaupun Raja Petra telah membongkar cerita ini sejak
tahun 2007, hingga kini tiada apa-apa tindakan yang diambil. Apakah
tuduhan-tuduhan ini benar?
Dengan contoh dua perkara tersebut kami
dapati KPN telah tidak menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh
dan kelihatan beliau hilang keupayaan melaksanakan tugas dan amat jelas
kelihatan beliau seorang yang �bangkrap idea� untuk bertugas
sebagai KPN. Sebagai seorang penjawat awam beliau tidak sepatutnya
terlibat dengan perniagaan malah patut menumpukan dengan tugas hakiki
beliau. Oleh itu, saya mencadangkan demi integriti dan keselamatan
negara ini adalah dicadangkan KPN meletakkan jawatan secara SERTA
MERTA!!!
*
Lim
Kit Siang, DAP
Parliamentary leader & MP for Ipoh Timor
|