SPRM wajar melancarkan siasatan penuh ke atas kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri kepada New York Times, yang mengaitkan perbelanjaan Perdana Menteri, termasuk aktiviti membeli-belah jutaan ringgit isterinya, kepada harta warisan beliau; atau adakah SPRM sekadar ‘harimau kertas’?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar melancarkan siasatan penuh ke atas kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) kepada New York Times pada 9 Februari 2015, yang mengaitkan perbelanjaan Perdana Menteri, termasuk aktiviti membeli-belah barang kemas bernilai jutaan ringgit isterinya, kepada harta warisan beliau; atau adakah SPRM sekadar ‘harimau kertas’?

Kenyataan PMO kepada New York Times berkata bahawa wang yang dibelanjakan ketika melancong, membeli barang kemas, mahupun isi mana-mana peti simpanan seperti yang ada didakwa bukanlah sesuatu yang janggal bagi kedudukan, tanggungjawab dan aset warisan keluarga Perdana Menteri. (“Neither any money spent on travel, nor any jewellery purchases, nor the alleged contents of any safes are unusual for a person of the prime minister’s position, responsibilities and legacy family assets.”)

Kenyataan PMO yang dilaporkan New York Times itu telah menimbulkan kemarahan empat adik Perdana Menteri, iaitu Johari, Nizam, Nazim dan Nazir dalam satu kenyataan peribadi yang jarang-jarang dibuat telah menyatakan kebimbangan bahawa nama arwah ayahanda mereka, yang dikenali dengan sifat berjimat cermat, mungkin tercemar akibat cakap-cakap mengenai harta warisan keluarga itu.

Mereka berkata bahawa mereka amat bimbang jika beberapa laporan berita akhir-akhir ini membangkitkan spekulasi terhadap sifat dan banyaknya harta peninggalan ayahanda mereka, Abdul Razak. ("We are extremely concerned that some recent news ​articles and postings​ have given rise to speculation as to the nature and extent of the inheritance that our​ late​ father, Abdul ​R​azak​, ​had ​left​ behind.”)

Mereka menyatakan untuk rekod bahawa Abdul Razak merupakan seorang yang sangat berprinsip, diketahui oleh mereka yang mengenalinya sebagai seorang yang cermat dan berintegriti tinggi, dan sebarang kenyataan atau andaian yang bertentangan adalah palsu sama sekali dan boleh menimbulkan kekeliruan terhadap kenangan, khidmat dan pengorbanannya kepada negara. ("We wish to put on record that Abdul Razak was a ​highly-principled man, well known to all ​who knew him ​for his frugality and utmost integrity​ and any statement or inference to the contrary would be totally false and misleading to his memory and to his service and sacrifices for the nation.”​)

Mereka turut tidak bersetuju dengan sesiapa yang mahu mencemarkan kenangan beliau, apa sahaja tujuannya; dan menambah bahawa seluruh anggota keluarga bersetuju secara sebulat suara dalam isu ini. ("We take issue with anyone who taints his memory, whatever the motive. We would also like to add that our whole family is united on this issue.")

Saya telah turut secara terbuka menjamin bahawa Tun Razak dikenali dengan sifat cermatnya dan integriti yang amat tinggi, kerana tidak pernah saya membangkitkan sebarang isu yang menimbulkan ragu terhadap integritinya, sepanjang saya berada di Parlimen antara 1971 hingga 1976 ketika Razak merupakan Perdana Menteri.

Reputasi berjimat cermat dan integriti Perdana Menteri kedua Malaysia itu dipersembahkan dalam sebuah koleksi esei istimewa, yang dikumpulkan oleh Yayasan Tun Razak “Tun Abdul Razak - A Personal Portrait” yang telah diterbitkan pada tahun 2005 bersempena ulang tahun kematian Tun Razak yang ke-30.

Tan Sri Abdullah Ahmad, yang merupakan setiausaha politik Razak dan seorang yang amat dipercayainya, menulis bahawa Razak ‘meninggal dunia sebagai seorang yang agak miskin kerana beliau tidak tewas kepada godaan wang ringgit.’ (ms. 57)

Datin Kalsom binte Tan Sri Taib, kenalan rapat keluarga Razak yang suaminya, Datuk Shafee Yahaya merupakan setiausaha sulit Razak selama enam tahun sejurus selepas 13 Mei sehingga sebelum Razak meninggal dunia pula menulis:

“Shafee juga terkenang sifat akauntabiliti dan integriti tinggi Tun. Beliau teringat suatu kejadian di mana Tun tidak membenarkan Toh Puan Rahah menukar langsir dan sarung bantal di ruang tamu kediaman rasmi mereka, Sri Taman, walaupun langsir dan perabot tersebut sudah nampak lusuh. Hiasan ala kadar di Sri Taman mencerminkan sikap cermat Tun, serta rasa hormatnya kepada wang rakyat.” (ms. 65)

(Shafee mengakhiri kerjaya awamnya sebagai Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, apabila beliau berlaga angin dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998 kerana melaksanakan tugas membanteras rasuahnya terhadap Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi.)

Ini pula testimoni Najib sendiri mengenai sifat berjimat cermat dan integriti ayahandanya dalam esei bertajuk ‘A Hard Act to Follow’ yang beliau sumbangkan dalam koleksi esei memperingati Tun Razak itu:

“Bagi ayah saya, imej yang elok di mata orang ramai sangat penting; begitu juga pendapat orang ramai. Ini kadang-kala sesuatu yang amat susah untuk diteladani. Apa sahaja yang beliau lakukan, beliau tidak mahu ia disalah sangka, atau dilihat seperti beliau salah guna kuasa. Pastinya saya bercakap mengikut konteks zaman beliau.

“Saya masih ingat ketika kanak-kanak, kami teringin mahu ada kolam renang. Namun beliau mengambil masa sebulan memikirkannya, dengan begitu seksa sekali, sebelum menolak permintaan kami. Selepas melihat anggaran yang dikemukakan Jabatan Kerja Raya, beliau akhirnya berkata, ‘Tidak saya tidak mahu. Nanti orang bercakap - nanti apa orang kata?’

“Itulah dia Tun Razak. Beliau tidak menikmati pernagkap-perangkap kuasa. Curut yang dihisapnya murah sahaja. Beliau tidak mempunya tabiat mewah seperti mengumpul kereta. Tetapi beliau main golf, dan beliau gembira.

“Malah sewaktu saya belajar di Englang, beliau tidak mahu terlalu kerap melawat saya kerana ‘nanti apa orang kata’. Walaupun sebagai anak Perdana Menteri, saya terpaksa menaiki pesawat carter, bukan pesawat komersil”. (ms 236-7)

Anehnya, kenyataan oleh keempat-empat adik Najib mempertahankan reputasi jimat cermat serta intgeriti ayahanda mereka, Perdana Menteri kedua Malaysia, langsung tidak mendapat ruang di media arus perdana yang dimiliki atau dikawal oleh Umno/BN; dan Najib mengambil masa satu minggu untuk menyokong kenyataan bersama adik-beradiknya dengan menyifatkan ayahanda mereka sebegai seorang yang berprinsip dan berjimat cermat.

Jadi apa yang kita boleh buat dengan kenyataan PMO kepada New York Times bahawa ‘wang yang dibelanjakan ketika melancong, membeli barang kemas, mahupun isi mana-mana peti simpanan seperti yang ada didakwa bukanlah sesuatu yang janggal bagi kedudukan, tanggungjawab dan aset warisan keluarga Perdana Menteri.’

Apa maksud ‘isi mana-mana peti simpanan seperti yang ada didakwa’ seperti yang dirujuk oleh kenyataan PMO, dan mendakwa bahawa hal tersebut bukan aneh bagi kedudukan, tanggungjawab dan aset warisan keluarga Perdana Menteri?

Bolehkah SPRM melancarkan siasatan penuh ke atas Najib, atau adakah SPRM harus terlebih dahulu mendapatkan lampu hijau daripada Najib sendiri?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah