Menyokong seruan supaya pihak polis menghentikan tahun gangguan terhadap penganut Kristian dengan meminta maaf dan memulang 31 naskhah buku lagu-lagu pujian, supaya Krismas tahun ini dapat menandakan permulaan baru bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, demi toleransi antara agama, kesefahaman dan keharmonian di Malaysia

Semua rakyat Malaysia dengan sikap muhibbah akan menyokong seruan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan kepada pihak kerajaan untuk berhenti mengganggu penganut Kristian.

Pihak polis dan juga pegawai penguatkuasa yang lain mesti dididik mengenai perjanjian 10 perkara supaya mereka boleh menjadi contoh dalam usaha menyemai toleransi antara agama dan kaum, persefahaman dan keharmonian, daripada berada di baris hadapan sikap tidak sensitif dan tidak menghormati kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia.

Mengapakah Malaysia, yang sehingga akhir-akhir ini telah menjadi oasis toleransi antara agama, persefahaman dan keharmonian, telah menjadi pelopor ekstremisme, tidak toleransi, tidak moderat, kebencian dan kefanatikan dalam hal kaum dan agama?

Hanya seminggu sahaja lagi sebelum Krismas.

Saya menyeryu supaya pihak polis menghentikan tahun gangguan terhadap penganut Kristian dengan meminta maaf dan memulang 31 naskhah buku lagu-lagu pujian kepada paderi Katolik Cyril Mannayagam dari gereja St Andrew di Muar kerana ia milik Orang Asli dalam daerahnya supaya Krismas tahun ini dapat menandakan permulaan baru bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, demi toleransi antara agama, kesefahaman dan keharmonian di Malaysia.

Pihak polis perlu meminta maaf kerena mereka telah bertindak secara sewenang-wenang dan tidak mengikut undang-undang walaupun bertindak di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana ia telah ditolak oleh mahkamah tertinggi di negara ini pada tahun 1988 kerana tidak menepati Perlembagaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Wan Jaafar nampak begitu bersungguh-sungguh memprotes apabila beliau menyatakan bahawa pihak polis dan kementeriannya tidak mencari publisiti, dalam jawapan kepada persoalan saya tentang kenapa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar begitu diam membisu mengenai isu tersebut sepanjang sepuluh hari lalu, sedangkan mereka selalunya memberi komen segera mengenai hal-hal di bawah bidang kuasa mereka.

Apa yang lebih penting ialah sama ada Junaidi akan memastikan KPN meminta maaf dan mengembalikan 31 buku puji-pujian (hymn) tersebut sebelum Krismas.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah