PR akan mengalamai halangan yang hebat di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka dalam PRU ke-13 jika hudud menjadi isu kontroversi sewaktu pilihanraya umum 2013

Semalam saya telah menulis bagaimana isu hudud bukanlah faktor kejayaan pilihanraya untuk PAS dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu dan boleh mengembalikan kawalan majoriti dua per-tiga parlimen kepada Barisan Nasional (BN) dan mengakibatkan kehilangan negeri Selangor untuk Pakatan Rakyat jika hudud menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan sebelum PRU 2013. Pakatan tetap akan kehilangan kerajaan negeri Kedah, manakala Johor akan kembali menjadi negeri kubu kuat BN.

Bagaimana pula prestasi Pakatan di negeri-negeri lain yang terkesan iaitu Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka jika hudud menjadi satu isu kontroversi yang besar sewaktu PRU ke-13?

Jawapannya ialah, Pakatan Rakayat akan pastinya mengalami halangan yang sangat hebat di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka pada PRU ke-13 jika hudud menjadi isu kontroversi sewaktu pilihnaraya tahun 2013.

Di Perak, Pakatan hanya memerlukan dua saja kerusi untuk membentuk kerajaan pada pilihanraya tahun 2013. Seandainya hudud menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan, berbanding 28 kerusi DUN yang dimenangi, Pakatan hanya akan menang 17 kerusi DUN dengan susutan 20% undi bukan Melayu (Senario 3). PAS dan PKR hanya akan mendapat 1 dan 2 kerusi masing-masing daripada 5 kerusi yang ditandingi setiap satu. DAP hanya akan memenangi 14 kerusi berbanding 18 yang dimenanginya. (Jadual 1 di bawah)

Jadual 1: Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Perak pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13 Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%) Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%) Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
PAS 5 3 2 1
DAP 18 18 17 14
PKR 5 2 2 2
Jumlah 28 (47%) 23 (39%) 21 (36%) 17 (29%)

Di Pahang, Pakatan menang 12 daripada 42 kerusi DUN atau 28% pada PRU ke-13. Dengan isu hudud, Pakatan hanya akan menang 4 kerusi dalam keadaan paling teruk dengan susutan 20% undi bukan Melayu (senario 3). PAS dan DAP hanya akan mampu menang 2 kerusi masing-masing (Jadual 2 di bawah)

Jadual 2: Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Pahang pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13 Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%) Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%) Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
PAS 3 3 2 2
DAP 7 6 2 2
PKR 2 2 1 0
Jumlah 12 (28%) 11 (26%) 5 (12%) 4 (10%)

Di Negeri Sembilan, Pakatan berjaya menafikan penguasaan dua per-tiga BN terhadap DUN dengan memenangi 14 daripada 36 kerusi DUN atau 39% pada PRU ke-13. Dengan hudud, Pakatan hanya akan menang 6 kerusi sahaja atau 17% dalam senario ketiga. (Jadual 3 di bawah)

Jadual 3: Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Negeri Sembilan pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13 Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%) Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%) Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
PAS 0 0 0 0
DAP 11 10 7 6
PKR 3 2 2 0
Jumlah 14 (39%) 12 (33%) 9 (25%) 6 (17%)

Di Melaka, Pakatan menang 7 daripada 28 atau 25% kerusi DUN pada PRU ke-13. Dengan isu hudud, di bawah unjuran paling teruk dengan susutan 20% undi bukan Melayu, prestasi Pakatan akan merosot sehingga hanya memenangi 3 kerusi atau 11%, kesemuanya dimenangi oleh DAP.

Jadual 4: Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Melaka pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza

Keputusan PRU ke-13 Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%) Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%) Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
PAS 1 0 0 0
DAP 6 5 4 3
PKR 0 0 0 0
Jumlah 7 (25%) 5 (18%) 4 (14%) 3 (11%)

Kita telah melalui jalan ini betul-betul sebelum pilihanraya umum pada tahun 2004.

Kedegilan PAS meluluskan enakmen hudud Terengganu mengakibatkan DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001. BN kemudiannya mendapat kejayaan bersejarah pada tahun 2004 dengan memenangi 91% kerusi parlimen dan 89% kerusi DUN di Semenanjung Malaysia.

Pakatan Rakyat telah melalui pelbagai cabaran sejak 2008. Kita telah mentadbir dan terus mentadbir sebagai sebuah koalisi di peringkat negeri.

Ramai antara rakan seperjuangan dalam Pakatan terus ditindas dan didakwa oleh rejim BN.

Ramai daripada mereka mungkin kehilangan kerusi parlimen dan DUN sekiranya sistem kehakiman memberikan keadilan seperti yang telah ditunjukkan kepada Karpal Singh dan Anwar Ibrahim.

Fokus kita seharusnya diberikan kepada mereka yang terus menyalahgunakan kuasa, yang terus mendapat manfaat daripada rasuah, yang terus menerus merosakkan institusi negara; dan tidak dialihkan perhatian kita itu daripada tujuan yang lebih besar untuk merubah negara dan fokus untuk menawan Putrajaya pada PRU ke-14 demi memberikan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah