Mahathir salah - tiga generasi rakyat Malaysia tanpa mengira agama menyanyikan lagu rasmi tujuh buah negeri yang menyeru nama Allah untuk mendoakan rahmat dan perlindungan bagi Sultan dan rakyat

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir salah dalam menyebut bahawa bukan-Muslim yang bertegas tentang penggunaan kalimah "Allah" di Semenanjung Malaysia cuba menggugat keadaan sedia ada dan berbuat demikian "untuk menimbulkan ketegangan antara agama" memandangkan bukan-Muslim di Semenanjung secara tradisinya tidak menggunakan perkataan tersebut.

Tiga generasi rakyat Malaysia tika kira kaum atau agama menyanyikan lagi rasmi tujuh buah negeri, iaitu Johor, Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan, dan Terengganu, yang menyeru nama Allah untuk mendoakan rahmat dan perlindungan bagi Sultan dan rakyat. Apakah mereka ini telah berbuat silap?

Nama Allah disebut empat kali dalam enam rangkap lagu negeri Perak:

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan

Nama Allah juga disebut tiga kali dalam lagu negeri Terengganu:

Allah daulatkan Tuanku Sultan,
Terengganu Darul Iman,
Allah peliharakan Tuanku Sultan,
Sejahtera sepanjang zaman,
Allah rahmatkan Tuanku Sultan,
Memerintah rakyat aman.

Lagu negeri Johor bermula dengan "Allah peliharakan Sultan" dan diakhiri dengan:

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Lagu negeri Pahang bermula dengan

Ya Allah Yang Masa Kuasa,
Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia,

Dan diakhiri dengan

Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami

Dalam lagu negeri Selangor terdapat rangkap "Allah lanjutkan usia Tuanku", dalam lagu negeri Kelantan "Segala kebesaran Allah cucurkan" dan dalam lagu negeri Kedah "Allah selamat Sultan Mahkota."

Apakah tiga generasi rakyat Malaysia, khususnya bukan-Muslim di tujuh buah negeri Johor, Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan, dan Terengganu, semuanya berbuat salah dan telah menyentuh sensitiviti Muslim yang sezaman dengan mereka dalam menyeru nama Allah untuk mendoakan rahmat dan perlindungan buat Sultan dan rakyat ketika menyanyikan lagu negeri mereka?

Apakah Muslim di ketujuh-tujuh buah negeri itu sepanjang 56 tahun ini merasa terhina kerana bukan-Muslim turut menyebut nama "Allah" sewaktu menyanyikan lagu rasmi negeri?

Jawapannya sudah tentu "Tidak."

Kalau begitu, mengapa kontroversi kalimah "Allah" digembar-gemburkan sehingga dapat melebarkan lagi jurang perkauman dan keagamaan dalam negara dan mengubah dasar 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi dasar 2Malaysia, khususnya dalam soal hak keperlembagaan rakyat Malaysia, mencemarkan reputasi Malaysia di peringkat dunia sebagai sebuah "model" negara majmuk yang majmuk dan mengamcam usaha untuk menarik masuk pelaburan asing berikutan persoalan yang timbul berkaitan keutuhan dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia?

Terpulang kepada Najib untuk membuktikan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bahawa dasar 1Malaysia beliau bukan sebenarnya adalah dasar 2Malaysia!

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah