Adakah musibah bot Belaga ada di dalam agenda Kabinet Persekutuan semalam?

Soalan-soalan yang sepatutnya bermain di kotak fikiran rakyat Malaysia ketika kaum Dayak mengambut Gawai Dayak ialah sama ada musibah bot Belaga pada Selasa lalu, dengan 179 yang terselamat dan 11 yang lain hilang, menjadi salah satu agenda Kabinet Persekutuan semalam.

Soalan kedua ialah adakah dan apakah Kabinet telah putuskan untuk memperbetul kegagalan 50 tahun pembangunan saksama di Sarawak dengan memastikan wujudnya akses jalanraya ke Kapit dan Belaga.

Sekiranya jawapannya tidak pada salah satu atau kedua-duanya, soalan ketiga ialah apa perbezaan yang dilakukan kepada teras sosio-ekonomi nasional dan pembangunan infrastruktur juga keadilan sosio ekonomi yang terlewat kepada penduduk pedalaman Sarawak melalui perlantikan tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak menyertai Kabinet Persekutuan?

Malah, sekiranya musibah bot Belaga yang tragis itu berlaku sebelum 5 Mei 每 yakni hari pengundian pilihan raya umum ke-13 每 baik Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri tentu telah melawat Belaga dalam tempoh 24 jam untuk menyampaikan ucapan takziah Kerajaan Persekutuan secara peribadi, dibandingkan dengan sikap berbeza Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang, yang tidak mengucapkan sepatah kata pun tentang musibah bot Belaga sejak dua hari lalu.

Amat menyayat hati apabila sekalipun tragedi bot ekspres berlaku di tengah-tengah Sungai Balui yang dikhuatiri telah meragut 11 nyawa, jeti Kapit semalam penuh sesak seperti biasa dengan ramai orang terdesak mahu pulang ke rumah untuk festival menuai Gawai Dayak hujung minggu ini.

Bot yang menuju ke kawasan Belaga amat terhad dan kebanyakkan orang tidak mampu untuk tinggal satu malam di Kapit sehingga tiket boleh didapati.

Setiap orang takut menggunakan bot ekspres kerana arus sungai tidak boleh dijangka tetapi mereka tiada pilihan memandangkan mereka tidak boleh menggunakan pengangkutan darat.

Dijangkakan terdapat lebih kurang 100,000 orang tinggal di dalam kawasan Kapit dan kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri Sarawak tidak boleh berterusan meninggalkan tanggungjawab mereka untuk memastikan wujudnya akses jalanraya ke Kapit dan Belaga.

Saya telah menerima emel daripada orang Dayak dan rakyat Sarawak tentang musibah bot Belaga, aduan dan rayuan mereka mestilah didengari dan diambil tindakan oleh kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Saya akan merujuk hanya kepada dua emel:

(1) ※Saya telah melakukan ini sejak lima tahun lalu dan melihat tragedi sedemikian dengan mata saya sendiri. Masalahnya orang tempatan yang merupakan orang Dayak dan Iban dlln. menganggap kemalangan dan tragedi sebegitu perkara normal dan boleh diterima. Mereka tidak dan tidak akan panik apabila kejadian sebegitu berlaku.

※Jadi pihak berkuasa hanya mengambil mudah hal itu. Dan tiada seorang pun didakwa kerana pemilik feri atau bot mempunyai jaringan kuat. Penduduk tempatan pula terlalu miskin sehingga mereka tidak melakukan apa-apa melainkan menanti mayat dikebumikan.

※Dan anda BETUL SEPENUHNYA. Mereka hanya kenal BN. Mereka terus mengundi BN sekalipun dihimpit kesengsaraan dan kesusahan, tidak diberikan pendidikan yang baik dan keadaan kehidupan yang buruk sehingga sekarang.§

(2) ※Kit Siang, anda telah melakukan sesuatu yang baik. Anda bersuara untuk kami, orang Dayak sewaktu pemimpin Dayak kami sendiri begitu takut, terlalu takut untuk menyuarakan, untuk mengakui PUNCA SEBENAR, iaitu tiadanya jalanraya Sibu-Kapit-Belaga 每 terdapat juga sebahagian daripada konspirasi besar yang menghalang pembinaan jalanraya Sibu-Kapit-Belaga sejak 50 tahun lalu. Dalam berita terkini, kenyataan pemimpin Dayak menyentuh hanya permukaan puncanya, sama seperti SRB, operator bot, tetapi tidak berani mengakui punca sebenar & menuntut jalanraya Sibu-Kapit-Belaga. YB Ulu Rejang terutamanya sentiasa mengatakan kerajaan tidak mempunyai cukup duit untuk membina jalanraya Sibu-Kapit-Belaga. Satu pembohongan. Kosnya amat kecil dibandingkan dengan kos membina Putrajaya, KLIA, Empangan Bakun, Empangan Murum 每 juga hanya beberapa &sen* dibandingkan dengan jumlah keseluruhan wang yang diperolehi daripada pembalakan & perniagaan bot ekspres di Ulu Rejang. Tambahan lagi, sekiranya JKR tidak boleh melakukan kerana kontraktor mahukan harga yang tinggi, biar bahagian kejuruteraan tentera kita yang melakukannya (Strategi Laut Biru)

Punca sebenarnya bukan Gawai,
Punca sebenarnya bukan sungai,
Punca sebenarnya bukan batu,
Punca sebenarnya bukan bot,
Punca sebenarnya bukan enjin,
Punca sebenarnya bukan SRB,
Punca sebenarnya bukan penumpang,
Punca sebenarnya bukan operator bot,

PUNCA SEBENARNYA ialah tiada jalanraya Sibu-Kapit-Belaga 每 walaupun setelah 50 tahun merdeka & 6 tahun lagi ke Wawasan 2020.

Ini akan terus berulang selagi mana punca sebenarnya tidak diselesaikan.§

Apakah suara orang pedalaman di Sarawak, terutamanya di Kapit dan Belaga berkenaan musibah bot Belaga yang baru berlaku pada Gawai Dayak tahun ini, akan didengari dan diambil tindakan oleh Kabinet Persekutuan baru memandangkan kini ada tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak selepas PRU13?

Apakah akan wujud rancangan khas untuk memastikan akses jalanraya ke Kapit dan Belaga di dalam ucapan dasar pertama Kerajaan Najib pasca-PRU13 apabila Yang di-Pertuan Agong secara rasminya membuka Parlimen ke-13 pada 25 Jun 2013?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah