Menyeru pihak berkuasa Singapura memberi rakyat Johor yang telah melanggar undang-undang Singapura peluang kedua

Saya menyeru pihak berkuasa Singapura memberi rakyat Johor yang telah melanggar undang-undang Singapura untuk aktiviti-aktiviti di pulau itu melibatkan PRU13 diberi peluang kedua seperti mana mereka berikan kepada bekas Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman.

Telah dilapirkan bahawa pihak berkuasa Singapura telah memulakan pembatalan pas kerja seorang daripada 21 rakyat Malaysia yang terlibat di dalam perhimpunan haram 8 dan 11 Mei di Merlion Park Singapura dan pihak berkuasa telah turut membatalkan pas lawatan dua lagi dari kalangan mereka.

Untuk 18 yang lain, kenyataan Singapore Police Force (SPF) mengatakan pas kerja mereka akan dikaji semula selepas selesai siasatan lanjut.

Pihak berkuasa Singapura turut berkata Datuk Seri Ghani Othman tidak berkempen dan dengan itu tidak melakukan sebarang kesalahan sewaktu melawat Singapura pada hari terakhir tempoh berkempen PRU13.

Saya memuji pihak berkuasa Singapura kerana cuba mempertahankan Ghani, mengatakan bekas Menteri Besar Johor itu tidak berkempen di Singapura walaupun sangat jelas kepada semua orang bahawa matlamat utama Ghani melawat Singapura ialah untuk merayu undi dari rakyat Malaysia sama ada yang berkerja atau menetap di Singapura ¨C dipercayai seramai 400,000 orang.

Jelajah saat akhir Ghani ke Singapura untuk merayu undi rakyat Johor yang tinggal dan berkerja di negara itu ialah salah satu idea melalut yang difikirkan oleh strategis ˇ°bilik perangˇ± pemimpin UMNO yang gagal dengan teruk, sama seperti idea menjemput bintang K-Pop Korea Selatan Psy ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang atau yang lebih teruk serangan ˇ°Duit Duit Duitˇ± ke atas DAP di P. Pinang, mengumpan rakyat P.Pinang dengan makanan percuma, minuman percuma, hiburan percuma dan wang tunai termasuk juga cabutan bertuah yang mahal-mahal untuk sepanjang minggu!

Saya tidak iri hari dengan lawatan18 tahun sekali Ghani ke Singapura atau usaha pihak berkuasa Singapura untuk melepaskan Ghani yang berkempen di kalangan pekerja warga Malaysia di Singapura.

Bagaimanapun, saya memohon pihak berkuasa Singapura untuk memberi peluang kedua kepada pekerja-pekerja Malaysia yang telah melanggar undang-undang Singapura berpunca daripada semangat PRU13 mereka, bukan menerima layanan yang sama seperti Ghani Othman tapi sekurang-kurangnya dengan semangat memaafkan supaya setiap orang boleh meneruskan kehidupan selepas mempelajari hakikat kehidupan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah