Biar makan malam kesyukuran kejayaan Gelang Patah DAP 526 menjadi sejarah ¡°langkah pertama untuk perjalanan beribu batu¡± bagi merealisasikan Impian Rakyat Malaysia

Perjuangan Gelang Patah adalah pembukaan kepada Perjuangan Impian Rakyat Malaysia untuk menyatukan rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama atau kawasan di bawah satu visi nasional dan takdir yang sama untuk membina negara yang hebat, demokratik, bebas, hijau, berdaya saing dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

Sepanjang 47 tahun saya di dalam politik, saya sentiasa menganggap diri saya rakyat Malaysia dahulu. Saya tidak pernah menganggap diri saya semata-mata sebagai seorang Cina, akan tetapi sebagai rakyat Malaysia berketurunan Cina yang taat setianya tidak berbelah bahagi kepada bangsa Malaysia, mempunyai tujuan perjuangan yang sama dengan semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama atau kawasan bagi membangunkan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Saya dengan itu amat terkejut mendengar bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah, menyampaikan apa yang saya gambarkan sebagai ucapan paling bersifat perkauman dan bertujuan menghasut dalam tempoh 44 tahun sewaktu forum ¡°Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah¡± pada hari Ahad yang menyelar orang Cina kerana bersikap ¡°Cina dahulu¡± mengatasi identiti Malaysia mereka.

Mohd Noor amatlah silap apabila mengambil petunjuk daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mendakwa keputusan PRU13 berpunca daripada ¡°tsunami Cina¡± sedangkan ia adalah tsunami rakyat Malaysia dan kawasan bandar.

2.29 juta pengundi Cina di Semenanjung Malaysia mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 bukan sebagai pengundi Cina tetapi sebagai pengundi Malaysia, seperti mana 2.31 pengundi Melayu dan 400,000 pengundi India di Semenanjung Malaysia juga mengundi calon DAP, PAS dan PKR bukan sebagai pengundi Melayu atau India tetapi sebagai pengundi Malaysia!

Mohd Noor membidas rakyat Malaysia berketurunan Cina kerana menjadi ¡°Cina dahulu¡± akan tetapi dia tidak mengkritik Melayu seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan dirinya ¡°Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian¡±.

Malahan, berapa ramai di kalangan 30 Menteri dan 27 Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Najib tiga hari lalu bersedia secara terbuka menolak Muhyiddin dan mengisytiharkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu dan kemudian barulah kaum, agama, kawasan kerana ia adalah matlamat dasar 1Malaysia Najib?

Najib sendiri sehingga hari ini tidak secara terbuka mengisytiharkan komitmen penuhnya kepada dasar 1Malaysia dan mengumumkan bahawa dirinya ¡°Rakyat Malaysia dahulu, Melayu kemudian¡± kerana beliau akan kelihatan secara terbuka berkonflik dengan Timbalan Perdana Menterinya yang semakin berkuasa!

Untuk makluman Mohd Noor, saya telah mengisytiharkan di Parlimen pada Mac 2010 bahawa saya merupakan rakyat Malaysia dahulu, Cina kemudian. Adakah Mohd Noor membuat pengisytiharan sama bahawa dia adalah rakyat Malaysia dahulu, Melayu kemudian.

Sekiranya Mohd Noor tidak bersedia untuk menjadi teladan rakyat Malaysia, hak apa yang dia ada untuk memalukan profesi undang-undang dan kehakiman dan membuat ucapan yang paling bersifat perkauman dan menghasut dalam tempoh 44 tahun ini di ruang awam rakyat Malaysia?

Semua pemimpin UMNO dan intelektual khidmat luar mereka seperti Mohd Noor mesti belajar bahawa kesetiaan kepada Malaysia tidak boleh disamakan dengan kesetiaan kepada kerajaan yang memerintah, lebih-lebih lagi kepada hagemoni politik perkauman UMNO yang berasaskan rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa yang menjijikkan.

Ucapan Mohd Noor yang sangat bersifat perkauman dan menghasut merupakan peringatan perjalanan masih panjang sekiranya rakyat Malaysia mahu merealisasikan Impian Rakyat Malaysia ¨C yang mana semua rakyat Malaysia setia tidak berbelah bahagi kepada negara, berkongsi satu tanah air dan bersatu sebagai satu bangsa untuk membangunkan kegemilangan negara terhasil daripada yang terbaik dari kalangan kaum, agama dan budaya pelbagai yang telah menjadikan Malaysia rumah mereka supaya Malaysia mampu menjadi negara peneraju di dunia dalam semua bidang.

Impian Rakyat Malaysia bukan wujud hari ini. Sebaliknya telah wujud sebelum penubuhan Malaya dan Malaysia.

Biar makan malam untuk meraikan kejayaan rakyat di Gelang Patah menjadi batu tanda bagi merealisasikan Impian Rakyat Malaysia yang mana rakyat Malaysia berbilang kaum bangkit mengatasi batasan kaum seperti yang dibayangkan oleh seorang pemimpin Melayu hebat Johor dan pengasas UMNO Datuk Onn Jaffar enam dekad lalu.

Walaupun Datuk Onn merupakan Presiden UMNO, beliau semakin tidak berpuas hati dengan dasar perkauman UMNO, menyebabkan beliau pada tahun 1951 menyeru agar keahlian UMNO dibuka kepada semua rakyat Malaya dan juga mencadangkan agar UMNO dinamakan semula sebagai United Malayans National Organisation.

Datuk Onn terlalu melangkaui zamannya. Enam puluh dua tahun kemudian, baton Impian Rakyat Malaysia kini mestilah disambut dan diteruskan oleh generasi rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama atau kawasan.

Johor Bahru hari ini lebih teruk daripada 62 tahun lalu pada1951 ¨C memandangkan Johor Bahru tidak selamat untuk pelajar, penduduk, pelancong dan pelabur kerana ia telah menjadi ibu negeri jenayah di Malaysia, yang terdapatnya insiden jenayah tertinggi dengan kes ketakutan terhadap jenayah oleh rakyatnya paling buruk dalam negara.

Serangan jenayah dan tidak berperikemanusiaan ke atas seorang cikgu bersara Goh Kim Hock, 68 berhampiran Maybank di Jalan Perwira 17, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor empat hari lalu, dengan Goh masih dalam keadaan koma, merupakan jenayah terkini di JB ¨C dan amat tragis jenayah di JB menjadi begitu biasa sehingga jenayah terhadap Goh tidak dianggap ¡°berbaloi¡± untuk dilaporkan di dalam berita media Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Biar kita semua sedar Impian Rakyat Malaysia, yang termasuklah memulihkan hak asasi keselamatan semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama dan kawasan baik di jalanan dan tempat awam lain atau privasi kediaman mereka.

Biar 526 menjadi satu lagi titik sejarah dalam perjalanan rakyat Malaysia untuk merealisasikan Impian Rakyat Malaysia.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah