Sungguh satu sandiwara perlembagaan 每 Paul Low dan Abdul Wahid Omar bukanlah Menteri yang sah dan Waytha, Loga dan Ahmad Bashah bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka tidak mengangkat sumpah sebagai Senator

Bukanlah satu petanda baik atau permulaan baik untuk Kabinet pasca-PRU13 Datuk Seri Najib Razak.

Kabinet baru Najib sudah pun diragui legitimasinya atas sebab mudah iaitu kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri diragui legitimasinya 每 bukan saja kerana Najib dan Barisan Nasional hanya mendapat 47% undi popular berbanding 51% undi popular Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, tetapi juga kerana PRU13 merupakan pilihan raya umum paling tidak adil dan kotor di dalam sejarah negara.

Sekiranya PRU13 bersih, bebas dan adil, dengan padang sama rata untuk kedua-dua perikatan, bukan saja undi popular Anwar dan PR akan meningkat sebanyak 60 peratus atau melebihi 65 peratus, tetapi juga telah memenangi majoriti daripada 222 kerusi Parlimen dalam negara.

Sekarang, Kabinet pasca-PRU13 Najib juga telah menjadi sandiwara malah jenaka kerana mempunyai dua Menteri tidak sah dan tiga Timbalan Menteri tidak sah walaupun mereka telah melalui upacara mengangkat sumpah yang tidak sah di hadapan Yang diPertuan Agong semalam.

Amat menyedihkan dan mengejutkan apabila Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai jabatan kerajaan lain yang terlibat begitu cuai dan lalai sehingga diabaikan atau malahan dilanggar pematuhan terhadap undang-undang, peraturan, adat dan protokol 每 yang tidak sepatutnya berlaku di dalam demokrasi berparlimen berusia 56 tahun di bawah enam Perdana Menteri.

Malah Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Febuari untuk mematuhi dan memerhati empat prinsip tadbir urusa baik telah diabaikan, empat prinsip itu ialah:

  • Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara;
  • Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan;
  • Tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan
  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia.

Tiada yang lebih ironi apabila Paul Low, Presiden TI-M yang menyaksikan sendiri Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya menjadi sebahagian daripada pelanggaran Ikrar itu dengan perlantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah untuk Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu*adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya.

Bagaimanapun, timbul masalah melibatkan kedua-dua prosiding 每 kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kedua-duanya Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr. J. Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator.

Apakah mesyuarat Kabinet selama dua jam semalam dicemari dengan penyalahan undang-undang kerana kehadiran dua Menteri tidak sah, Paul Low dan Abdul Wahid.

Hari ini, Paul Low sudah pun diwawancara sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mana dia tidak berhak, memandangkan perlantikan Kementeriannya hanya boleh berjalan apabila dia mengangkat sumpah sebagai Senator 每 yang jelas di dalam Perkara 43 (1)(b) dalam kes Menteri dan Perkara 43A(1) dalam kes Timbalan Menteri.

Saya difahamkan bahawa sehingga sekarang, kelima-lima mereka belum mengangkat sumpah untuk menyandang dua jawatan Menteri dan tiga jawatan Timbalan Menteri.

Apakah akan ada upacara angkat sumpah ※tergesa-gesa§ tengah malam buat kelima-lima mereka sebagai Senator?

Najib sepatutnya menjelaskan bagaimana boleh berlaku pelanggaran Perlembagaan dan undang-undang yang turut memalukan Yang di Pertuan Agong dengan penghasilan satu sandiwara perlantikan Kabinet.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah