Usul mengutuk di Parlimen terhadap Zahid untuk kenyataan ¡°pindah ke negara lain¡±

Tidak cukup bagus untuk Menteri Belia dan Sukan yang baru Khairy Jamaluddin untuk mengelak isu berkenaan dengan mendakwa kenyataan Menteri baru Kementerian Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi supaya pengkritik pilihan raya umum ke-13 meninggalkan negara hanyalah ¡°pandangan peribadinya¡± dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan.

Bagaimana Khairy tahu yang kenyataan memalukan Zahid itu tidak mencerminkan pendirian Kerajaan Barisan Nasional?

Sudahkah Khairy mendapat jaminan bahawa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri bahawa Kabinet baru menolak kenyataan Zahid dengan pengumuman rasmi?

Amat menyedihkan apabila dalam tempoh 24 jam mengankat sumpah sebagai Menteri Kabinet, Khairy sudah mula menjinakkan prinsipnya dan mula bersikap seperti Menteri-Menteri lama yang lebih berminat melindungi jawatan Menteri mereka berbanding mengambil pendirian berprinsip terhadap penyalahgunaan kuasa yang menjijikkan dan terang-terangan tidak adiil seperti amukan Zahid.

Adakah Khairy akan mengambil inisiatif pertamanya pada mesyuarat pertama Kabinet untuk mencadangkan Kabinet sepatutnya menolak dan menjauhkan dirinya daripada kenyataan Zahid?

Di tahun awal saya di Parlimen pada tahun tuju puluhan, seorang Menteri UMNO mencelah salah satu ucapan saya dan memberitahu saua sekiranya saya tidak suka dengan dasar kerajaan UMNO/Barisan Nasional, saya boleh tinggalkan negara.

Tindak balas pantas saya kepadanya adalah saya bercakap bagi pihak rakyat Malaysia di Parlimen, sekiranya dia tidak suka dengan apa yang saya katakan, dia boleh tinggalkan negara!

Sejak itu, tiada lagi Ahli Parlimen atau Menteri UMNO mengulangi tindakan sedemikian terhadap saya di Parlimen.

Satu balasan kepada amukan Zahid bahawa rakyat Malaysia yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara boleh tinggalkan negara ialah dengan memberikannya layanan yang sama ¨C beritahu Zahid dan yang lain-lain sepertinya sekiranya mereka tidak suka rakyat Malaysia menuntut perubahan untuk sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil, merekalah yang sepatutnya meninggalkan Malaysia!

Namun apa yang perlu diberi perhatian adalah keangkuhan dan penghinaan terhadap pandangan awam oleh seorang Menteri di dalam kerajaan yang legitimasinya sendiri diragui buat pertama kalinya di dalam sejarah negara.

Apabila legitimasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang hanya memperoleh 47% daripada undi popular berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, yang memenangi 51% undi popular, dipersoalkan, maka legitimasi Kabinetnya yang mengangkat sumpah semalam tentulah turut dipersoalkan.

Seseorang mungkin terfikir di dalam keadaan legitimasi mereka diragui sedemikian, para Menteri tentulah lebih merendah diri, mudah didekati dan sensitif terhadap kehendak rakyat Malaysia.

Tetapi sebaliknya, kita melihat keangkuhan dan penghinaan terhadap pandangan awam dipamerkan oleh Zahid, salah seorang menteri lama di dalam Kabinet Najib selepas PRU13.

Zahid layak menerima kutukan ke atas keangkuhannya, yang jelas berbeza dengan dasar 1Malaysia dan ¡°Rakyat Didahulukan¡± (kerana amukan Zahid hanya bermakna ¡°Zahid atau UMNO Didahulukan¡±) dan bertentangan dengan lima dekad pembinaan bangsa majmuk Malaysia.

Apabila Parlimen bersidang berkemungkinan pertengahan Jun saya akan mengusulkan kutukan terhadap Zahid untuk kenyataannya yang angkuh dan menjengkelkan, menyuruh rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan keputusan PRU13 meninggalkan negara.

Memandangkan perkara ini member kesan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan tempat, saya menjemput Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyertai saya bersama-sama menaja usul terhadap Zahid mengemelkan persetujuan mereka (ke [email protected]) supaya usul kutukan yang menghimpun bilangan tandatangan paling banyak dalam sejarah Parlimen dapat dihantar sebaik saja notis parlimen untuk sidang pertama Parlimen ke-13 dikeluarkan.

Saya juga menjemput mereka untuk mencadangkan draf usul kutukan terhadap Zahid, yang akan saya letak di ruang awam bagi menjemput orang awam untuk memberikan pandangan dan maklumbalas.

Sudah tentu, saya mengalu-alukan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang mempunyai prinsip dan keberanian untuk bersama menaja usul terhadap Zahid, kerana sentiment buruk yang diluahkan oleh Menteri Dalam Negeri itu mesti dikutuk oleh semua Ahli Parlimen dan juga semua warga, tidak kira mana-mana parti.

Saya tidak tahu sama ada terdapat sesiapa dari Barisan Nasional yang bersedia untuk merentas garis parti untuk mengambil pendirian bersama demi kepentingan rakyat Malaysia dan negara.

Saya menunggu maklumbalas mereka di emel di atas.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah