Mohd Noor Abdullah telah membuktikan dirinya benar-benar rasis

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah telah memburukkan kesalahan menghasutnya apabila dia mmpertahankan ucapan yang paling bersifat perkauman dan menghasut dalam tempoh 44 tahun ini.

Pada hari Ahad lalu, dalam ucapannya di forum bertajuk ¡°Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah¡± yang dianjurkan Persatuan Alumni UiTM Malaysia dan Gabungan Pelajar Melayu Semanjung di Kuala Lumpur, Mohd Noor member amaran bahawa orang Cina Malaysia mestilah bersedia kerana orang Melayu akan membalas dendam terhadap ¡°pengkhianatan¡± mereka di dalam pilihan raya umum ke-13 yang baru berakhir.

Dia berkata: ¡°Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi,¡±

Kenyataan rasis dan menghasut Mohd Noor telah dipertahankan atas dasar ianya ¡°secara keseluruhan konstruktif dan di dalam batasan apa yang terkandung di dalam perlembagaan persekutuan¡±, dan layak dengan kepakarannya sebagai bekas hakim.

Bolehkah Mohd Noor memetik bab dan ayat serta perkara atau bahagian mana Perlembagaan Malaysia yang menjustifikasikan tuduhan tidak bertanggungjawab, rekaan, rasis dan menghasut bahawa orang Cina di Malaysia ¡°merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi¡± atau ancaman ala samseng dan penjenayah ¡°Melayu akan membalas dendam¡± terhadap ¡°pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu¡± yang tidak pernah wujud pun.

Adakah Mohd Noor cuba menjadi cauvinis Melayu dan pemimpin pelampau baru, cuba memberikan asas kepada dakwaan tak berasas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa keputusan PRU13 merupakan tsunami Cina sedangkan ia adalah tsunami rakyat Malaysia dan warga Bandar?

Adakah Mohd Noor atau Najib sedar bahawa di Semenanjung Malaysia, Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak undi Melayu berbanding undi Cina dalam PRU13, walaupun dengan margin tipis ¨C iaitu 2.31 juta undi Melayu berbanding 2.29 juta undi Cina?

Sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat dianggarkan sebanyak 80% manakala sokongan orang Melayu dianggarkan sebanyak 42%, dan sokongan orang India sebanyak 50%.

Mohd Noor turut memalukan profesi undang-undang dan kehakiman apabila dia cuba menimbulkan ketakutan di kalangan hadirin dengan momokan Singapura, dengan niat jahat membuat penipuan bahawa dengan majoriti mudah di Parlimen mencukupi untuk menarik masuk kembali Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia tanpa perlu persetujuan Majlis Raja-Raja.

Bagaimana seorang bekas hakim tinggi boleh begitu tidak bertanggungjawab, memudaratkan dan cuba menghasut dengan menyatakan bahawa Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan pada ¡°Nama, Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan¡± boleh dipinda dengan majoriti mudah dan bukannya dengan majoriti dua pertiga parlimen?

Sesungguhnya, seseorang tidak perlu menjadi pelajar undang-undang, apatah lagi bekas hakim Mahkamah Rayuan, untuk mengetahui keperluan perlembagaan yang asas sebegitu?

Ketakutan apa yang Mohd Noor cuba timbulkan dari kalangan hadirin dengan penipuan yang provokatif, rasis dan menghasut serta pembohongan kelirupan sebagai pengetahuan perundangan perlembagaan?

Di dalam ucapannya, Mohd Noor cuba membangkitkan dan menimbulkan kebencian kaum di kalangan orang Melayu terhadap orang Cina, malah meminta diharamkan istilah ¡°Cina¡± dan ¡°India¡± atas dasar istilah ini tidak disebut di dalam Perlembagaan Malaysia.

Dengan lojik jahat Mohd Noor, dia mencadangkan bahawa istilah ¡°bumiputera¡± sepatutnya diharamkan di Malaysia, seperti mana cadangannya agar istilah ¡°Cina¡± dan ¡°India¡± diharamkan di negara ini memandangkan istilah ¡°bumiputera¡± juga tidak pernah digunakan di dalam Perlembagaan Malaysia?

Mohd Noor bukan saja pesalah dengan melakukan hasutan yang memudaratkan masyarakat majmuk di Malaysia, dia juga terbukti seorang pembohong.

Mengkaji tindakan mempertahankan ucapannya, saya telah menonton kembali rakaman video ucapan Mohd Noor, bulu roma saya sekali lagi meremang mendengar ucapannya yang tidak bertanggungjawab, bersifat perkauman dan menaburkan racun hasutan.

Saya mempunyai salinan video ucapan Mohd Noor akan tetapi memandangkan ia begitu menyinggung perasaan dan mengkhianati konsep pembinaan bangsa masyarakat majmuk Malaysia maka saya tidak mahu memuatnaiknya ke blog saya untuk tontonan umum.

Saya bersedia untuk memberi Perdana Menteri, Peguam Negara, pihak polis dan semua Menteri Kabinet yang baru mengangkat sumpah satu salinan rakaman video itu sekiranya mereka perlukan.

Bagaimanapun, sekiranya Mohd Noor bertegas mengatakan ucapannya tidak bersifat perkauman dan menghasut, maka biar Perdana Menyeri, Peguam Negara dan semua Menteri Kabinet yang baru dilantik mengisytiharkan sama ada mereka menyokong dan mengiyakan ucapan Mohd Noor!

Malah, hasutan perkauman ucapan Mohd Noor akan menjadi kayu ukur ujian pertama pemerintahan Najib selepas PRU13 apakah mampu melakukan tadbir urus rutin sebelum bicara soal ¡°transformasi¡± ¨C iaitu dengan menegakkan undang-undang sedia ada, termasuklah menahan dan mendakwa Mohd Noor atas kesalahan hasutan.

Najib perlu menjawab atas sebarang kegagalan pemerintahannya menegakkan undang-undang dalam kes Mohd Noor pada minggu pertama Parlimen ke-13, yang dijangka berlangsung pada pertengahan Jun bulan hadapan.

Saya tidak rasa Najib dan Kabinet barunya harus menanti empat minggu lagi untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan, sifat perkauman dan hasutan pada ucapan Mohd Noor. Pada mesyuarat pertama Kabinet, keputusan sepatutnya diambil untuk mengeluarkan Mohd Noor sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu juga perlantikan-perlantikan lain.

Tambahan pula Kabinet sepatutnya mengarahkan Ketua Setiausaha melakukan kajian bagaimana seorang rasis tersembunyi seperti Mohd Noor boleh memegang jawatan sivil dan kehakiman dan berjaya menjadi Hakim Mahkamah Rayuan!

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah